Wednesday 5 February 2014

VOLVO DAN IBRAHIMOVIC IKON SWEDEN. JUGA UNDANG UNDANG MELINDUNGI KANAK KANAK.



Rakyat Malaysia tidak ramai yang mengambil kisah tentang Sweden atau Olso. Hanya pemilik kereta VOLVO dan peminat tegar pemain bolasepak Paris St Garmine (PSG), Ibrahimovic, yang mungkin mengetahui negara Sweden. Tetapi jika sebut nama London, UK, Manchester United, Queen Elizabeth, mereka tahu sedikit sebanyak tentang negara tersebut.

Sekarang semakin ramai rakyat Malaysia mengenali Sweden ekoran kejadian penahanan rakyat Malaysia, suami isteri kerana merotan seorang anaknya kerana tidak bersolat. Lebih mensensasikan ialah tahanan remannya agak lama (sudah melebihi 1 bulan) dan perintah Mahkamah meletakkan 4 orang anak pasangan mereka kepada keluarga bukan Islam. Permasalahan budaya dan agama menyebabkan anak anak pasangan tidak selesa. Mungkin kediaman mereka ada anjing, kotor dengan bauan minuman keras dan kehidupan sosial yang tidak sesuai untuk penganut Islam.

Kepada pihak pihak yang membantu keluarga ini, rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih. Jangan ada perasaan riak, `political remuneration’ dan `financial return’. Pertolongan sebaik baiknya kerana tugas dan ikhlas. Penulis takut takut ada pihak yang salah taksir. Ada suara mengatakan PM hendakkan nama dan `political milage’.

Pengajaran yang boleh dipelajari daripada insiden ini ialah:-
1.    Adat resam dan undang undang tempatan.
a.   Kita mesti mengetahui adat resam dan undang undang setempat atau negara orang lain. Merotan tangan kerana tidak bersolat dibenarkan oleh Islam tetapi undang undang Sweden tidak membenarkan hukuman fisikal langsung terhadap kanak kanak.
b.   Begitu juga dengan undang undang berkerja tanpa permit di UK dan Amerika Syarikat oleh ramai pelajar Malaysia. Kita kena tahu risikonya dimana pelajar tersebut boleh dihantar pulang dan wangnya boleh dirampas. Penulis ada rakan baik yang kakaknya bekerja di Restoran Cina di New York. Lebih 80 peratus gaji kakaknya di TT ke akaun adiknya  di Malaysia kerana dikuatiri di rampas pihak berkuasa negara tersebut, jika ditangkap.
c.   Di setengah tengah negara perkahwinan sejenis dibenarkan tetapi di Malaysia meliwat pun sudah melanggar undang undang negara.
d.   Kerajaan Malaysia amat perihatin dengan masalah keluarga seumpama kes keluarga 4 beranak ini. Usaha memindahkan anak anak ke keluarga penjagaan Islam berjaya, malah membawa pulang ke Malaysia pun mencapai kejayaan. Usaha selanjutnya ialah membela ibu bapa mereka yang merupakan kakitangan kerajaan.
e.   Kejadian murid makan rumput di SJKC, Sungkai, Perak boleh menjadi iktibar mengenai tahap pelindungan terhadap kanak kanak di Malaysia berbanding dengan Sweden. Satu lagi perbezaan ialah mangsa kes Sweden dapat jumpa PM dan isteri manakala kes Sungkai tidak berkesempatan jumpa PM.
f.     Undang undang di Malaysia mengenai kesalahan membuang bayi, dera kanak kanak oleh pengasuh dan ibubapa dll amat lah ringan. Malaysia perlu melihat rasional undang undang tersebut di adakan di Sweden. Mereka amat menghormati hak kanak kanak.
g.   Tempoh tahanan Sweden bagi pesalah seperti pasangan Malaysia agak lama berbanding dengan pesalah di Malaysia. Kadang kadang pesalah yang membelasah isteridi dalam lift Hospital Pulau Pinang lebih pendek daripada kes Sweden. Penulis tidak pasti apa pulak bentuk hukuman bagi pesalah demonstrasi yang merosakkan harta awam dan kerajaan.

Akhir kalam, penulis minta kerjasama semua pihak supaya memberikan masa kepada 4 adik beradik dan penjaganya berehat dan meneruskan kehidupan dan persekolahan mereka. Hampir setiap hari, ada sahaja yang datang `melawat’ mereka baik dari parti politik, agensi Kerajaan, Kementerian Pendidikan dan JKM dan sebagainya. Niat kamu semua murni tetapi biarlah mereka bersendirian seketika. Diharap ibubapa mereka akan bersatu semula dengan anaknya tidak lama lagi.


No comments:

Post a Comment