Thursday 19 June 2014

TEORI MUHYIDDIN LETAK JAWATAN:: MERAJUK DENGAN DS NAJIB RAZAK.


Beberapa hari selepas BN merampas Parlimen Teluk Intan daripada DAP, rombakan kabinet tidak dapat dielakkan lagi. Ini adalah kerana umum tahu PM ingin mengembalikan kerusi kabinet kepada MCA. Manakala, selaras dengan motto BN `Janji DiTepati', Datuk Mah Siew Keong dari Gerakan memang dijanjikan di angkat ke jawatan Menteri jika BN berjaya di Teluk Intan.

Selain daripada 2 personaliti dan jawatan tersebut, penulis meramalkan Datuk Hassan Malek di rehatkan prestasinya kurang memberangsangkan. Bukan salah Datuk Hassan semata mata tetapi memang sukar membendung kenaikan harga barangan dan mencegah penyelewengan disel serta gossip Bank Rakyat meluluskan pinjaman tanpa faedah kepada seorang ahli perniagaan karpet. Ramai yang percaya ia boleh diluluskan kerana ahli perniagaan ini pernah di kaitkan dengan isteri PM, mengikut penulisan beberapa blog.


Prestasi Datuk Hassan sebenar lebih mencabar dan baik daripada Datuk G.Panaveil atau 2 menteri yang berasal dari Sabah dan Sarawak.Tetapi atas dasar setiakawan, PM perlu menenuhi kuota.


Seorang lagi yang digossipkan akan di `job rotation' ialah Tengku Adnan Mansor. Beliau mungkin `fatal casualty' kerana kehilangan kerusi dan jawatan iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agong UMNO.


Tanpa di sangka sangka tersebar berita yang Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan tidak lama lagi. Penulis harap ia adalah khabar angin dan mainan politik kerana UMNO/BN adalah di dalam peringkat pengkukuhan. Tugas memenangkan BN di Teluk Intan sudah terlaksana. Tanpa strategi dan kerja kuat  Tan Sri Muhyiddin, mentee azali Datuk Seri Zambry dan . pasukannya, peluang BN untuk menang agak tipis juga.


Andaikata berita itu benar, mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin ingin meletakkan jawatan? Mari kita ulas beberapa kemungkinan.


Masalah kesihatan dan keluarga

Tan Sri Muhyiddin kaki dan gila golf. Bermain golf telah meng`awet' mudakan Tan Sri serta menyihatkan badan. Pada usia yang lebih tua daripada DS Najib, beliau berstamina tinggi. Tidak diketahui ada penyakit lain pulak seperti jantung mahupun kanser. Jika kerana kesihatan, by pass operation memerlukan 2-3 bulan pemulihan manakala kimoterapi kanser memerlukan masa panjang juga. Minta di jauhi segala dugaan Allah

Keharmonian rumahtangga nampak OK. Tan Sri tidak kesana sini main tenis, pakai rambut palsu, masuk rumah urut dan sebagainya. Beliau biasanya diriringi isteri beliau. Anak anak pun sedang berbahagia.


Tdak bersetuju dengan pendekatan DS Najib Tun Razak

Tan Sri seorang yang setia pada parti. Tan Sri Muhyiddin kelihatan bengis dan kurang ketawa dan muka serious berbanding dengan DS Najib yang lebih relax, mudah senyum, dan mudah memaafkan orang lain.

Tan Sri Muhyiddin berani bersuara dan bertindak jika UMNO di dalam bahaya. Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau melawan arus dengan menyuarakan dengan tertib kepada Tun Abdullah keresahan rakyat. Tun Abdullah agak kecewa bila Menteri kesayangannya menasihati Tun Abdullah berundur cepat sebelum terlambat.


Jika DS Najib mengamalkan pentadbiran ala Tun Abdullah, nescaya Tan Sri Muhyiddin telah berbisik dengan DS Najib. Kelemahan mesti diperbaiki. Mungkin ada perkara perkara yang Tan Sri fikir tindakan yang cepat dan betul perlu diambil. Beliau memberi masa kepada DS Najib melaksanakannya.


Tawaran baik dari Pakatan Rakyat atau Kuasa Ketiga.

PAS, DAP dan PKR senantiasa mengharapkan Tan Sri Muhyiddin mengikut jejak langkah Datuk Zaid Ibrahim mahupun Tan Sri Muhammad Taib keluar daripada UMNO. Penulis percaya dan yakin dengan penglibatan di dalam UMNO yang begitu lama, mana mungkin beliau meninggalkan UMNO. Memang parti PAS dan PKR memerlukan pemimpin yang baik seperti Tan Sri Muhyiddin.

PKR parti cacamarba. Pemimpin utamanya mungkin akan ke Sg Buluh. PKR menghasilkan ahli yang suka berdemonstrasi untuk mendapatkan sesuatu. Mereka berpolitik wang untuk mendapat undi. Ada yang menipu untuk meraih undi tertinggi dan menang. Menfitnah menjadi amalan.Untuk memperbetulkan kepincangan ini, PKR memerlukan pemimpin yang baik.

PAS sedang berkecamuk dengan pelbagai isu. Pemimpin menghadapi masalah dengan ahli bawahan tentang hudud. Sejak dulu lagi, ada ahli yang tidak gembira apabila berkahwin dengan DAP dan PKR. Perjuangannya jauh menyimpang dengan pejuangan PAS. Ahli ahli sedang berdelima bagaimana hendak mengerti kehendak ahli bawahan dan pemimpin PAS yang mahu tangguh perlaksanaan HUDUD. Timbalan Presiden seorang Syiah manakala Ketua Mursyidul PAS sedang uzur. Tan Sri Muhyiddin berpotensi menjadi pemimpin mereka.

Tawaran Mengajar di Universiti Harvard bergaji besar
Tan Sri Muhyiddin rasanya tidak berminat tinggal di luar negara. beliau minat Pagoh, Muar, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Amerika Syarikat terlalu jauh dengan kampong halaman. Lagi pun, Tan Sri dah lupa teknik mengajar walaupun seorang Menteri Pendidikan.


  

No comments:

Post a Comment