UMNO menyambut hari kelahirannya pada 11 Mei setiap tahun. Hari ini genap UMNO berusia 68 tahun. UMNO ibarat Ibu pada penulis. Dia yang yang membesarkan penulis. Menyusu dan menyekolah dan menghantar penulis ke Universiti. Amat besar pengorbanan UMNO/Ibu kepada penulis. Sempena hari UMNO/Ibu, penulis ingin sampaikan beberapa
nasihat untuk UMNO termasuk diri penulis.
Penulis teringat Perhimpunan Agung UMNO yang lepas dan ia menyedarkan ibu penulis.pbarat emimpin atasan UMNO sehinggakan Presiden UMNO mengulasnya semasa pengulungan.
Beliau memberi contoh BN/UMNO membina masjid dan surau dan peruntukan
pengurusan serta bantuan dari masa ke semasa, tetapi JKK masjid dan suraunya di
ambilalih orang PAS dan pembangkang. Mereka mengatur ceramah dan membelanjakan
derma dan peruntukan untuk memperkuatkan pengaruh mereka. Suasana ini perlu di
tukar.
Ada perwakilan menyebut kes biasiswa (contohnya), ianya di
kurniakan kepada pelajar Bumiputera dan selepas tamat pengajian, mereka
diberikan kerja tetapi menentang Kerajaan. Kerajaan BN bukan minta kurniaan
biasiswa mesti dibalas dengan kesetiaan membabi buta. Kerajaan tidak menzalimi
mereka. Yuran pengajian dibayar mengikut jadual. Wang saku di kreditkan setepat
masa. Tiket kapal terbang disediakan untuk pergi dan pulang. Mereka menentang
Kerajaan kerana `hearsay’ puak pembangkang tanpa periksa. Mereka terikut ikut
bahawa menyokong pembangkang seolah olah mereka itu berfashion terkini, moden
dan `trendy’. Menjadi ahli pembangkang macam termasuk dalam golongan orang
pandai dan muda. UMNO untuk orang tua. Macamana boleh jadi macam itu.? Macamana
pelajar boleh terpesong arah? Ini lah yang hendak penulis ulaskan.
Salah Kerajaan dan UMNO sendiri. Kerajaan BN terlalu `sopan’ dengan
tidak mahu `menggangu’ pelajar pelajar di kampus. Pelajar di biarkan
menjalankan aktiviti masing masing tanpa `engagement’ pegawai Kerajaan atau
pegawai UMNO. Tetapi puak pembangkang amat aktif di kampus.
Ibarat kata orang. Kerajaan memasak nasi dan selepas itu dibiarkan
masak tanpa penyeliaan. Apabila nasi sudah masak, pembangkang yang makan nasi
tersebut. Kerajaan dan UMNO dapat kerak nasi sahaja. Ataupun UMNO tanam pokok
durian. Hasilnya dituai Pakatan Pembangkang. Atau kerja dengan Kerajaan dan
gaji lumayan tetapi menentang Kerajaan. Atau seperti melepaskan anjing
tersepit. Apaila terlepas dari sepitan, anjing itu gigit tuannya.
Kerajaan BN/UMNO ada kemampuan dari segi kewangan dan personnel, tetapi
mungkin `over confident’ menang PRU seperti selalu, Kerajaan BN/UMNO tidak mahu
aktif di kampus dan di abaikan. Kerajaan ada buat `engagement’ dengan pelajar
tetapi amat terhad kepada semasa memproses kemasukan dalam Universiti,
memproses biasiswa atau pinjaman PTPTN dan membayar Baucher Buku.
Kerajaan BN/UMNO hanya cadang akan buat `real engagement’ dengan pelajar
selepas mereka tamat pengajian dan semasa berkerja. Tetapi pada penulis, hati
pelajar telah menjadi hitam dan akan kekal membenci Kerajaan.
Penulis amat bersetuju dengan peribahasa lama. Kalau hendak meluntur
buluh, biar dari rebungnya. Sebaiknya Kerajaan BN/UMNO membuat `engagement’
dengan pelajar dari peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimana dan apa caranya?
Banyak cara tetapi salah satu cara ialah melalui sukan. Mari kita cerita
sedikit keadahnya. Maklumat lanjut dan detail adalah di salah satu tuliasan
penulis iaitu Transformasi Sukan Bolasepak.
Pemuda atau Putera UMNO boleh bekerjasama dengan sekolah sekolah menaja
dan menguruskan pasukan bolasepak remaja bawah 10 tahun dan 12 tahun. Setiap
sekolah boleh ditubuhkan sekurang kurang 2 team (Team A dan Team B bawah 10
tahun) setiap kategori. Di DUN Paya Rumput, ada 8 buah sekolah rendah
(contohnya). Ini bermakna UMNO akan rapat dengan 80 pelajar setiap sekolah
(20 orang setiap team 1 kategori x 2 team x 2 kategori) atau 640 pelajar
sekolah rendah di DUN Paya Rumput (80 orang/sekolah x 8 sekolah rendah DUN Paya
Rumput).
Pemuda atau Putera UMNO hendak buat apa dengan 640 pemain in?i. Setiap
pasukan di sekolah akan berlatih setiap hari Sabtu dan Ahad. Perlawanan
persahabatan diadakan sebulan sekali. Setiap 6 bulan, diadakan pertandingan
atau Karnival. Ada hadiah medal, piala dan wang tunai. Hubungan dan hormat akan
di semai. Ibubapa pemain ini jangan dilupakan. Adakan perjumpaan dan jamuan
dengan ibubapa pemain. Lingkungan persahabatan akan bertambah daripada 640
pelajar kepada 1500 orang termasuk ibubapanya dan keluarga.
