Karpal
Singh banyak melukakan hati orang Melayu Islam. Agama Islam di hina dan
diperlekahkan oleh Karpal Singh dan DAP khasnya. Mereka berani kerana
dibelakang mereka ada pakar undang undang dan kewangan. Mereka tanpa segan silu
`test the Constitution’ walaupun mereka tahu `it is not contestable’. DAP
menerajui gerakan desakan kepada Kerajaan untuk membenarkan mereka menggunakan
kalimah Allah di dalam kitab injil berbahasa Malaysia.
Mendiang
Karpal Singh sebenar seorang yang pertama berani `sound’ Sultan. Sultan Perak
bertindak melucutkan jawatan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari
Pakatan Rakyat kerana berlakunya situasi Ahli DUN DAP dan PKR memilih menjadi
wakil bebas tetapi memihak BN. Berpuluh atau beribu laporan PDRM di buat oleh
NGO Melayu dan Islam, nanum sedetik pun menakutkan Karpal Singh.
Keberanian
Karpal Singh `derhaka’ kepada Sultan Perak, membuka ruang dan peluang kepada
lebih ramai rakyat Malaysia khasnya kaum Cina pengundi dan penyokong DAP PKR
dan PAS mencemoh dan memaki Sultan. Jika ada 1000 orang yang berani di tangkap
untuk di soaljawab oleh PDRM dan dilokapkan 3-7 hari dan melapangkan masa
beberapa menghadiri perbicaraan dan berkorban untuk dipenjara beberapa hari
hingga bulan dan denda, perbuatan memaki Sultan Melayu Islam adalah `normal’,
`tidak menjadi kesalahan besar’, perbuatan hak asasi manusia, berbaloi dan
mencapai matlamat besar kumpulan ini.
Karpal
Singh juga telah menjadikan Institusi Kehakiman lebih berhati hati di dalam
penghakimannya. Tugas para Hakim menjadi semakin effisen dan tidak membuat kesilapan.Para Yang Arif tidak boleh
bertindak sebagai `one way communication’. Penghujahan mesti baik berasas dan
kukuh. Karpal Singh berani mengesorkan para hakim di lucutkan daripada
mendengar kes tertentu. Karpal Singh boleh memohon menukar Hakim beberapa kali.
Penulis
tidak mudah memaafkan seseorang yang memusuhi agama dan bangsa penulis atau
pernah cuba secara terangan membunuh kareer kita, menutup rezeki atau menganggu
gugat ketenteraman keluarga penulis. Ini lah realitinya. Sebagai seorang
manusia biasa, sifat dendam tidak boleh dipadamkan atau dilupakan dengan
sekelip mata.
Melalui
pengamatan di media social, ramai juga orang Melayu Islam sudah memaafkan
Karpal. Ada yang sudah menziarah dan ada yang sudah menghantar ucapan takziah.
Ada yang sedang memujinya. Penulis tetap membenci beliau dan tidak akan
memaafkannya.
ASTRO
AWANI banyak membincangkan mengenai manusia bernama Karpal Singh. Yang
dipanggil ke studio pula orang orang dari parti pembangkang. Tentu sekali,
Karpal Singh seorang Nabi. Lama lama kita termakan dengan kata kata mereka.
Perbincangan mereka di selitkan isu isu politik dan secara sulit mengambarkan
Parti Pakatan Rakyat sebuah parti yang `suci’ dari dosa, meliwat itu bukan
kesalahan besar dan mempromosi keadilan masyarakat. Penulis mengambil
pendekatan tidak menonton 501 minggu ini kerana bosan mendengar perbincangan
mereka.
No comments:
Post a Comment