Penulis membaca Melaka Hari Ini bertarikh 19 Mei 2014 dan terlihat satu artikel mengenai Zoo Melaka tulisan Shazzuan Shah Mohd Saleh.
Sejak diswastakan kepada kawan taulan semasa Dinasti Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menurut facebook Saya Anak Melaka (SAM), para pengunjung Zoo Melaka, Zoo ini semakin lesu dan tidak bermaya. Semakin tidak terurus, binatang pun agak berkurangan. Harga makan semakin naik begitu juga dengan tiket masuk. Kelazimannya sesuatu perniagaan kerajaan di swasta supaya perkhidmatannya lebih baik, tetapi ia tidak berlaku di Zoo Melaka.
Pendirian dan pendapat penulis, selagi ia melibatkan si monopoli projek pelancongan di Melaka, Zoo Melaka Safari tidak akan membantu pelancongan Melaka malah akan menjahanamkan Melaka. Penulis mendoakan projek dan andaikata mereka terlibat mereka terlibat menyalahgunakan kuasa, perniagaan nya akan mengalami kerugian dan para penganjurnya ditimpa kedukaan dan kesusahan. Amin.
Kerajaan Negeri dan KM Melaka yang baru mesti membatalkan penswastaan tersebut. Penulis kuatir sumpah penulis ini mendatang ke KM Datuk Seri Ir Idris Haron.
Sebelum ini, penulis pernah mengulas Zoo Melaka seperti di bawah:-
http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/zoo-melaka-night-safari-kematian-seekor.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/akuarium-ikan-paus-terbesar-akan-berada.html
No comments:
Post a Comment