Berbalik kepada pelajar di Universiti tadi, untuk menyekat puak
pembangkang aktif di kampus dan membiarkan pelajar dengan pembelajaran,
Kerajaan memperkenalkan Akta Universiti. Tetapi ia memperkuatkan pengaruh puak
pembangkang terutamanya sekitar PRU12. Nasib baik pengaruhnya menurun sedikit
apabila campurtangan Kerajaan BN/UMNO berlaku. Jikalau dahulu hampir kesemua
Persatuan Pelajar di semua pengajian tinggi menyokong pembangkang, tetapi
sekarang sudah 70 peratus pro kerajaan dan 30 peratus pro Pembangkang. Terdapat
satu dua IPTA/IPTS yang di `control’ oleh Persatuan Pelajar pro pembangkang.
Penulis telah menulis sebanyak 4 artikel mengenai kelemahan BN dan UMNO
ini. Antaranya
`Datuk Sri Najib. Dengarlah Denyutan Nadi Rakyat’
`Yang dikejar tak dapat dan yang sedang dikendong tercicir’
`Program Pengukuhan dan Sokongan kepada BN’
`Cadangan Pendaftaran Ahli UMNO Baru’.
Kesemua cadangan ini melibatkan `detailing’ dari pihak BN dan UMNO.
Maksudnya begini. BN selalu menganjurkan Rumah Terbuka atau Jamuan
Rakyat. Jawatankuasa Penganjur di tubuhkan dan gerak kerja di jalankan. List
dan kad jemputan di edarkan. Mereka jemput AJK UMNO dan keluarganya sahaja.
Mereka akan pergi dan makan dan dengar amanat. Ia tidak membawa erti kerana
mereka adalah penyokong BN dan sudah tentu akan mengundi BN. Sepatutnya AJK BN
tadi menjemput mereka bukan ahli parti mana mana atau `atas pagar’. Contohnya
jiran kita atau jiran jiran kita. Kemungkinan dengan penghormatan yang
diberikan dan mendengar amanat pemimpin, mereka akan terbuka sedikit mindanya.
Pada penulis salah satu KPI yang boleh dikenakan untuk Bahagian atau Cawangan
UMNO ialah membawa mereka mereka ini ke jamuan BN. Kena buat peraduan atau
insentif. Sesiapa yang membawa jiran atau kawan ke majlis tersebut,
diberikan `point’.
Setiba di jamuan, apa kita hendak buat?. Pembawa tadi terus melayan
jiran dan jika berkesempatan berbual atau kenalkan kepada ketua ketua kita.
Jika ada cenderahati atau bahan cetak, berilah hadiah kepada jiran tadi. Ada
Tshirt beri kepada mereka. Ada ahli UMNO ambil Tshirt BN buat harta. Pembawa
akan meminta numbor telefon untuk komunikasi akan datang. Jika ada jamuan atau
perjumpaan, bolehlah dipelawa melalui sms dan buat temujanji. Semasa pergi dan
balik, kita berkereta. Buallah macam biasa. Pembawa yang sayang UMNO tadi akan
terus rapat dengan jiranya. Ada majlis bacaan Yassin, jemput mereka ini. Sekali
sekali ajak minum teh tarik di warong.
Dimanakah BN/UMNO hendak memulakan gerak kerja selain yang diperkatakan
di atas. BN/UMNO kena mulakan di Lembah Klang kerana ia adalah:-
Pusat Pendidikan (Universiti Awam dan Swasta)
Pusat Pekerjaan (Kerajaan dan Swasta)
Penulis berikan contoh contoh tindakan yang BN/UMNO kena ambil dan
perbaiki keadaan. BN/UMNO sudah terlalu lama terlalu sopan dan beradab. Jangan
merasa bersalah membuat transformasi atau perubahan atau tekanan politik kepada
kakitangannya, pelajar mahupun rakyat jelata. Rakyat kena berterima kasih
kepada yang menolong mereka. Nothing is free. Tanya orang Melayu Pulau Pinang
mengenai `style’ pemerintah Kerajaan DAP Pulau Pinang. Adakah mereka selesa
tinggal di sana? Selesa berniaga di sana? Perumahan sederhana banyak
tidak? Adakah Kerajaan DAP mesra rakyat atau dengar keresahan rakyat Melayu.
Adakah mereka di hormati dan dilindungi? Adakah pusat perjudian dan pelacuran
semakin berkurangan?
Jikalau kita hendak hidup selesa di dalam sebuah negara yang 67.9
peratus Melayu dan Bumiputera, BN/UMNO kena lakukan sesuatu mulai sekarang.
Antaranya:-
Kementerian
Luar/ Kementerian Pendidikan
Hampir
semua negara didunia ini Malaysia menempatkan seorang Duta atau Pesuruhjaya
Pedagangan. Hampir 70 peratus, keduataan wujud di negara asing dan dibantu oleh
kakitangan awam.
Ada
negara mempunyai ramai pelajar Malaysia seperti UK, Australia, Indonesia,
Amerika Syarikat dan Singapura. Para Duta sebagai penjawat awam mesti diberikan
tugasan tambahan iaitu mengawal selia aktiviti pelajar dan rakyat Malaysia yang
berkerja di negara berkenaan.
Para Duta yang baru perlu dibentuk. Duta duta mesti
diberi tugasan dan KPI tertentu. Sepatutnya tiada lagi Duta yang suka makan
angin dan menghabiskan masa bermain golf atau shopping dan sombong bodoh.
Mereka mesti menjadi `Salesman No 1’ mewakili PM. Mereka mesti menjadi `Bapa’
kepada pelajar pelajar Malaysia. Para Duta perlu menjadi `rakan baik’
dengan rakyat Malaysia yang bekerja dan berniaga di negara berkenaan. Macamana
hendak mengukur KPInya?
