Wednesday 3 October 2012

`TAK NAK' PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR DAN MALAYSIA

Alhamdulilah, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan Kerajaan Selangor terajuan PKR tidak berhak untuk melucutkan hakmilik tanah milikan YBK dan diarah memulangkan kesemua tanah kepada YBK. Sebelum ini Kerajaan Selangor telah `merampas' tanah tersebut dengan cara tidak menerima bayaran cukai tanah. Mahkamah menolak `alasan' Kerajaan Selangor yang YBK membayar cukai melalui pihak ketiga serta memulangkan bayaran cukai tanpa alasan.

Tanah seluas 800 ekar itu yang terletak di Serendah, telah dikenalpasti untuk pembangunan sebuah Universiti. Signifikannya pembangunan ini ialah ia akan membantu peningkatan nilai tanah tanah di sekeliling pembangunan ini. Kebanyakkannya pemilik tanah Melayu. Seperkara lagi, pembangunan ini boleh menjana pendapatan untuk YBK untuk membiayai aktiviti pembasmian kemiskinan di negeri Selangor khasnya.

Inilah satu lagi kekilafan dan kebodohan Kerajaan Selangor di dalam membuat keputusan.Apabila sesebuah keputusan berlandaskan poliltik semata mata, ia tidak membawa keuntungan kepada negeri. Melaka telah berjaya membawa UiTM ke Merlimau.

Tan Dri Khalid ingin menjadi Pengerusi YBK tetapi tidak dipersetujui oleh lembaga pengarah dan beliau bertindak `merampas' tanah secara `kotor'.

Semoga rakyat Selangor `menghukum' Kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat dengan mengundi BN dan kata `TAK NAK PAKATAN RAYKAT'.


No comments:

Post a Comment