Wednesday 19 September 2012

BN SENARAI PENDEK 2181 CALON. USTAZAH ABBY BOLEH MENANG JIKA TANDING DI KELANTAN?

Dilaporkan BN menyenarai pendek 2181 calon untuk dipertimbangkan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU13 nanti. Hanya 727 calon sahaja akan terpilih dan menerima watikah, iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN (71 kerusi telah dipertandingkan di Sarawak).
Kriteria utama `winnable candidate' ialah bersih daripada masalah dan kelihatan bersih.
Daripada 2181 calan yang disenaraipendek dan seterusnya 727 calon yang terpilih, berapa ramaikah calon tersebut merupakan penyandang jawatan ahli DUN, Parlimen dan Jemaah Menteri?
Penulis mencadangkan dipenulisan terdahulu, DS Najib perlu memperkenalkan 50% muka baru dan mengekalkan 50% muka lama di segenap peringkat dari jemaah menteri, timbalan menteri, ahli parlimen dan DUN.Sebilangan kecil penyandang bermasalah manakala majoritinya dibersarakan untuk `job rotation'. Mereka mereka khasnya yang telah memegang jawatan melebihi 2 penggal dan tiada prospek di naikkan pangkat, bolehlah beri laluan kepada muka baru. Kita berilah kemudahan kepada DS Najib.
Penulis pernah mencadangkan bakal calon diperkenalkan satu atau dua tahun lebih awal. Setiap bahagian mencadangkan 5 atau lebih calon dan mereka perlu menunjukkan `kepakaran' mengendalikan masyarakat. Masyarakat akan kenal dan tahu budihati bakal calon mereka tanpa risiko salah pilih.
Selain daripada itu, calon calon tadi akan diuji tahap `mesra rakyat', kerajinan dan kebolehan berkerjasama dengan masyarakat/kerajaan.
Antara kriteria utama yang perlu ada di kalangan calon ialah sikap isteri (suami) dan keluarga. Andaikata isteri kita tidak `mesra rakyat', tidak boleh melepaskan suami (isteri) membantu rakyat, isteri (suami) yang terlalu cemburu, malas berjalan, malas menyediakan kopi dan teh, tidak suka bisang bisang atau tidak mahu berjumpa rakyat dan lain lain tabiat yang tidak baik, eloklah sisuami atau isteri bakal calon tarik diri. BN tidak boleh mempunyai isteri (suami) wakil rakyat yang sombong.
Ustazah Abby mungkin boleh menang jika beliau bertanding di Kelantan walaupun beliau masih kurang berpengalaman dan pengetahuan. Namun dengan ketaksuban ahli dan penyokong PAS, ia boleh memenangkan Abby. Abby kena cari calon suami yang `mesra rakyat'.

No comments:

Post a Comment