Sebab itu, BN/UMNO perlu memilih para Duta yang
setia dengan Malaysia dan Kerajaan semasa. Pegawai yang akan bertugas di luar
negara juga perlu diperhalusi. Yang malas dan pentingkan status serta elaun
tinggi, perlu diketepikan. KPI untuk mereka perlu dirancang dan diterangkan
supaya mereka tahu tugasan mereka. Peranan sebagai `salesman’, ayah dan rakan
rapat perlu dilakukan setiap masa.
Para Duta mesti bergaul rapat dengan mereka.
Perhubungan dan perjumpaan mesti diadakan. Dialog dan diskusi diadakan setiap
masa. Pendakwahan dan pendedahan isu isu semasa di
Malaysia perlu berjalan terus. Selain Duta, pemilihan pegawai dan keluarga
mereka untuk bertugas di sana pun perlu diteliti secara mendalam. Penulis dapat
melihat pegawai dan keluarga keduataan Malaysia di Dubai adalah anti Kerajaan
Malaysia. Mereka menghasut pelajar dan rakyat Malaysia di sana menyokong
pembangkang. Cuba perhatikan aktiviti mereka di facebook. Salah satu tugas
cybertropper UMNO/BN ialah mengikuti perkembangan pegawai Malaysia di negara
luar.
Begitu
halnya juga dengan Pegawai Trade Comissioner. Tok Pa dan Hamim jangan leka dan seronok. Mereka akan cerita yang
seronok aje. Jalan dapat, elaun besar dapat dan sebaran idealogi pembangkang
pun dapat.
Duta dan Pegawai Pelajar Malaysia mesti
berinteraksi dengan Malaysia Student Organization di Amerika Syarikat dengan
lebih kerap. Buat program lawatan. `Assign’ Kelab UMNO disana menerajui
aktiviti. Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Shabery Cheek, memantau
rapat. Jangan sesekali melihat dari atas sahaja. Jangan
`look on the surface sahaja’. Go detailing. Program pendaftaran ahli baru,
pendaftaran pengundi PRU serta sessi ramah tamah mesti dijalankan.
Pengalaman
penulis menjejaki kaki belajar di Amerika Syarikat 15 tahun dahulu sangat
berharga untuk dijadikan panduan. Pelajar Melayu lepasan SPM atau matrik,
anjuran MARA atau JPA, biasa akan menjalani kursus induksi di Malaysia sebelum
berlepas ke Amerika Syarikat. Tetapi tidak cukup sekadar kursus beberapa hari
sahaja. Pelajar yang ke sana akan jadi dua kumpulan iaitu kumpulan baik atau
kumpulan jahat. Baik kerana masuk kumpulan dakwah dan jahat kerana berkawan
dengan kaki disko, 42nd Street atau minum arak. Yang baik akhirnya menjadi
penyokong PAS. Yang jahat pula tidak kisah pasal kenegaraan.
Sebab
itu pada masa itu, penulis berpendirian pelajar lepasan SPM atau Matrik tidak
sesuai di hantar ke luar negara. Hanya selepas memiliki Diploma, mental mereka
lebih stabil.
BN/UMNO
kena buat apa sekarang kepada pelajar baru atau pelajar yang sedang belajar di
Amerika Syarikat? Di Negara Timur lebih mencabar kerana pengaruh pembangkang
amat kuat. Ramai lagi yang sedang berkhidmat di luar negara adalah anti
kerajaan.
Kerajaan
BN/UMNO sudah mengaktifkan 1M4U Outreach Center di London dan Tokyo. Sila
perhebatkan penubuhan dari segi bilangan dan aktiviti. Dapatkan sukarelawan
yang betul betul ingin membantu Kerajaan dan bukan `gunting di dalam lipatan’
dan `musuh dalam selimut’. Ramai yang akan diupah oleh mewarni 1M4U. Risau yang
Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit tetapi hasilnya menyemai subur fahaman
Pakatan Rakyat. Please do it right.
Bercakap
pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di negara berkenaan,
penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi
didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’
untuk mengelakkan kekacauan negara di tahun mendatang.
Kementerian Pendidikan
Kementerian
Pendidikan bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang perlu YAB Tan Sri
Muhyiddin, YB Datuk Seri Idris, YB Datin Mary Yap dan YB Kamalanathan
perhatikan. (1)Penjawat awam di Kementerian, Jabatan Pelajaran, Universiti dan
sekolah, (2) Pensyarah atau guru (3) Mahasiswa dan pelajar.
Apabila Pelan
Pembangunan Pendidikan Negara (PPPN) dilancarkan, ramai yang sokong dan
segelintir yang menentang. Salah salah isu ialah PBS. Katanya ia membebankan
guru guru. Ia di mainkan sehinggakan puak pembangkang menyahut dan meminta PBS
di mansuhkan. Sebenarnya guru itu yang malas. Yang guru rajin ialah meminta
kenaikan gaji dan bonus tahunan. Para guru kena ingin, penjawat awam bekerja 8
pagi hingga 5 petang. Cuti sekolah pun mereka kena kerja. Guru mengajar 7.30
pagi hingga 1 petang. Hari tertentu ada koko. Cuti sekolah, ada guru yang kerja
dan ada yang tidak. Kesimpulannya masa kerja guru sebulan tidak sama dengan
penjawat awam lain.
Objektif PBS murni
tetapi perlaksanaannya terganggu sedikit. Guru guru terpaksa menunggu untuk`
key in’ data data dan keputusan pelajar.
Setiap sistem baru
akan ada kelemahan sana sini. Kerajaan telah akan ambil tindakan dengan
meningkat keupayaan sistem komputer nya. Janganlah kemalasan guru guru, nak
sabotaj PBS dan menyokong pembangkang.
Pernah berlaku di
Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah melakukan
jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya penyokong BN.
Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak.
Di Universiti ramai
yang berfikiran seperti Dr Aziz Bari.Tahniah kepada UIA yang memecatnya. Tan
Sri Dr Rais Yatim selaku Presiden UIA, mesti melakukan sesuatu untuk membendong
aktiviti dan pemikiran anti Kerajaan membabi buta.
