Tuesday, 4 November 2014

KJ DI SEBUT SEBUT DILANTIK TPM, ANWAR MELELEH…


Penulis membaca blog otai ROCKY BRU mengenai pemimpin muda yang berpotensi menerajui negara suatu hari nanti. Kriteria perlantikan di ulas dengan pelbagai alasan. Pengkomen mencadangkan jika boleh PM di lantik dari kalangan LUAR keluarga yang pernah menjadi PM Malaysia dahulu. Mereka tidak selesa jika Hishamuddin, KJ mahupun Mukhriz di `promote’ menjadi PM dan TPM. Mereka memberi alasan kronisma dan  sebagainya.
Penulis pernah menulis tentang kemungkinan Tan Sri Muhyiddin  bersara awal dari jawatan TPM untuk memberikan perhatian kepada pengkukuhan UMNO. Yang kita takut, perletakan jawatan berlakunya kerana  pergeseran di antara PM dan TPM. Tetapi menurut pendapat penulis, DS Najib seorang yang pelembut dan penyabar orangnya dan selalu `accommodate’ permintaan.
Kini timbul kembali isu jawatan TPM dan beberapa nama pemimpin di pertengahkan. Yang hangat di pasaran ialah KJ. Ramai yang mengatakan beliau layak kerana populariti di kalangan generai muda, berpendidikan baik serta fasih berpidato. Apa guna kelulusan tinggi tetapi tiada aura menghiburkan dan mempengaruhi `audience’. Lihat Anwar Ibrahim, graduan `social science’ tetapi bagus berpidato.
KJ di katakan lebih bijak berpolitik daripada dahulu. Dengan peluang jawatan Menteri , beliau berjaya `position’  beliau di kacamata generasi muda pelbagai kaum.
Menurut beberapa pengkomen, Mukhriz di katakan lembab dan lambat membuat keputusan yang tegas. Ini kurang sesuai untuk jawatan TPM yang memerlukan tindakan segera. Mukhriz di katakan popular kerana peramah, mudah di dekati dan sokongan sempati dari peminat Tun Dr Mahathir.
Kedua dua pemimpin muda ini sedang diuji keberkesannya membangunkan sesuatu Kementerian dan negeri.  Seorang mentadir Kementerian dan seorang mentadbir negeri.
Sebelum tragedi  MH370, DS Hishamuddin amat lemah pencapaiannya. Ramai yang gelisah dengan prestasinya. Kejadian nahas udara tersebut menaikkan nama dan prestasinya. Dari `zero’ ke `hero’ walaupun sehingga kini MH370 dan penumpangnya masih tidak di jumpai. Yang menghairankan, media social `silence’ tentang potensinya menjadi TPM.
Penulis terperanjat juga dengan tulisan seorang blogger yang menanyakan `mengapa DS Najib belum melantik DS Anifah Aman menjadi TPM lagi?’. Adakah DS Najib pernah berjanji dengan Menteri Luar sesuatu jawatan sebelum ini. Penulis kurang maklumat tentang kejayaan DS Anifah Aman di dalam politik dalaman melainkan beliau berasal dari Sabah dan sudah mempunyai isteri kedua. Tetapi beliau popular di kalangan blogger blogger.
Seorang lagi pemimpin muda yang menjadi `radar pemikir politik’ ialah DS Rahman Dahlan dan DS Azeez Abd Rahim dan DS Idris Haron.
