Sunday 1 June 2014

BN RAMPAS KERUSI PARLIMEN TELUK INTAN. KU NAN JE YANG ADA.



Tahniah kepada BN dan Datuk Mah Siew Keong kerana menang PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 berbanding dengan kekalahan dengan majoriti +-7000 semasa PRU13 yang lalu.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan Datuk Mah. Beliau pernah berkhidmat selama 2 penggal di sini. Sebagai anak tempatan, beliau mempunyai ramai penyokong serta saudara mara. Datuk Mah seorang yang perendah diri dan lembut. Mengamalkan prinsip tidak melakukan serangan peribadi berbanding DAP. Personalitinya amat di senangi rakyat Telok Intan.

Jentera BN juga memainkan peranan. Setiap genap pelusuk dikunjungi. Seramai mungkin pengundi di temui. Manifesto dan janji diberikan dan ditepati. Provokasi pada tahap minima. Jentera parti berkerja sepanjang masa tetapi menghormati suasana perkabungan kemangkatan Sultan Perak.

PM menambah keyakinan kepada pengundi Teluk Intan. PM akan melantik Datuk Mah sebagai salah seorang Jemaah Menteri. Segala janji di Teluk Intan akan dilaksanakan.

Kegagalan 2 wakil rakyat DAP di Telok Intan turut menyumbang kepada kekalahan calon DAP. Rakyat merasa tertipu dan nasib mereka tidak terbela. Calon DAP terkini, Dyana Sofya di dapati banyak berbohong dan berlindung populariti Lim Kit Sial. Sebahagian penyokong PAS dan Melayu menolak seorang Islam yang membenci atau tidak menyokong Hudud. Jikalau orang bukan Islam yang tidak menyokong perlaksanaan Hudud, kita percaya mereka kurang faham tentang Islam.

Semasa pengumuman kemenangan di buat, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK dan Datuk Zambry, MB Perak tidak kelihatan. Mungkin mereka tidak yakin BN akan menang atau mungkin juga ada acara rasmi di ibukota. Penulis ucap tahniah di atas kerja keras kedua dua pemimpin ini.

Penulis ucapkan terima kasih kepada pengundi kerana memberikan undi semangat kepada BN. Juga jutaan terima kasih kepada kesemua orang yang menjayakan dan mencorakkan kemenangan BN. Pengerusi BN telah melantik calon yang sesuai untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Teluk Intan.

Kepada Dyana Sofya, insaflah dan kembali membantu mempertahankan UiTM, Rejimen Askar Melayu dan hak Bumiputera. Kalau malu masuk UMNO, bergiatlah di dalam PERKASA.

Kemenangan ini amat signifikan kepada Gerakan kerana Datuk Mah Siew Keong adalah Presiden Gerakan.

No comments:

Post a Comment