Penulis berada di JPJ Melaka melaksanakan pertukaran hak milik kenderaan. Sambil menunggu angka giliran di panggil, penulis membaca keputusan tender no plat MCM.
Jika tidak silap, Isnin Aman, salah seorang pegawai tertinggi parti UMNO Bahagian Tanggabatu dan kini COO sebuah GLC di Melaka pun berjaya mendapat tender MCM 2. Beliau mungkin membelinya untuk pembelian kenderaan syarikat walaupun menender menggunakan nama peribadi. Harganya tidaklah setinggi tender WWW1 iaitu RM500,000 tetapi melebihi RM400, harga rizab tender minima.
Penulis merasa Datuk Seri Ir Idris Haron pun meminati no 11. No 11 menjadi no kegemaran dan `lucky number' untuk Datuk Sri Najib. Teringat kereta rasmi Proton Perdana berenjinkan Honda di daftarkan dengan no W !! N atau ringkasnya WIN (Menang). Tahniah. Pengurusan Proton sungguh kreatif.
Apabila melayari blog blog, ada pihak sudah `complain' penggunaan dana awam dan nama nama kroni didedahkan. KM Melaka sudah menjawabnya. Yang penulis nak highlightkan keminatan dengan numbor bertuah 11 bagi Perdana Menteri
No comments:
Post a Comment