Monday 8 October 2012

KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT

Mengikut sumber blog papagomo.com dan disiarkan oleh Utusan Malaysia muka surat 9, 4 hb Oktober 2012, berikut adalah pandangan penulis:-
1. PKR akan menerajui jumlah jawatan menteri iaitu seramai 13 orang, PAS 10 jawatan manakala DAP 8 orang. Penulis rasa pembahagian ini akan menjadi sumber perbalahan kerana DAP dikatakan sebuah parti yang dominan di dalam PR.

2.Di dapati kronisma berlaku di dalam kabinet bayangan ini. Bapa menjadi PM, isteri menjadi Menteri diJPM (bukan hendak menjadi menteri sebenar tetapi untuk memastikan PM tidak pergi ke tempat lain) dan anaknya di Kementerian Wilayah Persekutuan.

3.Lim Guan Eng akan dilantik sebagai TPM11 dan siapa akan menjadi KM Pulau Pinang yang amat panas itu?

Semoga ia tidak mendapat kenyataan.

1 comment:

  1. x rasa bersalah ke sebar berita yg x tau ujung pangkal ni...

    ReplyDelete