Friday 7 February 2014

PIALA FA: JDT DI ANUGERAH KEMENANGAN 3-0. PENGAJARAN BERMAKNA BUAT SEMUA PASUKAN.





Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, setelah menemubual dan meneliti laporan pihak yang berkaitan, membuat keputusan yang betul dengan memberikan kemenangan 3-0 kepada JDT 1 mengatasi T-Team yang enggan meneruskan perlawanan kerana kononnya keselamatan pegawai dan pemain T-Team tergugat.

Sebagaimana yang penulis katakan di dalam tulisan terdahulu, jika pegawai atau mana mana pemain yang menerima ugutan keselamatan, mereka kena melaporkan segera kepada Pengurus Pasukanya (jika pemain diancam) atau Pesuruhjaya Sukan (jika Pengurus Pasukan atau Ketua Jurulatih) atau Pegawai  Perlawanan FAM atau Pengadil. Pegawai akan berunding dengan FAM, PDRM mahupun anggota keselamatan Stadium untuk tindakan atau justifikasi selanjutnya. Pegawai tersebut yang buat keputusan untuk tanggohkan atau tamatkan perlawanan.

Setelah status perlawanan dimutakmadkan, Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat untuk mengetahui dan mengambil tindakan yang sesuai kepada mereka yang terlibat di dalam insiden pergaduhan di terowong Stadium ke Bilik Persalinan. Yang bermasalah ialah pegawai kecergasan T-Team dan Pegawai Tinggi PBNJ. Mereka wajar di hukum kerana tidak bersikap `sportmanship’. Penulis tidak  akan merasa sempati kepada mereka yang terlibat di dalam pergaduhan ini. Di denda atau digantung berada di padang buat beberapa perlawanan pun baik.

Kepada pasukan lain, insiden pergaduhan dan diikuti dengan elemen baikot perlawanan serta keputusan (status perlawanan sahaja) oleh FAM, perlu di buat pedoman. Kenyataan Saudara Ifran Abd Ghani, pemain pertahanan T-Team (di katakan pemain simpanan) yang mengatakan T-Team tidak harus memberhentikan  perlawanan kerana tiada eleman yang menjejaskan keselamatan, amat menepati keputusan FAM. Jurulatih kecergasan dan dipersetujui olah Ketua Jurulatih yang `menghasut’ pemain tidak menyambung permainan. Kemungkinan besar, Ifran akan dikenakan tindakan dislipin oleh T-Team atau PBSNT.

Penyiasatan tentang pergaduhan tersebut masih di dalam penyiasatan dan pengumpalan bukti  lanjut. Kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyebut `Presiden PBNJ (Tuanku Mahkota Johor) mungkin akan di panggil memberikan kenyataan’ merisaukan hati penulis sedikit. Penulis harap Kerabat DiRaja Johor ini dan Johor Military Forces (JMF) tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung. Memeriahkan suasana kebolasepakan Johor adalah dialu alukan dan bukannya pergaduhan dan salahguna kuasa.

Insiden begini membawa banyak implikasi. Pasukan bolasepak Kelab dan negeri sedikit sebanyak mengetahui apa yang dibenarkan atau dilarang oleh FAM/FIFA. Selain itu jualan tiket perlawanan Pahang Darul Makmur dengan JDT 1 amat laris. Sebelum ini PDRM dan Stadium Darul Makmur akan meningkatkan persediaan keselamatan. Pengurusan Stadium Darul Makmur semakin kreatif dengan mencuba jualan tiket secara talian dan terkini menyediakan kaunter khas untuk wanita. Syabas….

Tajuk sebuah  Akhbar tempatan menulis `Ini tidak adil’ yang bermaksud PBSNT merasa FAM tidak berlaku adil kepada T-Team. Sebenarnya pegawai kecergasan T-Team yang tidak berlaku adil kepada teamnya sendiri. Tindak tanduknya menyebabkan mereka kalah dan hilang mata berharga. Beliau merugikan pelaburan keatasnya oleh PBSNT. Beliau merugikan penonton penonton yang membayar tiket untuk menyaksikan 90 minit perlawanan bolasepak bukannya 45 minit.

No comments:

Post a Comment