Penulis amat bersetuju dengan saranan dan teguran Presiden
UMNO, DS Najib Tun Razak mengenai UMNO Selangor. Beliau secara terang
menzahirkan kekecewaan kerana di berikan taklimat yang kurang tepat tentang
sokongan rakyat Selangor terhadap BN dan UMNO.
Beliau amat malu dengan kekalahan teruk BN di Selangor. Beliau
bukan sahaja malu tetapi letih, perit dan serik dengan kemelut politik
Selangor. Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan rakan rakan berjanji perkara
seumpama tidak akan berlaku. Penulis harap ia menjadi ikhtibar untuk semua
Perhuhungan UMNO Negeri lain.
UMNO Selangor dan UMNO seluruh Negara perlu berubah. UMNO,
kata Presiden UMNO, perlu meneliti 3 semakan realiti politik semasa dengan jiwa
yang besar dan minda terbuka sebelum menyusun menawan kembali Selangor atau
memperkukuhkan lagi kubu UMNO pada PRU14 nanti.
Selangor mesti dikuasai semula oleh UMNO dan BN kerana ia
adalah sebuah negeri yang strategic kerana di sanalah wujudnya nilai ekonomi
dan peluang perniagaan.
Selangor berhadapan dengan cabaran demografi politik,
khususnya dalam kalangan pengundi Bandar dan semi Bandar, yang mana politik
pembangunan bukan lagi tarikan politik masa kini. Melaka, Johor, Perak, Negeri
Sembilan mempunyai persamaan dengan Selangor.
Penulis amat hairan mengapa BN tewas teruk di Selangor
walhal Selangor berhadapan dengan pelbagai masalah rakyat seperti kebersihan
kawasan, mutu jalanraya, bekalan air yang sering terputus dan banyak lagi.
Nampak sangat BN dan UMNO tidak lagi diperlukan dan dipedulikan oleh rakyat
Selangor baik Melayu atau Cina dan India.
Presiden UMNO menasihati agar pemimpin UMNO mesti bersikap jujur dan bukan
pentingkan kem di dalam mengemukan calon calon yang winnable. Penilaian yang
tidak jujur menjurus kekalahan
teruk. Pada masa PRU13, UMNO Selangor mementingkan menjaga kedudukan daripada
kemenangan.
PM juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan proses
penambahan ahli dan pendaftaran pengundi di Selangor. Penulis rasa kelesuan ini
bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh Negara. Sebabnya akan di hurai di
lain lembaran.
Bagaimana dengan negeri Melaka, tempat penulis mengundi?
Mungkin, situasinya 2 x 5 dengan Selangor berdasarkan kerancakan aktiviti yang
di atur di kawasan setempat. Kem kem UMNO segar di mana mana. Penulisan sebelum
ini adalah berkaitan http://nasirwise.blogspot.com/2014/10/ceramah-anwar-ibrahim-ibarat-majlis.html.
No comments:
Post a Comment