Penulis harap BN/UMNO
meninjau IPTA/IPTS yang menjadi `pusat semaian idealogi anti pembangkang’.
Usaha mesti bersepadu. Kita kena betulkan pelajar dan pensyarahnya sekali gus.
Ramai pensyarah yang makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS
Zahid Hamidi, kalau suka sangat dengan negara republik, sila angkat kaki. Kami
tidak perlukan awak semua. BN/UMNO tidak boleh bersikap `apologistic’ lagi.
Kena lakukan `legal discrimination dan elimination’. Mereka ini semua sudah
kaya dan tidak perlu pertolongan Kerajaan. Kepada penjawat awam termasuk
pensyarah, sila jadi professional dan beretika. Jika rasa aspirasi Kerajaan
tidak serasi dengan tuan puan Prof, Prof Madya dan Dr, letak jawatan dan
tinggalkan tempat kerja. Kerja sendiri ke. Sekejam Kerajaan BN/UMNO, mereka
masih berkeupayaan memberi tuan puan kerja. Tidak lama lagi, semakan gaji akan
dibuat dan kenaikan gaji akan menyusul. Shame on you. Kerja untuk duit semata
mata. Tiada agenda nasional, agama dan bangsa.
Kerajaan BN/UMNO
wajar mengarahkan Universiti Penguruan Sultan Idris mengagalkan Adam Adli untuk
menjadi seorang Guru. Penulis harap Adam Adli dan kekawannya di `di buang’ dari
Universiti. Tidak apalah kita dipanggil kejam asalkan niat kita melindungi
pelajar lain daripada menjadi perosak negara. Lihat Kerajaan Pulau Pinang dan
Selangor bertindak. Kalau dia dan kekawan menjadi guru, pelbagai kemungkinan
yang buruk akan terjadi kepada anak murid termasuk anak penulis. Adam Adli dah
jadi macam model dah.Rambut panjang dan kadang bila berhadapan dengan kamera,
terangguk angguk kepala untuk mempertontonkan rambut. Media massa kerajaan yang
memberikan beliau publisiti. Penulis harap satu hari beliau melakukan kesilapan
besar dan dipenjarakan lama sedikit. Manusia sedegil Adam ini perlu di
`tarbiahkan’ seawalnya. Ini adalah contoh terbaik mengapa pembersihan mesti
dilakukan.
Di Rancangan Helo
Malaysia beberapa bulan dahulu, Prof Datuk Halim Sidek, ahli Majlis Professor
Negara menyebut ada pelajar yang mencabar dan mencemuh Pak Guard Universiti
dengan melanggar undang undang AUKU. Ada yang bawa masuk risalah politik dalam
kampus dan simpan dalam locker. Ada yang pakai TShirt politik dalam kampus.
Semasa kuliah pakai jaket, habis kuliah buka jaket dan terpampang symbol parti
pembangkang. Dengan bangganya.
Mari kita syorkan
pesalah ini digantung belajar atau dibuang dari Universiti. Jadikan ingkar
dengan peraturan AUKU menjadi kesalahan `major disconduct’.Mereka
ini hanya menyusahkan orang lain dan hendak `glamour’ atau nak perhatian
pelajar lain. Anggaplah mereka najis khinzir. Jangan biarkan najis mereka
terpalit pada pelajar lain. Jadikan Universiti kampus yang mengeluarkan graduan
yang berdisplin. Tiru peraturan negara Singapura seperti sekecil kecilnya
`penguatkuasaan larangan makan chewing gum’.
Kalau
penulis menjadi Menteri Pendidikan, ini lah masanya IPTA membuang pelajar perosak
negara secara legal kerana ramai pelajar SPM (lebih kurang 20,000) yang layak
masuk IPTA tidak mendapat peluang. BN/UMNO mesti ikut sikap kurang ajar
Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.
Kementerian
Pendidikan mesti melakukan `Ops Cantas’ di kalangan pelajar dari masa kesemasa.
Barulah mereka ini celek mata dan hati supaya lebih berdisplin.
Kerajaan
tidak perlu bina kampus baru untuk menampung pelajar SPM tadi.
AUKU
Penulis mendengar
2 kali rancangan Helo Malaysia di Bernama TV yang salah satu daripadanya
perbahasan adalah mengenai AUKU dan peraturan pelajar berpolitik. Salah seorang
ahli panel ialah Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, mantan Naib Canselor UiTM
dan baru dilantik Ahli MT UMNO. Beliau mencerita pengalaman beliau dan pernah
menyatakan pendirian Tan Sri kepada kepimpinan dahulu akan bahayanya jika
membenarkan pelajar Uinversiti berpolitik. Satu sebabnya ialah mereka akan
abaikan pelajaran dan terbukti benar apabila di Majlis Konvokesyen di
kebanyakan Universiti, pelajar Melayu jauh ketinggalan. Pelajar Cina membelot
Anugerah Dekan dan Anugerah DiRaja. Pelajar Melayu sekadar lulus dengan CGPA
2-2.5 sahaja. 80 peratus pelajar Cina yang mendapatkan pinjaman PTPTN ditukar
kepada biasiswa dan tidak perlu dibayar balik.
Kenapa pelajar
Melayu tidak ikut rasmi pelajar Cina?. Belajar tekun. Pinjam PTPTN dan dapatkan
keputusan peperiksaan cemerlang. PTPTN tidak perlu bayar. Time mengundi, ikut
kata iubapa. Undi selain daripada BN.
