Saturday 6 October 2012

KM MELAKA DISIASAT DALAM KES PENGANJURAN MAJLIS PERKAHWINAN

Diberitakan oleh SINAR HARIAN dan TV3, Lim Kit Siang telah meminta SPRM menyiasat KM Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam (DAR), yang menganjurkan majlis perkahwian anak lelaki beliau baru baru ini. Majlis ini direkodkan di dalam `Malaysia Book of records" sebagai kehadiran tetamu yang paling ramai iaitu 130,000 tetamu.
SPRM telah memberikan respon bahawa SPRM akan menyiasat secara menyeluruh termasuk meneliti kos penanjuran dan siapa yang membayar.
Secara amnya, DAR memang seorang yang popular di Melaka. Beliau akan hadir ke majlis perkahwinan di merata tempat jika di jemput. Jikalau tidak dapat datang pada masa yang tepat, beliau akan mewakilkan sesaorang dan beliau akan menyusul.
Tentulah setelah sekian lama menjai KM, beliau telah menghadiri ribuan jemputan oleh rakyat jelata dan rakyat jelata tentu sekali akan membalas jemputan itu sebagai tanda hormat.
Penanjuran besar besaran juga kemungkinan juga kerana anak lelaki sulung pula, tetapi tidak berniat menjadikan `event of the year'.
Penulis risau majlis yang ingin `mendirikan mesjid' untuk anaknya dan secara tidk langsung menunjukkan sokongan rakyat terhadap KM Melaka, akan membawa musibah kepada KM, keluarganya dan BN/UMNO.
Penganjuran ini melibatkan kedatangan rakyat jelata yang ramai dan tentulah melibatkan kos yang tinggi (tidak setinggi dengan kos sekepala jika dibandingkan dengan perkahwinan artis), tentu sekali menimbulkan rasa `was was' atau elemen rasuah berlaku.
Penulis harap KM Melaka dan AJKnya sudah sedia maklum akibat daripada penganjuran ini dan bersedia dengan fakta dan data meningkis tohmahan dan fitnah.
Penulis juga selalu menasihati pemimpin UMNO agar berhati hati di dalam segala tindak tanuknya kerana pilihanraya kian menjelang.
bersambung di ruang lain.

1 comment:

  1. adalah lebih baik jika tanpa berselindung, jemput sprm lakukan siasatan. kalau lge dh lapor, jemput je sprm datang. kalau tak ada apa2 kesalahan, tiada apa yg perlu ditakutkan. pulangkan paku buah keras pd lge.

    ReplyDelete