Thursday, 24 April 2014

`OPS DAULAT DI PETRONAS DAN GLC LAIN


Sehari sebelum DS Mohd Najib Tun Razak membubarkan Parlimen untuk PRU13, beliau berkesempatan untuk bertemu dengan anggota pekerja PETRONAS. Beliau sempat memberikan penerangan mengenai manifesto parti pembangkang yang berjanji kepada negeri negeri yang PETRONAS akan memberi royalti sebanyak 20 peratus, jika mereka menawan Putrajaya.
DS Najib memberitahu aktiviti `oil and gas’ memerlukan modal perbelanjaan capital yang tinggi dan andaikata 20 peratus royalti dihulurkan kepada negeri negeri, ia akan menjejaskan perkembangan pesat PETRONAS.
Apabila PETRONAS menghadapi masalah perkembangan bisnes dan kecairan wang tunai, Kerajaan Persekutuan TIDAK dapat mengutip cukai daripada PETRONAS dan pembangunan Negara akan terbantut. Setakat hari ini, PETRONAS merupakan `good paymaster’ kepada pihak pembekal dan bank. Situasi ini akan berubah jika polisi pembayaran royalti dinaikkan.
Anggota pekerja dan projek baru akan dikurangkan. Mungkin tiada kenaikan gaji dan pemberian bonus.
Penulis mendapat tahu PETRONAS mempunyai ramai pemsempati dan penyokong parti pembangkang terutamanya PAS dan PKR. Andaikata mereka ini mengundi pembangkang dan BN kalah, PETRONAS ditadbir oleh Anwar Ibrahim dan kumpulan, PETRONAS dijangka bermasalah seperti yang dijangkakan oleh ekonomis dan politikus BN. Mungkin pemsempati dan penyokong PKR dan PAS PETRONAS ini akan kehilangan kerja.
Cuba perhatikan apa yang sudah terjadi di Selangor. Bekalan air dan catuan. Memang factor cuaca sebahagian daripada sebabnya kurang bekalan air,tetapi pentadbiran itu sendiri perlu `adjust’ kepada factor cuaca. Tidak mungkin Selangor hendak beli air dari Pahang, negeri Sembilan mahupun Perak kerana negeri negeri tersebut di bawah BN. Tetapi jika kita tidak `sombong bodoh’ dan ikhlas (tiada dendam), pembelian airdari negeri jiran boleh dilakukkan demi rakyat.
Penulis rasa pekerja PETRONAS tidak risau sangat kerana duit gaji terkumpul pun banyak tanpa mengira simpanan KWSP. Tiada kerisauan di pihak pekerja PETRONAS. Ramai yang beranggapan `kebangkrapan’ PETRONAS tidak akan berlaku. Ringkasnya, mengapa kita perlu memberi pembangkang berkuasa dan menguruskan PETRONAS? Dikuatiri pekerja di buang kerja, bonus tidak semewah dulu, overtime di sekat dan pelbagai kemungkinan. Baik pilih BN menerajui Negara.
Mengapa anggota pekerja PETRONAS ini menjadi pemsempati dan penyokong PKR dan PAS?. Penulis rasa dengan putar belit pihak pembangkang, isu kronilisma di kalangan anak dan keluarga PM terdahulu dan jemaah menteri serta ahli politik UMNO/BN, berjaya menyakinkan anggota pekerja jegala rasuah dan penyelewengan berlaku di PETRONAS. Pengurusan PETRONAS diketahui ada prosedur yang ketat untuk menjadi pembekal pun. Penulis mempunyai ramai kenalan yang menjadi vendor PETRONAS. Pelbagai kelayakan diperlukan untuk mendaftar. Prosedur masuk kawasan Logi berperaturan. Syarat memasuki tender ketat. Hendak menambah kepala kerja pun setahun 1 atau 2 kepala sahaja. Sesebuah syarikat hendak mengumpulkan kepala kerja, kena tunggu bertahun. Sebelum DS Najib menjadi PM, tender dibawa ke Kementerian Kewangan untuk diputuskan. Tetapi seperti DS Najib katakan di dalam perhimpuan dengan pekerja PETRONAS, ia telah dikembalikan kepada Lembaga Pengarah PETRONAS sendiri.
Selain daripada pihak pengurusan gagal menerangkan kononnya penyelewengan oleh kroni UMNO, kecanggihan kommuniksi seperti facebook, twitter dsb, mempercepatkan transformasi maklumat dikalangan mereka.
Strategis atau penerangan UMNO/BN juga tidak memainkan peranan penerangan dan subversif di PETRONAS. Kelab UMNO/BN mesti beroperasi di PETRONAS secara terang atau gelap. Penulis mengambil contoh `niat baik’ UMNO/BN untuk tidak mencampuri urusan pembelajaran di Universiti. Kita harap mereka belajar sahaja dan berkumpulan tanpa gangguan oleh politik PAS-PKR-PAS. BN ini terlalu baik sampai kita biarkan mahasiswa dan mahasiswi berpolitik dengan menjadi anti kerajaan. Ketidakcampuran di dalam hal ehwal pelajar yang menjurus kepada perhimpuan Bersih dan demonstrasi jalanan. Penulis kecewa UMNO/BN tidak mengambil berat langsung perkara seumpama ini. PRU13 ini tidak sempat untuk buat `OPS DAULAT’ di PETRONAS dan GLC GLC lain. Tetapi penulis harap DS Najib kena buat selepas BN menang PRU13 nanti. DS Najib boleh buat secara lembut (rayuan demi rayuan serta penjelasan) atau keras (buang kerja atau tapisan pekerja baru serta PLKN atau BTN untuk pekerja).
BN/UMNO tidak boleh berceramah semula pada PETRONAS/GLC 1-6 bulan sebelum PRU14. Dah terlewat dah....

No comments:

Post a Comment