Monday 8 October 2012

KETIDAKTENTUAN AIR ASIA PADA MALAYSIA, `BUSINESS OPPORTUNITY' KEPADA MALINDO AIR

Air Asia bermula dengan sebuah syarikat penerbangan yang kecil di Malaysia berkonsepkan tambang murah. Pada mulanya rakyat tidak biasa dengan industri penerbangan yang mengutamakan `self service' dan makanan berbayar. Rakyat tidak biasa dengan `online ticket purchase' dan tiket cetakan komputer A4. Kekekangan ekonomi memaksa banyak airline termasuk Air Asia mengurangkan kos operasinya.
Hari ini, Air Asia sudah menjadi syarikat penerbangan yang besar dan terbaik di dalam kategorinya. Anugerah demi anugerah diterima. Tan Sri Tony juga tersenarai di dalam orang terkaya di Malaysia. Air Asia berkembang dari Malaysia ke Indonesia, Thailand dan sebaginya. Air Asia berkembang ke sektor ekonomi lain. Mereka menceburi industri perhotelan (Tune Hotel), komunikasi (Tune Mobile), sukan bolasepak (QPR) dan pemotoran (Lotus). Ini kesemuanya hasil daripada keuntungan perniagaan dan kepercayaan institusi perbankan terhadap Air Asia.
Air Asia juga terkenal dengan sikap tegasnya di dalam amalan perniagaan. Sering kali kita mendengar Air Asia `bertegang leher' dengan MAHB mengenai isu `airport tax'. KLIA2 dibina sebahagian besarnya kerana ingin menampong `trafficflow' penumpang Air Asia. Semasa di dalam pembinaan, Air Asia pernah memberikan gambaran yang Air Asia mungkin tidak menggunakan KLIA2 sebagai pusta operasinya. Dulu Air Asia ingin menjadikan Melaka sebagai base penerbangannya ke Indonesia tetapi tidak menjadi. Kerajaan Melaka sedih apabila perancangannya tergendala.
Air Asia tidak berhenti disitu. Kerajaan melalui Khazanah Malaysia cuba `mengAIR ASIAkan MAS dan berlakulah pertukaran saham Air Asia dengan MAS. Walaubagaimanpun penukaran tersebut dibatalkan kerana bantahan bantahan dari dalaman MAS dan sebahagian rakyat.
Air Asia terus menghangatkan industri ini dengan mengumumkan Jakarta sebagai ibupejabat Air Asia untuk Asia region. Suka tidak suka, rakyat Malaysia dan Kerajaan terkilan dan kecewa dengan `business decision' Air Asia tersebut.
Ketidaktentuan Air Asia kepada Malaysia telah menyaksikan suara suara halus mendesak Kerajaan meluluskan beberapa lesen penerbangan lagi di Malaysia untuk mengimbangi Air Asia. MAS diarahkan mempergiatkan firefly, MASWing pula perlu aktif dan meperkerapkan penerbangan di Sabah dan Sarawak.
MALINDO Air ditubuhkan untuk memainkan peranannya. Usahasama NADI dan LION dijangka mewarna warni industri penerbangan Malaysia. MALINDO Air akan beroperasi mulai Mei 2013 dan penulis ingin melihat prestasi kedua dua syarikat penerbangan ini. MALINDO diharap akan dapat beropersai setaraf atau baik daripada Air Asia khasnya dari segi waktu berlepas yang selalu kelewatan. Air Asia diharap akan dapat mempertahankan kedudukan dan aliran wang tunai mereka.
Penulis rasa untuk mengimbangi Air Asia, bukan sahaja MALINDO Air diberikan lesen, malah syarikat kecil lain juga perlu diberi ruang. Melaka Air dan Silverfly (Perak). Penulis mengalu alukan jika ada pelabur yang ingin menjadi macam Air Asia, melaburlah dalam Silverfly. Penulis akan memberikan maklumat jika ada yang berminat.

No comments:

Post a Comment