Sejak berakhirnya Konvensen UMNO Selangor 2 minggu lepas, beberapa reaksi telah berlaku. Antaranya ialah cadangan Tun Dr Mahathir agar Perhubungan UMNO Selangor di bubarkan dan dilakukan semula pemilihan dan perlantikan baru.
Pada saya apa yang di cadangkan oleh Tun ialah lantik muka baru. Muka baru tua atau muda. Perlantikan ini mesti berprientasikan ukar umbi. mesti disenangi oleh rakyat setempat. Kriteria lain seperti bersih, amanah, rajin, berpendikian dan cenderong agama merupakan kriteria biasa,
Siapa nak melakukan tindakan ini? Presiden atau MT atau Pengerusi Perhubungan atau Penasihat?
Terkenang ucapan Presiden pada Konvensen UMNO tersebut.
Penulis amat bersetuju dengan saranan dan teguran Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak mengenai UMNO Selangor. Beliau secara terang menzahirkan kekecewaan kerana di berikan taklimat yang kurang tepat tentang sokongan rakyat Selangor terhadap BN dan UMNO.
Beliau amat malu dengan kekalahan teruk BN di Selangor. Beliau bukan sahaja malu tetapi letih, perit dan serik dengan kemelut politik Selangor. Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan rakan rakan berjanji perkara seumpama tidak akan berlaku. Penulis harap ia menjadi ikhtibar untuk semua Perhuhungan UMNO Negeri lain.
UMNO Selangor dan UMNO seluruh Negara perlu berubah. UMNO, kata Presiden UMNO, perlu meneliti 3 semakan realiti politik semasa dengan jiwa yang besar dan minda terbuka sebelum menyusun menawan kembali Selangor atau memperkukuhkan lagi kubu UMNO pada PRU14 nanti.
Selangor mesti dikuasai semula oleh UMNO dan BN kerana ia adalah sebuah negeri yang strategic kerana di sanalah wujudnya nilai ekonomi dan peluang perniagaan.
Selangor berhadapan dengan cabaran demografi politik, khususnya dalam kalangan pengundi Bandar dan semi Bandar, yang mana politik pembangunan bukan lagi tarikan politik masa kini. Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan mempunyai persamaan dengan Selangor.
Penulis amat hairan mengapa BN tewas teruk di Selangor walhal Selangor berhadapan dengan pelbagai masalah rakyat seperti kebersihan kawasan, mutu jalanraya, bekalan air yang sering terputus dan banyak lagi. Nampak sangat BN dan UMNO tidak lagi diperlukan dan dipedulikan oleh rakyat Selangor baik Melayu atau Cina dan India.
Presiden UMNO menasihati agar pemimpin UMNO mesti bersikap jujur dan bukan pentingkan kem di dalam mengemukan calon calon yang winnable. Penilaian yang tidak jujur menjurus kekalahan teruk. Pada masa PRU13, UMNO Selangor mementingkan menjaga kedudukan daripada kemenangan.
PM juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan proses penambahan ahli dan pendaftaran pengundi di Selangor. Penulis rasa kelesuan ini bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh Negara. Sebabnya akan di hurai di lain lembaran.
Bagaimana dengan negeri Melaka, tempat penulis mengundi? Mungkin, situasinya 2 x 5 dengan Selangor berdasarkan kerancakan aktiviti yang di atur di kawasan setempat. Kem kem UMNO segar di mana mana. Penulisan sebelum ini adalah berkaitan http://nasirwise.blogspot.com/2014/10/ceramah-anwar-ibrahim-ibarat-majlis.html.
No comments:
Post a Comment