Thursday 12 June 2014

TUN DR MAHATHIR JAWAB KOMEN TAN SRI FRANCIS YEOH




Malaysia di gemparkan dengan komentar seorang Tokoh Perniagaan Tan Sri Francis Yeoh yang Kerajaan Malaysia mengamalkan kronisma dan diskriminasi.  Sebab itu beliau membawa YTL berniaga di luar negara. 

Komentar beliau menimbulkan kemarahan ramai pihak termasuklah Tun Dr Mahathir yang rasanya amat mengetahui berapa banyak peluang niaga yang telah di berikan kepada YTL.

Tun Dr Mahathir telah memberikan komennya khas untuk tokoh ini di dalam blognya bertarikh 12 Jun 2014. Antara sedutan komen Tun adalah seperti dibawah:-

17. Baru-baru ini ada tokoh yang mendakwa keadaan di Malaysia amat buruk kerana amalan kronisma dan pilihkasih iaitu diskriminasi yang memihak kepada satu pihak. Oleh itu ia tidak ingin berniaga di sini. Apakah dia dilahir cukup kaya untuk pergi berniaga di negara yang tidak ada kronisma atau apakah dianya mengumpul modal yang banyak dari Negara ini dahulu sebelum dapat pergi ke luar negara untuk menikmati meperintahan tanpa diskriminasi. Kita tahu Negara ini yang begitu buruklah yang memberi peluang kepadanya mengumpul modal yang banyak untuk ke Negara lain. Jika dia dapat peluang, salahkah jika orang lain juga diberi peluang di negara yang kurang baik ini supaya dapat sedikit nikmat dari yang banyak yang sudah dinikmati oleh tokoh ini?



2 comments: