Tan Sri Taib Mahmud membuat pilihan
yang tepat untuk jawatan KM Sarawak. Beliau melawan arus dengan tidak mengikut
hiraki parti. Kelazimannya Abang Jo akan diangkat menjadi KM kerana beliau
adalah Timbalan Presiden PBB, sama seperti UMNO di mana Timbalan Presiden
adalah TPM. Sebaliknya Datuk Seri Adenan di angkat jadi KM. Desus desus jahat
kata kroni dan pertalian keluarga.
Dahulu rakyat merasa risau dengan
politik Sarawak kerana dikhuatiri pemimpin selain daripada Tan Sri Taib akan berjaya
mengawal perpaduan rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan etnik. Selain itu,
Taikun Taikun pembalakan dan Perladangan
yang maha kayaraya mencorakkan ekonomi dan politik Sarawak. Ada Taikun
yang baik ada yang seperti kacang lupakan kulit.
Tidak mustahil tidak berlaku
penyelewengan dan rasuah di dalam bisnes di Sarawak dan mana mana pun tetapi di
Sarawak tahap nya agak serious. Pembangkang kerap menuduh mantan KM rasuah dan sebagainya dan ia menjadi viral di
dalam politik tanahair.
Minggu lepas, Datuk Seri Adenan Satem
memeranjatkan ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan Sarawak. Dengan kata
`bahasa senang’, awak semua melakukan rasuah. KM member amaran kerana mereka
yang berkenaan supaya entikan rasuah dan pembalakan haram. Lesen pembalakan di
kawasan tertentu di bekukan.
Para pemilik syarikat Gergasi Pembalakan
dan Perladangan Sarawak diminta menandatangani Ikrar Integriti menentang
rasuah. Usaha ini mendapat pujian dari banyak pihak termasuk Transpency International
dan SPRM sendiri.
Pada saya, Datuk Seri Adenan Satem
seorang yang berani. Beliau berani berhujah dengan pembangkang dan terkini
beliau berani `menampar’ Taikun yang selama ini terlalu manja dengan kerajaan
negeri. Dari segi politik, BN telah mula bergerak maju mengubah presepsi rakyat
tentang rasuah. Kerajaan di lihat sangat bertegas membenteras rasuah. Pemimpin
BN Sarawak kelihatan bersunguh sunguh melawan rasuah. Rakyat sangat gembira.
Pembangkang semakin kekurangan modal untuk menghentam Kerajaan.
Juga pada pandangan saya, mantan KM
Sarawak membuat pilihan yang tepat. Tun Dr Mahathir pun tersilap melantik
TPMnya suatu masa dahulu. Tun Dr Mahathir tertipu dengan `jelmaan kewarakan’
Anwar Ibrahim. Siang baik malam hantu. Depan baik belakang syaitan. Kita main
depan dia main belakang..
Tulisan dan pandangan rakyat Sarawak di ringkaskan di sini
http://nasirwise.blogspot.com/2013/06/salam-tan-sri-taib-mahmud-mulakan.html
No comments:
Post a Comment