Monday 8 October 2012

KESESUAIAN DIRI DENGAN JAWATAN KABINET

Penulis berpandangan bahawa jawatan yang dipegang di dalam jemaah menteri harus bersesuaian dengan perwatakan, stail dan diri sendiri.
Menteri Kesihatan seorang yang segak dan kelihatan sihat serta tidak merokok. Tetapi, maaf dikata, Timbalannya, Datuk Rosnah, tidak sesuai dengan di Kementerian Kesihatan yang mempromosikan kecergasan dan pemakanan yang baik. Datuk Rosnah terlalu `sihat' (bukan beliau tidak `perform' dalam perkhidmatannya) dan amat tidak sesuai dengan kempen obesiti oleh Kementerian.
Begitu juga dengan Dato Hisham. Beliau seorang yang peramah, mudah mesra, berwatak dan beraut keanakan dan berpendidikan undang undang, dikatakan lebih sesuai tidak ditempatkan di dalam KDN. KDN memerlukan seseorang yang berwatak yang garang.
Usia dan watak mesti disesuaikan dengan jawatan. Seseorang yang berusia tidak boleh menerajui Belia dan Sukan.
Menteri Pengajian Tinggi seharusnya seorang yang berpendidikan tinggi untuk mendapatkan penghormatan di samping sifat `outing' dengan golongan muda siswa. Wanita menguasi bilangan pelajar di IPTA dan IPTS. Harus ada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi wanita.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar bermakna `kampong dan pendalaman'. Seorang yang sudah mencapai status kayaraya dan bukan berasal dari perkampongan dan pendalaman tidak sesuai dilantik menerajui Kementerian mahupun agensinya.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment