Friday 14 February 2014

TAN SRI ADENAN SATEM BERSYUKUR. MAT SABU KEPANASAN


TAN SRI ADENAN SATEM BERSYUKUR.
Tan Sri Adenan Satem menjadi pilihan Tan Sri Taib Mahmud.

Akhirnya, Tan Sri Adenan Satem di pilih dan di angkat kejawatan berprestej, Ketua Menteri Sarawak, menggantikan Tan Sri Taib Mahmud. Tan Sri Adenan akan mengangkat sumpah pada 28hb Februari dan memulakan tugas rasmi mulai 1 Mac 2014.

Ramalan penulis melesit ke laut. Mungkin penulis tidak ada pengetahuan dan pengalaman politik di Sarawak. Penulis meramalkan Abang Jo sebagai KM Sarawak berdasarkan kepada kedudukan sebagai Timbalan Presiden  Parti Pesaka Bersatu Bumiputera (PBB). Rupanya citarasa dan strategi politik Taib Mahmud di luar tabi’e struktur politik.

TV3 juga memberitakan yang Tan Sri Taib akan di lantik Yang DiPertua Sarawak yang baru apabila Datuk Patinggi Abang Sallehuddin tamat tempoh perkhidmatannya pada 28 Februari 2014.

Sebenarnya banyak `indication’ yang Tan Sri Adenan akan dilantik. Tan Sri Taib dan Tan Sri Adenan baru kembali dari mengerjakan umrah bersama. Mereka pernah berbezan. Dari segi jawatan pun, Tan Sri Adenan merupakan Penasihat Tan Sri Taib. Ramai yang berkata Tan Sri Adenan pandai berhujah dan adalah bersesuaian dengan iklim politik Malaysia dan Sarawak. Beliau telah bergelumang dengan politik agak lama. Ahli perniagaan Sarawak pun menghormati beliau kerana ikatan keluarga dan politik dengan Tan Sri Taib. Tan Sri Adenan pernah berkhidmat di peringkat Menteri Persekutuan berbanding dengan Abang Jo dan Awang Tengah.

Sesungguhnya ini ketentuan Allah dan kepada mereka yang tidak terpilih, jangan berkecil hati. Teruskan kesetiaan kepada PBB dan BN. Teruskan kegemilangan berkerja untuk rakyat. Semoga rakyat Sarawak berkerjasama dengan kepimpinan baru Sarawak.

MAT SABU KEPANASAN

Bukan kerana musim kemarau.

Bukan kerana penghawa dingin pejabat atau kereta rosak.

Kerana hari ini Khamis 13 Februari 2014, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan kes saman bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar keatas Mat Sabu. Mat Sabu menfitnah Datuk Wan Ahmad sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai yang ditulis di dalam sebuah artikel Harakah. Selain Mat Sabu, Datuk Mustapha Ali `Spander Putih Besar’, Pengarang Harakah, Lufti Othman dan Pencetak turut dinamakan di dalam kes tersebut.

Lebih memanaskan Mat Sabu lagi, Mahkamah Tinggi menanggohkan keputusan ke 27 Februari 2014 depan kerana maklumat tambahan daripada defenden diperlukan lagi sebelumYang Arif Tuan Pesuruhjaya membuat keputusan.


Mat Sabu akan kepanasan sehinggalah 27hb Februari nanti. Andaikata beliau di dapati bersalah dan di denda atau penjara, makin panas lah orang tua ini.

No comments:

Post a Comment