Thursday, 17 April 2014

2014 TAHUN MALANG BUAT ANWAR IBRAHIM


Penulis mengulas ulasan Teresa Kok dan para pakar Feng Shui di dalam video klipnya yang tahun 2014 adalah malang buat Negara Malaysia.


Secara kebetulan, Malaysia khasnya di Lembah Klang di landa kemarau teruk hingga kolam tadahan  kekontangan air. Ia telah menjejaskan operasi rawatan air dan bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya. Catuan air menjejaskan banyak pihak.  Ia diburukkan lagi pendirian Kerajaan Selangor yang bermusuhan dengan Kerajaan Persekutuan. Keengganan kerjasama telah meranakan penduduk Lembah Klang. Persetujuan berkerjasama dan penstrukuturan semua konsensi air Selangor baru baru ini, sudah terlewat dan menjejaskan pelaburan dan perniagaan.


Malaysia di kejutkan sekali lagi dengan tragedi pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac yang lalu. Sehingga hari ini, hari ke 40, pesawat dan kotak hitam belum ditemui. Sebanyak 26 buah Negara membantu Malaysia di dalam misi ini. Kini Australia sedang melaksanakan misi SAR dan Kotak Hitam menggunakan asset dan peralatan canggih. Perbelanjaan yang besar perlu ditanggung, kerugian MAS (Khazanah Nasional memiliki 60 peratus) terus terpaksa dihadapi, kemarahan kaum keluarga penumpang dan kru MH370 harus ditelan, kritikan pembangkang menghujan dan mengunung perlu diredah. Industri pelancongan Malaysia terjejas sedikit. Yang ramai melawat Malaysia ialah pakar Pakar penerbangan dan wartawan luar negara serta kaum keluarga MH370


Malaysia di kejutkan lagi dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan dipenjara 5 tahun. Sesungguhnya ramai  rakyat Malaysia termasuk penulis tidak menaruh harapan langsung yang Saiful Bukhari akan memang di dalam kes liwat. Ini adalah kerana keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan peguambela yang handal. Tetapi dengan kebijaksanaan hujahan Tan Sri Dr Shafee Abdullan, Anwar Ibrahim berjaya di sabitkan. Terperanjat beruk puak pembangkang.


Sungguh malang pembangkang Malaysia. Karpal Singh didapati bersalah menghina dan menghasut Sultan Perak dan akan hilang kelayakan jika gagal di dalam rayuan untuk ketepian keputusan Mahkamah.


DAP sekali lagi dilanda kemalangan dan sumpahan Teresa Kok. Karpal Singh terbunuh di dalam kemalangan kereta-lori di lebuharaya Utara selatan berhampiran Gua Tempurung jam 12.40 pagi Khamis. Kematian Karpal Singh akan sedikat sebanyak akan menjejaskan DAP dan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memang di dalam kes rayuan meliwatnya.

Sungguh besar rahmat Allah. Di dalam Malaysia menghadapai musibat cuaca kemarau, penentang utama Hudud dan undang undang Islam sudah tiada lagi. Kerusi Parlimen Bukit Gelugor akan diistihar kosong dan PRK akan diadakan tidak lama lagi. Sekurang kurangnya Allah memperkenankan doa umat Islam terhadap penentang Islam dan Sultannya. Kemungkinan besar, Ketua Pembangkang juga akan akan berubah `profession’ dari seorang ahli  parlimen ke jawatan lain.


Sesungguhnya 2014 banyak cabaran buat Malaysia.

2 comments:

  1. Buat liputan ttg kesalahan karpal singh..Ada saman JPJ 9..PDRM 35..check kt myeg 400628-07-5079..pemandu warga india..entah ada lesen memandu dan permit kerja atau tak?org gaji warga indon tengah tenat pun x pasti ada permit ker x?

    ReplyDelete