Di dalam
perbincangan tersebut, Tan Sri meminta Kerajaan mengkaji semula peraturan
ini dan jika tidak silap ia kena melalui perbahasan di Parlimen lagi. Besar
kemungkinan Ahli Parlimen tidak akan membenarkan ia berlaku kerana
pembangkanglah yang mendapat menafaatnya. Idealogi `anti establishment’ disemai
di peringkat Universiti lagi. Bayangkan Persatuan Pelajar yang pro Kerajaan dan
Pro Pembangkang yang wujud di kampus. Penulis berani kata, Persatuan Pelajar
yang Pro Kerajaan lebih bersopan dan beretika daripada Persatuan Pro
Pembangkang.
So, pada pandangan
penulis, peraturan AUKU sukar dilaksanakan dan dikuatkuasakan kerana pelajar
suka politik dan sudah pun terjerumus. BN/UMNO kena `joins
the club if BN/UMNO cannot beat them’. sementara
BN/UMNO hendak meminda AUKU ini, BN/UMNO kena buat sesuatu. Penulis hendak
memberi contoh dengan mengfokuskan UiTM kerana keunikannya. UiTM adalah masa
hadapan orang Melayu. UiTM adalah pengilang pemikir dan usahawan Melayu.
Jikalau ia gagal di peringkat ini, maka gagal lah di peringkat pekerjaan dan
Negara.
Sama seperti puak
pembangkang. BN/UMNO mesti aktif di dalam kampus. Agenda Pembersihan mesti
dilaksanakan pada (1) penjawat awam di UiTM meliputi Naib Censelor, Pendaftar,
Bendahari, Pentadbir Am dan serendah jawatan pemandu dan pengawal keselamatan.
(2) Tenaga pengajar daripada Dekan Fakulti, Pensyarah dan Mentor (3) Pelajar
UiTM itu sendiri.
Setelah
menganggotai MT, berilah peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim
Abu Shah melaksanakan agenda `pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’. Tan Sri
Prof Dr Ibrahim perlu meminta kerjasama Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih
anasir anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar
hendak dilaksanakan kerana ia melibatkan cerdik pandai tetapi `start
somewhere’. Banyakkan dialog dan interaksi dengan pemimpin negara dan terapkan
pri mustahaknya kuasa politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP
PKR PAS.
Banyak
dan padatkan aktiviti kepelajaran termasuklah 1M4U di kampus yang menjuruskan
kepada pembentukan mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi
suaikenal UiTM mesti dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman
penulis di ITM dulu, sessi suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro
Islam (sekarang pro islam bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim).
Pengurusan mesti rombak dan libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.
Fahamkan
mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan
UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan
maklumat di masa mereka mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya
percaturan meletakkan pengundi pengundi di kawasan tertentu.
Penulis yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari
UiTM ini. Sepatah kata Tan Sri Sanusi Junid di dalam Mingguan Malaysia 19hb Mei
2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada kerajaan
tetapi tiada engagement secara yang sepatutnya. Dikatakan PM ini
mempunyai ramai penasihat dan bergerak `within their circle’ sahaja. Ketewasan
penasihat pun telah menjadi isu kepada UMNO dan pembangkang. Ada yang sorakkan
kekalahan mereka.
Penulis cadang
PM menasihati atau mengarahkan penasihatnya supaya mencari jalan untuk
mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan para cendiakawan Melayu Cina dan India.
Mesti jumpa mereka dan beri mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea.
Engagement begini akan menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan
cendekiawan terhadap UMNO/BN. Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS
Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak
dapat, yang dikendong (pengundi Melayu & India dan Bumiputrea Sabah
Sarawak) tercicir’.
Alhamdulilah, PM
mengiktiraf sokongan pengundi luar Bandar dengan menambah lagi peruntukan
pembangunan dan bantuan. Seramai 13 ahli politik Sabah dan Sarawak di lantik
sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di dalam Kabinet Datuk Sri Najib.
Salah satu idea yang diberikan adalah
seperti di bawah:-
Anonymous said...
UiTM
kena lambakan sebanyak mungkin graduan undang-undang dari kalangan anak
bumiputra luar bandar...bukan kah undi luar bandar yang menterabatkan BN pada
PRU13...jadi kepada VC UiTM fokuskan program Menjejak Destini Anak Bangsa tu
kepada mengrekrut pengambilan anak bumiputra luar bandar yang kurang mampu
untuk mengikuti program sarjana muda undang....bila ramai lawyer dikalangan
bumiputra UMNO, Bumiputra & Islam tak akan kena buli lagi dengan sepet,
pungkok dan toncit laknatullah...
Ibrahim Kati
Ibrahim Kati
May 25, 2013 at 12:22:00 AM GMT+8
Ulasan ini timbul ekoran kes Majistret
Norashikin yang tidak
membenarkan permohonan reman oleh PDRM terhadap Tian Chua, Haris Ibrahim
dan Tamrin Ghafar awal tahun ini. Pengulas dan rakyat seakan hilang kepercayaan
terhadap badan kehakiman yang dilihat pro pembangkang.
Beberapa hari
kemudian, mereka didakwa di mahkamah. Tahniah PDRM dan Peguam Negara.
Pencadang Saudara
Ibrahim Kati mahukan UiTM mengeluarkan graduan undang undang yang baik
dalam bilangan yang ramai. Didik mereka ilmu undang undang dan juga tanamkan
semangat Melayu dan Islam serta sayangi BN. Bantu mereka dengan kelas tambahan. Hantar kursus BTN. `Involve’kan
mereka dengan program Belia dan juga 1M4U. Rapat dengan mereka. Dedahkan mereka
kepada pengamal undang undang yang terkenal. Selalu panggil penasihat undang
undang UMNO memberi ceramah. Yang DiPertua Dewan Negara pun boleh. Aturkan
`practical training’ untuk mereka. Sebelum tamat pengajian, carikan tempat
kerja atau berurus dengan JPA atau SPA untuk mengisi kekosongan di Badan
Kehakiman. Pastikan program ini menempatkan mereka ini diberikan keutamaan.
