Penulis gembira Ahli Parlimen Tanggabatu, YB Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah dapat hadir ke Majlis Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru (PPTCB) yang di adakan pada 25 Mei 2014 jam 3-5petang di Balai Raya Cheng, Melaka. Alangkah lebih berseri jika ADUN Paya Rumput, YB Hj Sazali Muhd Din turut hadir, tetapi mungkin ada tugasan rasmi yang lain.
Ucapan YB Ahli Parlimen amat santai dan penuh jenaka tetapi ada satu berita yang mengusarkan penulis. Beliau memberitakan yang DAP sudah memindahkan lebih kurang 2000 pengundi dari Kota laksamana, Kota Melaka dan Ayer Keroh ke DUN Paya Rumput. Tujuannya amat jelas iaitu untuk menang dengan cukup majoriti DUN. Bagaimana pula dengan PAS dan PKR?
Penulis harap jentera dan `think thank UMNO/BN' sedar apa yang berlaku dan seterusnya melakukan sesuatu. Setidak tidaknya melakukan perkara yang sama seperti DAP. Oleh kerana penulis tidak terlibat di dalam pengurusan UMNO/BN Tanggabatu malahan Melaka, penulis meramalkan mereka di UMNO/BN Tanggabatu dan Melaka masih tidur lagi, khayal dengan pembrokeran projek dan membetulkan kedudukan di dalam parti dan ekonomi (berebut menjadi seseorang di dalam GLC Melaka). Mereka sibuk berkerja mencari kekayaan peribadi bukan parti. Perjuangan parti menjadi `secondary'.
Terlalu ramai kroni kroni yang duduk di warong, Kopitiam dan Hotel berunding projek daripada kroni kroni menjadi `think thank' ini membantu melakukan permindahan tempat pengundi.
Penulis amat kagum dengan gerak kerja DAP dari segi publisiti, komunikasi dan strategi perang politik. Mereka berjaya memilih `ahli pak sanggup' yang berkerja dan tinggal di KL tetapi mendaftar di DUN paya Rumput. Semasa PRU, mereka berkorban drive ke Cheng dan mengundi. UMNO/BN gagal di dalam aspek ini.
Penulis cadangkan UMNO/BN memindah pendaftaran pengundi yang berada di kawasan majoriti Cina di Lembah Klang seperti Seputeh, Kepong, Bukit Bintang dll, berpindah ke DUN Paya Rumput. Kawasan kawasan Cina tadi amat sukar dimenangi oleh UMNO/BN dan adalah membazir jika masih mengundi di sana.
Lupakan lupuk lupuk DAP itu dan UMNO/BN kena pertahankan kawasan UMNO/BN yang menang tipis dan seterusnya mempertahankan DUN tersebut di dalam PRU14.
Penulis rasa UMNO/BN berpengalaman dan tahu apa nak buat tetapi nampaknya ia tidak dijalankan dan dilaksanakan. Strategi menang perang mesti `brutal' banyak.
Ayuh para think thank, ahli dan penyokong UMNO/BN, bangkit lah untuk berbuat sesuatu sebelum terlambat. Sesungguhnya penulis amat khuatir dengan prestasi dan keseriusan YAB Datuk Seri Ir Idris Haron di dalam hal ini. Bukan kroni Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi lebih selesa beliau turut serta di dalam think thank ini. Singa yang luka lebih faham kesakitan daripada Singa yang senang lenang.
No comments:
Post a Comment