Saturday 8 February 2014

KETUA MENTERI SARAWAK YANG BARU



Suka atau tidak suka, Sarawak akan dapat seorang Ketua Menteri yang baru. Pertamanya Tan Sri Taib sudah berusia dan mungkin mengundang masalah kesihatan yang teruk jika beliau kurang berehat. Seterusnya beliau sudah berjanji semasa PRU yang terdahulu yang beliau akan memberi peluang kepada muka baru apabila sampai waktunya. Beliau telah menjadi KM Sarawak melebihi 30 tahun (mungkin yang terlalu di Malaysia) dan faktor ini di `capitalise’ oleh pembangkang. Sarawak akan menghadapi PRU peringkat DUN tidak lama lagi. Mungkin  Tan Sri Taib Mahmud fikir, inilah masa yang sesuai Sarawak diterajui oleh seorang Ketua Menteri yang baru. Siapa kah pengganti Tan Sri Taib?

Dari segi `seniority’ parti, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera bersatu (PBB) yang beragama Islam (Tan Sri Alfed Jabu adalah Timbalan Presiden PBB bukan Islam) yang sedia ada akan diangkat menjadi Presiden PBB. Presiden PBB pula akan dilantik sebagai Ketua Menteri. Seperti UMNO, Timbalan Presiden UMNO secara otomatik dilantik Timbalan Perdana Menteri. Jesteru itu, dari segi politik, YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg akan menjadi Ketua Menteri. Andaikata, Abang Johari tidak mahu dilantik atau Tan Sri Taib merasa Abang Johari tidak sesuai untuk jawatan KM, maka calonnya boleh dipilih dari kalangan barisan Naib Presiden PBB.

Sebelum ini, Tan Sri Taib gembira dengan Datuk Seri Effendi Norwawi tetapi oleh kerana mungkin cabarannya menggunung, Datuk Seri Effendi bersara politik. Orang Sarawak bikin cerita isteri Datuk Seri Affendi (sudah berpisah), Datin Faridah, menggalakkan suaminya berpolitik tinggi tetapi isteri keduanya, Datin Tiara kurang selesa dunia kepolitikan tetapi mengemari kesenian dan muzik. Kemudian, Tan Sri membentuk anak beliau, Datuk Seri Rahman Taib tetapi atas  faktor kesihatan, membantutkan aspirasi Tan Sri Taib. Tan Sri Taib tidak jadi bersara awal.

Penulis ada pernah menulis mengenai pentingnya Tan Sri Taib menjadi KM dan sebab utamanya ialah beliau boleh menyatupadukan dan men`setia’kan ahli perniagaan Cina yang kayaraya di Sarawak. Tan Sri boleh mengawal ahli bisnes kerana Tan Sri pun kayaraya dan satu level. Jika Datuk Seri Rahman menjadi KM, ahli bisnes Cina masih merasa malu untuk melakukan sesuatu yang merugikan Kerajaan Sarawak dan politik BN.

Pecaturan sekarang ialah untuk Tan Sri Taib Mahmud di angkat menjadi Tuan Yang Terutama Sarawak untuk meneruskan `kawalan politik’ secara tidak langsung terhadap ahli bisnes Cina dan rakyat Sarawak, sementara Ketua Menteri yang baru, akan membentuk kepercayaan dan penghormatan ahli bisnes dan rakyat Cina. Penulis suka Tan Sri Taib Mahmud di angkat ke jawatan Tuan Yang Terutama Sarawak kerana ia ada `immuniti perundangan’. Pembangkang mahu melihat beliau di penjarakan kerana kononnya perlakuan rasuah.

Semoga ia memberi kebaikan kepada BN, PBB dan Melayu/Bumiputera khasnya.


Senang senang bacalah `argument’ penulis mengenai KM Sarawak ini

http://nasirwise.blogspot.com/2013/06/salam-tan-sri-taib-mahmud-mulakan.html

No comments:

Post a Comment