`Graduan undang undang UiTM first’ di Badan Kehakiman mesti di realisasikan.
Mungkin graduan UIA juga perlu dipertimbangkan juga.
Program
Mentor-Mentee Professional
Penulis pernah mencadangkan setiap Bahagian UMNO/BN di seluruh Negara
untuk menyediakan Inkubator Peguam Muda’ untuk berkerja dan berkhidmat
kepada rakyat. UMNO/BN sediakan tempat atau ruang pejabat lengkap dengan
kemudahan dan peruntukan kewangan untuk gaji dan kos operasi. Seorang dua
peguam berpengalaman atau mentor membantu peguam muda menjalankan tugas. Kalau
di Melaka, inkubator ini akan diberikan kontrak `sales and purchase agreement’
supaya pendapatan yang diterima akan membantu mengajikan lebih ramai peguam
muda melayu. Banyak GLC Melaka memberikan kepada kroni Melayu (Nordin Group dan
Abu Seman. Cukup cukup lah itu) dan Cina. Kurnia kontrak kepada inkubator
peguam muda ini. Syarikat guaman yang lama boleh berdikari. Sepatutnya curahkan
sedikit pengalaman kepada Inkubator Peguam Muda.
Antara tugas peguam muda ini ialah mempelajari selok belok pengurusan
saman fitnah. Kenapa saman fitnah? Kerana ia adalah bidang yang menguntungkan.
Saman boleh mencecah RM100 juta. Setiap hari, peguam mesti melihat kenyataan
oleh pembangkang atau blogger atau pengendali media so..sial yang berunsur
fitnah. Jika ada, buat persediaan menyaman. Melalui proses ini, peguam akan
belajar. Kes pertama, kedua dan ketiga mungkin kalah tetapi pengalaman itu
mustahak. Jika setiap bahagian UMNO/BN menyaman Anwar Ibrahim sebagai
contohnya, penat juga dia kerana hari ini kena hadir mahkamah di Melaka, esok
di Alor Setar, lusa di Kota Kinabalu, tulat di Johor Bahru dan seterusnya. Lama
lama tua di jalanan dan mahkamah sahaja.
Inkubator ini seumpama Red Bean Army cuma ia berada di setiap Parlimen
atau DUN di seluruh Negara . dan beroperasi seperti perniagaan lain. Kalau ada
space yang lebih, boleh tempatkan Cybertropper UMNO/BN di tempat yang sama.
Cybertropper boleh meng`highlight’ penfitnah di media so…sial kepada peguam
muda untuk tindakan undang undang. Apabila ada tindakan, nescaya penfitnah Cina
akan lebih bertanggonjawab.
BN/UMNO kena recruit cybertropper yang fasih berbahasa Inggeris seramai
mungkin. Mungkin 100 orang di seluruh negara. Mereka akan ditugaskan untuk
berbahas dalam maya dengan Berital Portal Pro Pakatan Pembangkang. Penulis
cadang adakan dua fasa. Pertama menjawab fitnah fitnah yang berada di alam
maya. Kedua ialah menyerang. BN/UMNO dilihat banyak defensif daripada
menyerang. Menyerang tidak semestinya menabur fitnah. Penulis terpegun dengan
keadah kerja dan operasi SINGTEL yang bertindak sebagai telefonis operasi 24
jam. BN/UMNO boleh mengutip derma daripada usahawan Melayu dan GLC mengadakan
tabung untuk membayar kos operasi Cybertropper BN/UMNO ini. Ada yang bekerja
tetap, ada yang berkerja secara sambilan dan ada yang freelance. Tidak salah
dan keberatan jika BN/UMNO memberi elaun kepada cybertropper sambilan dan
freelance ini. Dah lama PM berjumpa dengan rakan facebooknya di seluruh negara.
Usaha ini jangan diperlahankan tetapi diaktifkan. Cybertropper akan lebih
`appreciate’ jika mereka mendapat `pad on the shoulder’ atau ucapan terima
kasih dari PM sebagai tanda penghargaan.
Penulis amat yakin dan percaya, jika program `pembersihan’ dan `Graduan
Undang undang UiTM first’ di laksanakan, pelajar lepasan SPM dan memasuki
UiTM pada umur 18 tahun, menjalani pengajian dan induksi yang sepatutnya selama
3 tahun, apabila lulus Diploma pada umur 21 tahun, mendaftar sebagai pengundi,
akan menyokong BN. Jikalau graduan ini berada rapat dengan BN di dalam program
inkubator, mereka adalah penyokong dan mungkin ahli BN yang tegar.
Penulis boleh mencadangkan banyak Inkubator untuk anak muda. Antaranya
Inkubator untuk Arkitek, Jurutera Sivil, Ejen Hartanah, Ukur Bahan, Akauntan
dan banyak lagi.Jika BN pandai, bantu dan latih mereka. Beri
peluang kerja yang Kerajaan laksanakan. Sebagai contoh, PRIMA ingin menjalankan
projek Pusat Perumahan, kerja kerja konsep dan pelan boleh dimajukan kepada
Inkubator Arkitek. Dalam setahun atau 2 tahun, mereka akan ada pengalaman dan
projek seumpama boleh dibuat oleh team Inkubator Ukur Bahan, konsultan sivil,
mekanikal dan elektrikal. Ketika pembinaan, ia diselia oleh Jurutera dan
penjualan unit unit rumah dilakukan oleh Inkubator Ejen Hartanah.Jika ada pembelian,
Inkubator Peguam akan menyediakan `Sales and Purchase Agreement’. Juga Bank
Loan.
Rangkaian ini jangan diputuskan.
InsyALLAH mereka akan mengenang jasa BN/UMNO dan sokong BN/UMNO.
Winnable
or Cable- Najib pilih siapa?
