Thursday, 22 May 2014

PANDA JANTAN: GAY TUA MALAYSIA: PANDA BETINA CHINA DOLLS


Panda Persahabatan China Malaysia telah berada di Malaysia. Panda jantan dan betina di hadiahkan secara terpilih oleh Kerajaan China, kepada sesebuah negara yang akrab dengan mereka.

Namum puak pembangkang berpendapatan ia merupakan membaziran wang rakyat kerana kos mengurus panda panda tersebut agak tinggi. Kerajaan membelanjakan RM20 juta untuk bangunan atau zoo panda. Seterusnya dianggarkan RM20 juta lagi kos makanan, ubatan, pengangkutan dll.

Jika di lihat daripada angka, memang lah tinggi tetapi ini adalah sebahagian daripada kos pemasaran dan promosi untuk menarik pelabur datang melabur di Malaysia dan membeli barangan Malaysia. Nilai dagangan China Malaysia bernilai RM258 bilion. Kos RM40 juta tadi kurang satu peratus daripada nilai dagangan.

Panda panda ini juga ada signifikannya pada saat ini. Kedua dua Kerajaan sedang memainkan peranan `berbaik baik' kepada rakyat masing masing ekoran kehilangan pesawat MH370. Separuh daripada penumpang MH370 adalah rakyat China. Kemarahan rakyat perlu diredakan. Selain itu, tahun ini genap 40 tahun perhubungan Malaysia China terjalin.

Zoo Panda juga akan dibuka kepada orang ramai dan ramailah yang mendapat ilmu pengetahuan tentang panda serta habitatnya.

PM mengumumkan akan memberi nama baru untuk panda panda tersebut. Sudah ada cadangan nama panda jantan seperti Tuah, manakala panda betina Puteri Hang Li Po. Ada politikus ingin memberikan penghormatan kepada pemimpin politik. Penulis rasa elok ia diberi nama berkaitan dengan nama Cina juga seperti Sultan Melaka dan Puteri Hang Li Po. Ada juga cadangan menamakan Gay Tua (nama tidak diberitahu) untuk panda jantan dan China Doll untuk panda betina. Penulis rasa terhina jika Malaysia memberikan nama nama tersebut.

1 comment:

  1. Mereka tak akan suka pada APA pun yang kerajaan buat. Cubalah panda tu dihadiahkan pada Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim atau Hadi Awang...mesti nada mereka berubah. Kesian...Panda2 tu baru jejak kaki kaki di Malaysia dah teruk kena FITNAH siap dengan video sekali...

    ReplyDelete