Wednesday 2 April 2014

MAN UTD BERTARUNG BUKAN SAHAJA DI DALAM PADANG TETAPI LUAR PADANG JUA.


Musim ini merupakan tahun pertama David Moyes dilantik mengurus dan melatih pasukan ManUtd. Perlantikan beliau sebenarnya mendapat `recommendation’ kuat daripada Sir Alex Ferguson, seorang lagenda jurulatih dan pengurus pasukan.

Satu pengajaran yang boleh kita pelajari ialah seorang legend pun boleh melakukan kesilapan atau `business decision’ yang menyebabkan pasukan kalah dan saham jatuh. Tun Dr Mahathir seorang legend pun melakukan kesilapan. Beliau silap menganlisa keperibadian Anwar Ibrahim dan potensi kemusnahan yang beliau boleh lakukan.

ManUtd kalah 3-0 dengam Manchester City 26atau 27 Mac terdahulu dan malam  29 Mac, ManUtd berjaya menjinakkan Aston Villa 4-1. Pagi tadi 2 Mac 2014, ManUtd seri dengan Bayern Munich 1-1. Jika menang OK, dan patut dengan rankingnya, tetapi jika ManUtd tewas malam itu dan pagi tadi, penulis rasa wajar David Moyes letak jawatan tanpa menunggu di pecat.

Semasa tewas dengan ManCity, penyokong ManUtd di Old Tratford telah mula `bising’ dan kritik’ kepada semua pihak, David Moyes, Sir Alex dan Pemilik ManUtd. Penyokong menyuruh pemilik ManUtd melupuskan sahamnya (jual kepada pihak lain) dan memberi peluang pemilik baru membangunkan semula ManUtd.




Penulis teringat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mencadangkan DS Hishamuddin dan Datuk Sri Najib meletakkan jawatan kerana gagal mengendalikan nahas MH370 dengan baiknya. Sejujurnya, penulis tidak yakin 100 peratus, Pakatan Rakyat berkeupayaan meng`absord ’ tekanan kerja. Mungkin tidak ramai negara yang datang membantu Malaysia di dalam SAR. Boleh kah kita sarankan `letak jawatan’ jika Kerajaan Selangor gagal menguruskan sampah sarap, pembekalan air, dan macam macam kegagalan untuk mewajarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seluruh Exco serta wakil Rakyat meletakkan jawatan? Begitu juga dengan Tok Guru Nik Aziz yang membawa Kelantan ketahap kemunduran fisikal dan kecelaruan agama.

No comments:

Post a Comment