Penulis bukan politikus
yang `season’ dan tidak menyandang apa apa jawatan dalam organisasi. Penulis
memberikan cadangan amat mudah tetapi amat sukar untuk DS Najib dan Kerajaan BN
melaksanakan.
DS Najib banyak kali
menyatakan bahawa calon BN di dalam PRU13 mestilah `winnable candidate’. Antara
kriterianya ialah mereka yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat.
Pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat, bongkak, sombong dan angkuh
tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan. Pemimpin yang menghadapi
masalah kewangan, moral, rasuah dan penyelewangan terpaksa di ketepikan dahulu.
Penulis suka memberi cadangan kepada DS Najib seperti berikut:-
1. Rule of tumb-penukaran
Penulis cadangkan 50
peratus barisan jemaah kabinet sediaada di tukar dan diberi nafas baru. Mereka
yang `gugur’ bukan mereka tidak berprestasi dalam kerja mereka, tetapi atas
dasar `job rotation’ kepada pemimpin lain. Jadi 50
peratus isu isu yang melanda para jemaah menteri akan di`tiadakan’. Jemaah
menteri yang dipilih mesti melalui `skrin kesihatan yang ketat’ atau bebas
penyakit kronik. Polisi ini harus di`institusi’kan supaya pemegang jawatan
sudah tahu bahawa masa telah tiba untuk berundur dan memberi peluang orang
baru. Kemungkinan rasa malu dan tidak sedap hati para jemaah menteri yang akan
di tukar akan dapat dikurangkan. Sabotaj parti pun mungkin berkurangan. Ahli parti kurang memarahi PM kerana ia adalah
polisi parti. Arahan pembaruan mesti dituruti oleh parti komponen lain seperti
MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Pernah berlaku, Presiden sebuah parti
dicalonkan selama mungkin sampailah beliau dikalahkan di dalam pilihanraya.
Polisi
ini boleh digunapakai untuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan. Keadah
ini memungkinkan lebih ramai pemimpin politik di peringkat bahagian boleh
menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Jesteru itu, kuranglah berlaku pertandingan
sengit merebut jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Kuranglah pergeseran
dalam parti maka stabil dan kuat lah parti.
Setengah tengah negera
mensyaratkan penyandang jawatan 2 penggal sahaja. Amerika menghadkan dua penggal
sahaja atau 10 tahun untuk jawatan Presiden. MCA telah melaksanakan sistem
khidmat 2 penggal maksimum di dalam pentadbiran nya. BN khasnya UMNO boleh
mempertimbangkan keadah tersebut kerana masing-masing sudah tahu jangka hayat
masing-masing.
2.
Rule of tumb- Komposisi-orang lama versus orang baru, ulamak versus ekonomi dan
pentadbiran, Melayu versus kaum lain dan sebagainya
PM perlu
membuat imbangan calon `orang lama dengan orang muda’, `calon mengikut parti
komponen’, calon Melayu dengan bukan Melayu, calon berpendidikan agama
berbanding dengan bukan agama dan calon popular kerana kerjayanya seperti Dato
Lee Chong Wei (sukan), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie (angkasawan Negara), Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi),
Dato Jin Shamsudin & Salim (pelakon), Amy atau Awie (pemuzik), AC Mizal
atau Aznil (pengacara), Tokoh Agama (Ustaz Kazim dan Ustaz Fathul Bari, tokoh
pendidik dalam pelbagai bidang (Prof Tan Sri Abu Shah atau ramai lagi) dan
banyak lagi. Penulis hanya menulis nama secara pintas lalu sahaja tanpa banyak
penyelidikan.
Penulis
pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti
Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa),
Zaharin Hashim (Bayan Baru), Hassan Ali (Gombak) dan ramai lagi, andaikata
mereka mahu bertanding. BN harus berkerjasama dengan mereka. BN + BN
friends/club.
Penulis
berangan-angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua
Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator
Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah
Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor. PM harus
memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50
peratus rakyat Malaysia dan pengundi. Ketua Pergerakan Wanita seorang yang
rajin dan `down to earth’ tetapi bermasalah. Timbalannya, Kamalia terlalu
serious perwatakannya dan dipandang tidak `mesra ahli’.
Penulis ingin berbalik
kepada cara menetapan calon wakit rakyat dan ADUN yang diamalkan sekarang.
Penulis perhatikan Ketua Bahagian dan seluruh ahli jawatankuasa bahagian
berpeluang menjadi calon. Calon akhir yang dipilih akan melalui keadah `teory
of elimination’. Ini bermakna setiap calon akan di ketepikan jika ada masalah
moral (masalah rumahtangga atau kahwin dua), rasuah, penipuan, peribadinya
malas dan sombong, isteri dan keluarga yang ber`attitude’ buruk dan bebas
masalah hutang bank dan tindakan mahkamah. Selesai percaturan bersama dengan
laporan Special Branch (manusia yang buat penyataan dan `subject to
discrimination and sabotage’), nama calon dimajukan kepada pengurusan atasan.
Kelemahan disini ialah
calon-calon yang dipilih dan di `skrin’ adalah dari jawatan Ketua Bahagian
hinggalah pemeriksa kira kira. Ini bermakna hanya orang BN/UMNO yang terlibat
dan jikalau mengikut undi, hanya orang BN/UMNO yang sepatutnya mengundi mereka.
Pemilihan mesti melibat keseluruhan ahli BN/UMNO bahagian tersebut dan tidak
cukup hanya wakil 8 orang yang dicalonkan menjadi wakil ke persidangan.
Libatkan seramai ahli akar umbi yang boleh. Kalau boleh elakkan penetapan calon
yang bakal bertanding di `handpick’ oleh MB/KM (mungkin atas sebab favouritism)
tetapi masyarakat setempat.
Sebenarnya ia tidak
menyeluruh kerana tidak melibatkan orang ramai yang bukan ahli BN/UMNO.