DS Rahman Dahlan dari Sabah menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan. Beliau dikatakan pandai `manage’ Kementerian tetapi pada penulis ia terlalu awal untuk menyaksikan kejayaan dan kelemahannya. Apakah perubahan besar yang telah di bawa oleh beliau selain daripada perumahan rakyat.? Penulis akui DS Rahman berani beradapan dengan pemimpin pembangkang di pentas diskusi atau wacana. Beliau tidak mudah di perkecilkan oleh ahli panel ceramah. Antara pemimpin muda yang berani berhadapan dengan pihak pembangkang ialah KJ (berdebat dengan Rafizi di London dan juga berhujah dengan Husam Musa di Kelantan). Mereka berjaya menarik perhatian penyokong PAS untuk mendengar hujahan KJ. Amalan biasa penyokong PAS ialah `boo’ penceramah UMNO hinggakan penceramah UMNO tidak boleh bercakap dan panas baran. DS Azeez, dukacitanya kurang berjaya di dalam aspek ini. Dia panas baran dan tenggelam dalam kebisangan penyokong PAS.
DS Azeez seorang pemimpin popular dengan remaja dan sukarelawan. Beliau berjaya melakukan beberapa misi keselamatan atau membawa balik pelajar dari Negara Mesir, Syria mahupun Indonesia. Beliau terkenal dengan helmet 1 Malaysia, Tilam 1 Malaysia dan Peti Sejuk 1 Malaysia ketika berlaku banjir besar. Sekarang ini jawatan strategik di Tabung Haji. Berpeluang berintekrasi dan berkhidmatkan kepada 27,000 jemaah haji setiap tahun. Dapat berada di Tanah Haram sudah cukup menguntungkan.
DS Idris Haron sedang meniti kepopularitian di Melaka. Beliau kena membuat perubahan atau memperbaiki kelemahan sistem atau projek yang di tinggalkan oleh Tan Sri Ali Rustam. Beliau berjaya menarik kehadiran PM ke Melaka banyak kali mungkin kerana hubungan akrab PM dengan Tuan Yang DiPertua.
Ada pengulas mencadangkan beliau di lantik ke Kementerian Dalam Negeri kerana sikap tegasnya dalam beberap isu dan bermuka bengis dan garang. Beliau kena perbaiki presepsi buruk yang penasihat dan kawan rapatnya terlibat dengan judi haram. Isu ini menjadi hangat beberapa bulan yang lalu. Selain PDRM, beliau kena bantu agensi keselamatan membenteras judi haram.
Kekuatan DS Idris Haron ialah beliau `all rounder’. Fasih berpidato, berpendidikan teknikal, pandai menyanyi mahupun berpengetahuan agama Islam.
Persoalannya mengapa jawatan penganti PM dan TPM menjadi perbincangan maya? Benar ke mereka akan melepaskan jawatan? Betul ke ada usaha usaha kompromi menggantikan PM atau TPM? Atau ada usaha menjatuhkan PM atau TPM atau kedua duanya sekali.? Setahu penulis, DS Najib terus gigih menerajui Negara dan TS Muhyiddin yang baru kembali dari Mekah, bergerak cergas menjalankan tugasannya.

Banyak tugas dan kerja serta perjuangan yang belum selesai. Nasihat penulis jika hendak melakukan perubahan pemimpin, lakukan lah dengan cara berhemah dan muafakat. UMNO parti keramat dan tidak wajar di perlemahkan lagi. Pegeseran menyebabkan pepecahan kesatuan. Pemimpin yang sedang lama di persada Kabinet, jangan segan segan beritahu PM. Jadi lah wira.

2 comments:

  1. cepatlah lingkup umno kalau mamat ni jd tpm..takdak jiwa melayu..jiwa Islam lagilah jauh..

    ReplyDelete
  2. kalau TS Munyidin quit, aku jugak buat kali ke tiga berturut2 tak akan keluar mengundi untuk BN. Biar cepat mampus BN tuh. Dah ada orang yang menunjukkan keyakinan untuk membela melayu, membela islam, mengembalikan kekuatan undang2 teras Malaysia tapi di tunjukkan pula jalan keluar..
    Mohon TS munyidin jgn keluar, tunggu masa dan giliran anda untuk naik jadi PM. Kalau boleh buat macam Tun M ambik kuasa. Najib sangat lembik, selembik pisang yang kena goreng! Melayu/islam nak mampus pun dia masih boleh tido lena!

    ReplyDelete