Monday 3 February 2014

SEBAB KONONNYA BN MENGAIBKAN ANWAR IBRAHIM, KAWAN SAYA MENYOKONG PKR




Waktu cuti Gong Xi Fa Cai yang baru ini, penulis berkesempatan bersembang dengan kawan kawan. Suasana malam agak nyaman tetapi sekali sekala kedengaran bunyi mercun dan pancaran bunga api.

Penulis bertandang ke rumah kawan (Kawan A) dan bertanya khabar. Buka cerita PRK Kajang. Kami berdua bertukar pendapat patut kah BN bertanding di Kajang nanti. Kawan penulis berpendapat BN tidak perlu bertanding kerana kekosongan kerusi berlaku kerana ingin memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Kajang juga, ujarnya, mempunyai 40 peratus pengundi Cina dan semestinya mereka akan mengundi Anwar Ibrahim. Juga untuk mengurangkan pembaziran wang dan masa rakyat untuk SPR mengadakan PRK. Juga untuk mengelakkan Datuk Sri Najib terlalu baik hati untuk meluluskan peruntukan `ambil hati’kepada penduduk Cina. Ada betulnya hujahan beliau.

Penulis berhujah BN wajar bertanding dengan misi mengurangkan undi majoriti tetapi tanpa umum peruntukan, tanpa jamuan besar, tanpa ceramah mega, tanpa kehadiran pemimpin besar. Yang ada hanyalah ceramah rumah ke rumah dan pengagihan barangan dapor untuk stok 2-3 minggu seisi rumah. Jadikan kempen PRK ini medan mengurangkan tekanan kesan harga barang naik.

Sedang kami rancak berbual,  datang seorang lagi kawan (Kawan B) menyertai perbualan kami. Kami tanya tanya bisnes yang sesuai dijalankan pada masakini dan masalah penternakan dan tanaman beliau.

Secara tidak sengaja isu politik Anwar Ibrahim terkeluar. Penulis menceritakan  pengalaman bekerja dengan Kumpulan Pinang, sebuah syarikat yang `dikawal’ oleh Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi/Penaung Yayasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang. Kawan A juga mempunyai pengalaman bertugas dengan kenalan rapat Anwar Ibrahim.

Rupanya, Kawan B merupakan penyokong Anwar Ibrahim dan PKR. Beliau menceritakan pencalonan Anwar Ibrahim untuk Timbalan Presiden UMNO dan ingat jumlah 22 undi pencalonan yang diterima berbanding 2 pencalonan Tun Ghafar Baba. Beliau bersempati dengan pemecatan Anwar dan bertegas kes liwat adalah konspirasi UMNO. Puas juga cuba memberikan fakta tetapi beliau tidak boleh menerimanya. Perbuatan mengaibkan Anwar Ibrahim kerana meliwat ke `merata dunia’ membuat beliau menyokong Anwar dan PKR.

Penulis cuba `explain’ kronologi peristiwa kes liwat yang kedua kalinya dilakukannya, saranan sumpah laknat (beliau kata tidak boleh dilakukan) dan keputusan Mahkamah yang membebaskan Anwar tetapi kejadian liwat berlaku. Penulis dapat rumuskan yang Kawan B menyokong Anwar kerana kononnya pengaiban berlaku. Beliau bersempati kepada Anwar kerana dimalukan. Penulis berhujah lanjut yang perbuatan mengaibkan dan melakukan liwat adalah dua kesalahan yang berbeza. Kita tidak boleh menghalalkan perbuatan liwat kerana pengaiban berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja oleh Kerajaan mahupun Saiful. Kawan B menekan seolah olahnya perbuatan mengaibkan orang dosanya lebih besar daripada meliwat.

Penulis memberi penerangan lanjut yang kes liwat adalah diantara Saiful dengan Anwar dan bukannya diantara Kerajaan Malaysia dengan Anwar. Peguam Negara hanya menjalankan tugas seperti kes jenayah yang lain seperti kes Sosilawati dengan peguam India. Peguam India dan pekerjanya tidak pulak mensensasikan kes mereka sebagai cubaan Kerajaan Malaysia menganaiayai mereka. Tetapi puak Anwar `spin’ pendakwaan terhadap Anwar adalah konspirasi BN/UMNO/PDRM. Sebab itu, untuk kes rayuan kes liwat ini, pendakwaannya di `swasta’kan kepada Tan Sri Dr Shafee Abdullah. Penulis menyokong perlantikan Tan Sri Dr sebagai Peguam Negara suatu hari nanti. Malah jika ada ruang, lantik lah beliau sebagai jemaah Ahli Kabinet yang menerajui aspek kehakiman.

Dari sudut lain pun, Kawan B bersetuju yang Persatuan Penduduk diterajui oleh orang Melayu. Malah beliau menyokong pemerintahan negara didokong oleh orang Melayu. Maksud percakapan beliau ialah `Jangan beri DAP memerintah negara’.

Beliau berkeliruan di sini. Beliau menyokong Anwar menjadi PM tetapi membenci Cina DAP. Persoalannya, bagaimana Anwar boleh menjadi PM tanpa sokongan DAP dan PAS.? Anwar mempromosi pembubaran DEB dan kesamarataan antara Melayu, Cina dan India dalam banyak aspek. Anwar selesa  dengan amalan liberalism dan hak asasi LGBT. Begitu menyokong penggunaan Kalimah Allah untuk agama lain daripada Islam. Bagaimana kita orang Islam boleh membenarkan ianya berlaku? Penulis yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam di dalam hukum Islam, berpendirian yang mereka yang melakukan liwat menyamai kaum Nabi Lut adalah kaum yang bukan umat Rasullullah. Penulis mengatakan perbuatan liwat berlaku berdasarkan fakta mahkamah. Salah Mahkamah, salah lah penulis.

Sakit juga teliga penulis dengan saranan Kawan B yang jika Datuk Sri Najib tidak berkemampuan memimpin Malaysia, beri peluang kepada orang lain (bermaksud Anwar Ibrahim?). Penulis menjawab PM terlalu banyak gangguan politik daripada Anwar Ibrahim yang perlu difikirkan. Andaikata tiada hasutan kepada penyokong mengenai 40,000 pengundi Bangla dan blackout, tiadalah demonstrasi. Jika tiada hasutan, pelabur Taiwan telah melabur di projek RAPID di Pengerang. 

Penulis mentempelak Kawan B dengan hujah bahawa Anwar Ibrahim telah bergabung dengan DAP dan PAS untuk menumbangkan BN/UMNO. Andaikata BN memerintah Negara, insyAllah UMNO dan orang Melayu akan menerajui pemerintahan negara. Anwar Ibrahim berjaya memecahkan monopoli orang Melayu kepada 3 bahagian dan kelompok. Ujar penulis, orang Melayu PKR dan PAS membantu menjatuhkan pemerintahan Melayu di dalam BN dengan mengundi DAP.


Akhir kalam, penulis tidak pasti dapat merubah pendirian Kawan B tentang BN dan Anwar Ibrahim. Inilah yang mengusarkan hati penulis apabila ramai diantara kita mengkhinzir buta menyokong perjuangan Anwar dan Pakatan Rakyatnya. Minda mereka sudah ditutup untuk menerima input yang sebenarnya. Beliau akan sesat sepanjang hayatnya jika terpedaya dengan cerita Anwar. Jika pemimpinnya sudah `sesat’, maka sesatlah pengikut dan penyokongnya. Dosa nya maha besar dan seksaan di Akhirat nanti amat pedih.

No comments:

Post a Comment