Tragedi
MH370 memberikan peluang kepada DS Hishamuddin menunjukkan kecekapan dan
kesabaran `organize and coordinate’ atau menguruskan misi atau operasi SAR.
Tragedi ini memberi ` talented exposure’
yang amat tinggi kepada Pemangku Menteri Pengangkutan. Penuiis dan ramai kekawan
pernah mengelarkan beliau sebagai
Menteri Amaran, dan ada kelompok memberi nama Menteri Lembik dan Pondan. Kini,
beliau boleh di angkat statusnya kepada Menteri Paling Sibuk Kerja Siang dan
Malam, Bijak, Fast learning about Aviation, Dihormati oleh Pemimpin Negara
Asing, Bertanggungjawab dan Cekap.
Beliau
berjaya mengendalikan media dalam dan luar negeri, kaum keluarga penumpang dan
krew serta tekanan politik yang menuntut perfection (pesawat dijumpai dengan
segara dan impian penumpang serta krew selamat).
Hishamuddin
menguruskan krisis terbesar Negara dan dunia ini, DS Hishamuddin juga mengalas
tanggongjawab perlaksanaan dan pembukaan KLIA2 pada 2 Mei 2014 akan
datang. Perlaksanaan dan pembukaannya
tergendala beberapa kali hingga mengundang kritikan orang ramai khasnya Air
Asia dan pembangkang. Kini persiapan terakhir sedang berlaku dan tarikh
pembukaan KLIA2 tiada perubahan.
Di
dalam pada itu, Air Asia buat hal pulak. Diberitakan Air Asia tidak mahu berpindah dari LCCT ke KLIA2 kerana kurang
yakin dengan ciri ciri keselamatan KLIA2 tersebut. MAHB bersuara sesuatu, Air
Asia menjawab. Kedua dua organisasi ini bermusuhan sekian lama sehingga hari
ini. Mereka bertelagah di dalam semua aspek. Senantiasa mencari alasan untuk
menghentam. Pertelingkahan mereka kurang baik buat industri penerbangan
Malaysia.
DS
Hisahamuddin kena uruskan pembukaan KLIA2 dan merungkai keengganan Air Asia berpindah
ke KLIA2 dengan sebaiknya. Arahan dan pujuk rayu serta pembentangan program
keselamatan yang ada di KLIA perlu dilaksanakan terhadap Air Asia.
Disamping
kita melayan kerenah Air Asia, kita kena faham dengan `bargaining power’ yang
sedang di buat oleh Air Asia keatas MAHB dan Kerajaan. Mereka mahukan yang
terbaik untuk Air Asia. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana Air Asia
beroperasi atas dasar tambang murah. Kos operasinya kena rendah serendahnya
untuk mencatitkan keuntungan. Kita semua maklum masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh pemilik saham terbesar
Air Asia, Tan Sri Tony. Kelab bolasepaknya Queens Park Ranger kerugian hampir
RM1 billion. Air Asia X kerugian hampir RM400 juta tahun 2013. Sukan Pemotoran
juga tidak meransangkan aliran masuk kewangan.
No comments:
Post a Comment