Monday 8 October 2012

TUNKU AZIZ MENGULAS DAP, LIM GUAN ENG DAN PULAU PINANG

Penulis tertarik dengan wawacara Tunku Abdul Aziz Ibrahim dengan Utusan Malaysia dan disiarkan di Mingguan Malaysia, muka surat 7, Ahad 30 September 2012. Penulisan ini dibuat selari dengan penekanan penulis (di ruangan terdahulu) bahawa BN boleh merampas Pulau Pinang dari PR. Antara intipati wawacara tersebut ialah:-
1. DAP mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum tetapi jauh tersasar.
2. Tunku hampir keluar DAP selepas 2 bulan menjadi ahli, tetapi pujukan Lim Kit Siang telah membatalkan hasrat beliau keluar parti.
3. Mengenai Anwar Ibrahim, Tunku tidak selesa dengan beliau dan tidak mahu berkenalan dengan nya.
4.DAP bukan sebuah parti yang demokratik malah tidak mengamalkan kebebasan bersuara.
5.Tunku keluar DAP kerana kenyataan Tunku tidak menyenangkan setengah pemimpin DAP. Apa kenyataannya? Tunku menegur DAP agar tidak terlibat dengan Bersih 2 dan Janji Bersih kerana ia melanggar undang undang dan mendatangkan kerosakan dan kemusnahan. 
6. Tunku berpandangan Lim Guan Eng seorang yang sombong, angguh dan suka pusing meusing fakta dan suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain. Lim Guan Eng kata Pulau Pinang maju kerana DAP dan beliau menjadi Ketua Menteri.
7.Lim Guan Eng suka mempolitikkan isu seperti cadangan menukar nama Lapangan Terbang sedia ada kepada  Lapangan Terbang P.Ramlee. Ini cubaan meredakan kemarahan rakyat Melayu Pulau Pinang.
8.Lim Kit Siang lebih berkuasa dan dominan dalam DAP.
Demikian yang dilaporkan.

No comments:

Post a Comment