Sebab
itu penulis merasa bakal bakal calon ini mesti melalui `testing’ period. Contoh
di DUN Paya Rumput, Melaka ( penulis tinggal di Cheng Melaka) yang
termasuk di dalam dan Parlimen Tangga Batu, mesti mengenalpasti 10 calon
berpotensi (selepas di `skrin’ kriteria yang dibincangkan diatas) dan diumumkan
pada pengundi DUN Paya Rumput. Mereka ini akan diberi
tugas seperti pegawai khas Dato Tahir. Mereka mesti membantu menyelesaikan
sebanyak masalah rakyat yang boleh, membuat kunjungan, ceramah, berdebat di
kedai kopi dan `meng UMNOkan’ penyokong Pakatan Rakyat, aktif di masjid dan
kerja sosial. Mereka mesti hadir latihan berpidato, kursus pegurusan dan ICT,
aktif ber`facebook’ dan `Twiter’ dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk dinilai
prestasinya dan samada kerjanya efektif dan disukai ramai. Awal tahun, calon
calon ini akan dinilai prestasinya and jika berlaku pilihanraya, calon-calon
yang `real winable candidate’ sudah di bentuk. Baiknya orang ramai tahu dan
kenal bakal wakil rakyatnya. Kalau boleh elakkan pemilihan `payung terjun’
serperti YB Roslan di DUN Merlimau beberapa tahun yang lalu. Pengundi tidak
kenal dengan calon kerana beliau tidak bergerak aktif. YB Roslan tidak boleh
dipersalahkan kerana beliau tidak sangka akan dipilih menjadi calon. Dato Seri
Ali Rustam terpaksa turun padang dari pagi hingga malam setiap hari semasa hari
berkempen. Jentera BN/UMNO dari luar kawasan bertungkus lumus membantu kejayaan
YB Roslan. Dari segi berniaga, kita telah belanja lebih daripada yang patut.
Perbelanjaan ini boleh dikurangkan jika sistem parti telah tersedia berjalan. Ini lah yang penulis katakan
senang dicadangkan tetapi sukar di laksanakan
Penulis ingin
menyambung cerita tabiat buruk ahli dan penyokong UMNO selepas beberapa
penulisan terdahulu. Sila semak.
Penulis perhatikan Ahli Parlimen dan Ahli DUN atau wakil rakyat yang dipilih mempunyai kontraktor yang mereka minati atau diselesai ataupun kroni. Ada wakil rakyat yang mengamalkan `favouratism' kepada kontraktor tertentu kerana kontraktor tersebut boleh diharapkan ataupun `perform'. Dalam banyak kes, kerja kerja `emergency' perlu di laksanakan dengan segera sebelum peruntukan tersedia. Banyak berlaku kerja kerja tersebut merugikan atau menguntungkan kontraktor. Dalam kes kerja yang rugi, wakil rakyat akan `top up' kerugian kerja ini dengan kerja lain di masa hadapan.
Yang buruknya, kontraktor yang diminati dan diselesai oleh wakil rakyat tersebut merupakan kontraktor yang sombong dan `tidak mesra rakyat' di taman perumahan atau kampongnya. Sesen pun rezeki yang diberikan atau disalurkan kepada mereka tidak dipergunakan dengan baik untuk mengkukuhkan UMNO di taman perumahan mereka. Kontraktor semakin sombong, menambah kenderaan dan menjauhi penduduk setempat. Ramai penduduk setempat tahu bahawa wakil rakyat Parlimen atau DUN tertentu memberikan kerja tersebut. Akibatnya penduduk membenci wakil rakyat kerana wakil rakyat menambah kesombongan kontraktor tersebut. Isteri dan anak anak tidak bercampur gaul dengan penduduk. Jamuan Hari Raya tidak diadakan dan jemputan tidak dihadiri.
Para wakil rakyat boleh memperbaiki suasana ini. Boleh semak rekod mereka. Jangan sampai penulis menyebut nama wakil rakyat dan kontraktornya
Penulis perhatikan Ahli Parlimen dan Ahli DUN atau wakil rakyat yang dipilih mempunyai kontraktor yang mereka minati atau diselesai ataupun kroni. Ada wakil rakyat yang mengamalkan `favouratism' kepada kontraktor tertentu kerana kontraktor tersebut boleh diharapkan ataupun `perform'. Dalam banyak kes, kerja kerja `emergency' perlu di laksanakan dengan segera sebelum peruntukan tersedia. Banyak berlaku kerja kerja tersebut merugikan atau menguntungkan kontraktor. Dalam kes kerja yang rugi, wakil rakyat akan `top up' kerugian kerja ini dengan kerja lain di masa hadapan.
Yang buruknya, kontraktor yang diminati dan diselesai oleh wakil rakyat tersebut merupakan kontraktor yang sombong dan `tidak mesra rakyat' di taman perumahan atau kampongnya. Sesen pun rezeki yang diberikan atau disalurkan kepada mereka tidak dipergunakan dengan baik untuk mengkukuhkan UMNO di taman perumahan mereka. Kontraktor semakin sombong, menambah kenderaan dan menjauhi penduduk setempat. Ramai penduduk setempat tahu bahawa wakil rakyat Parlimen atau DUN tertentu memberikan kerja tersebut. Akibatnya penduduk membenci wakil rakyat kerana wakil rakyat menambah kesombongan kontraktor tersebut. Isteri dan anak anak tidak bercampur gaul dengan penduduk. Jamuan Hari Raya tidak diadakan dan jemputan tidak dihadiri.
Para wakil rakyat boleh memperbaiki suasana ini. Boleh semak rekod mereka. Jangan sampai penulis menyebut nama wakil rakyat dan kontraktornya
salam perjuangan,
ReplyDeletemohon jasa baik untuk membantu pautkan link kami di blog tuan.
http://www.sarawakiana.net
terima kasih.