Thursday 26 June 2014

TUN DrM SUDAH NASIHAT SULTAN PASAL BISNES. PASAL SUKAN BILA LAGI???


Sejak kebelakangan ini, isu penglibatan Sultan dan Raja di dalam bisnes dan sukan negara mencuri tumpunan rakyat termasuklah politikus. Sebenarnya sebelum bidang bisnes, Sultan sudah terlibat di dalam sukan sejak sekian lama. Sultan Ahmad Shah adalah Presiden FAM sejak 30 tahun yang lalu. Pemilihan tahun 2014 ini menyaksikan anakanda Baginda Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih menjadi Presiden FAM, menewaskan seorang Kerabat DiRaja juga, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim, Tuanku Mahota Johor. 

Tuanku Abdullah sekarang menerajui sukan Hoki dan Bolasepak. Adakah ia baik kepada pembangunan sukan negara? Menteri Belia dan Sukan perlu melihat dan mengkaji keberkesanannya dan prestasi sukan tersebut. Penulis cadangkan Tuanku Abdullah borong sekali Persatuan SepakTakraw Malaysia, yang bermasalah juga. 

Alharhum Sultan Azlan Shah, seorang aktivis dan pengemar sukan hoki.

Sebelum ini, bolasepak negara agak suram tetapi dengan kehadiran Tuanku Mahkota Johor, ia telah secara tidak langsung menghidupkan dan menghangatkan sukan bolasepak di Johor khasnya dan Malaysia amnya.

Potensi pemain bolasepak negara di `highlight' kan dan kerjaya seorang pemain mulai mendapat pengiktirafan. Jika dahulu, gaji pemain sekitar RM5000 - RM10,000 sebulan, kini ramai pemain kebangsaan yang bermain di JDT, meraih gaji RM20,000-RM50,000 sebulan atau lebih.

Keberanian TMJ membayar gaji yang lebih baik menyebabkan ramai pemain kebangsaan dari Kelantan khasnya berhijrah ke JDT. Ada kesan baik dan buruk. Pasukan JDT seolah olah pasukan Harimau Malaya atau pasukan Harimau Muda dan di campur dengan 3 orang pemain import yang dibenarkan. FAM perlu ada limitation pemain kebangsaan di dalam sesebuah pasukan. Jika tidak, pasukan yang kaya, akan membeli semua pemain terbaik negara.

Penglibatan TMJ khasnya menyemarakkan semangat penyokong untuk bertandang ke Stadium menyaksikan perlawanan secara `live'. Bilangan kehadirannya bertambah baik. Ini adalah kerana dengan pembelian pemain berpengalaman, terbaik dan standard antarabangsa, ia menyakinkan penonton yang mereka akan dapat menonton perlawanan yang baik setimpal dengan bayaran tiket di bayar.

Penglibatan Sultan menarik penaja memperuntukkan sebahagian keuntungan mereka kepada Persatuan Bolasepak masing masing. Ada kedengaran cerita, beberapa penaja yang lokek atau tidak mempercayai bolasepak, telah di paksa menaja kos operasi sesebuah pasukan. Jika seorang pegawai Kerajaan yang menerajui Persatuan, tidak mungkin Persatuan menerima layanan daripada penaja.

Penglibatan Sultan di dalam sukan seperti FAM dan JDT pun berisiko. FAM telah dan sedang di kritik kerana dasar nya tidak dapat melahirkan pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda dan pelapis yang membanggakan. Kedudukan Malaysia di dunia jauh di tangga 150-160 kaki tangga.Ini menimbulkan kemarahan peminat dan penyokong dan Presiden tidak terlepas di maki hamun. Kedudukan yang mulia tadi telah tercemar. 

Ada ketika, pengurusan FAM tidak menzahirkan `argument' yang tepat dan terang kepada Presidennya atas dasar hormat. Akibatnya prestasi pasukan negara merundum jatuh.

Dr Mahathir sudah bersuara menasihati Sultan dan Raja supaya jangan terlibat di dalam bisnes kerana ia boleh di salahgunakan. Sila baca penulisan Tun Dr Mahathir. 
http://nasirwise.blogspot.com/2014/06/tun-drmahathir-nasihat-raja-raja-dan.html

Mungkinkah penglibatan Sultan dan Raja di dalam sukan memberikan impak negatif kepada pembangunan sukan negara. Penulis harap Tun Dr Mahathir dapat memberikan pendapat beliau tidak lama lagi.

Tahniah PDRM di atas kejuaraan Piala Perdana 2014. Juga setinggi terima kasih dan tahniah kepada JDT kerana menjuarai Piala Liga Super 2014. Yang tewas, jangan risau, teruskan usaha untuk maju kehadapan.

No comments:

Post a Comment