Monday, 21 April 2014

TISU KERTAS LAKU DI SELANGOR


Penulis sempati dengan kedua anak penulis yang berada di Shah Aam dan Kajang juga Dengkil. Mereka semua sedang menghadapi catuan air yang teruk dan ia sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan sehariannya. Mereka perlu mendapatkan bekalan air sewaktu catuan berkuatkuasa. 

Apabila mereka ke restoran menjamu selera, sering kali mereka terpaksa menggunakan pinggan plastik atau guna buang. Mereka kena biasakan diri menggunakan sudu dan garpu. Ada restoran yang mengenakan caj tambahan.

Krisis air ini adalah hasil pengsengketaan politik di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di bawah BN suatu masa dahulu sudah merancang dan melaksanakan projek berkaitan bekalan air. Malangnya apabila Selangor jatuh ke pemerintahan PKR, persoalan dan halangan timbul dan projek tergendala.

Secara ringkasnya Kerajaan PKR beranggapan projek ini menguntungkan kroni UMNO manakala konsessi bekalan air meng`jutawan'kan kroni UMNO. Anggapan ini mungkin betul atau salah tetapi ia terus dipertikaikan sehingga bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya terganggu.

Kini banyak pekilang multinasional tidak merasa selesa dengan krisis air di Selangor. NESTLE menyatakan kerisauan pengurusan kerana ia menjejaskan pengeluaran mereka dan keuntungan.Jikalau rakan rakan fb melayari mudah.com.my, rakan rakan akan melihat banyak bisnes dobi, restoran dan car wash di Lembah Klang hendak di jual kerana masalah air. Jestru itu perniagaan besar hingga kecil terganggu perniagaanya dan ini merugikan ekonomi. Pakai lah penasihat ekonomi yang bergaji tinggi, pun tidak akan menyelesaikan masalah ini. Ini bukan pulak mengunapakai Penasihat Ekonomi bergaji RM1 sebulan? Sehari? Sejam? Seminit?

Bak kata Mantan Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir, rakyat Selangor salah memilih Kerajaan. Kerajaan ini cekap berpolitik tetapi tidak pandai mentadbir. Rakyat Selangor terpaksa membayar kos yang tinggi. Penulis merasa rakyat Selangor sudah menjadi seperti rakyat Kelantan yang merelakan kehidupan yang terbelakang, bekalan air yang kotor dan jalanraya yang teruk. Mereka kini rela ketiadaan air. Bagi pengundi dan penyokong DAP,PKR dan PAS, krisis ini OK dan pada mereka ialah perjuangan. Kena susah sedikit.

Pengundi dan penyokong DAP dan PKR khasnya, sebilangan besar berbangsa xxxx, tidak kisah dengan bekalan air yang di catu. Sebabnya mereka menggunakan tisu kertas untuk membersihkan diri selepas buang air besar. Ramai yang mandi 2 hari sekali. Cuba perhatikan mereka. Orang Melayu berbeza, mereka kena suci sepanjang masa.

Kepada Penasihat Ekonomi Selangor, investlah bisnes di dalam pengeluaran tisu kertas. Pasti ia akan memberikan pulangan modal yang baik.


No comments:

Post a Comment