Friday 15 February 2013

HUTAN DAN PEMBALAKAN DI KEDAH DAN KELANTAN


HUTAN DAN PEMBALAKAN DI KEDAH DAN KELANTAN
Dalam keadaan untuk mencari dana atau usaha `mencari’ FDI ke negeri Kedah dan Kelantan, pencerohan hutan simpan dan pembalakan haram  semakin aktif di negeri negeri berkenaan. Tanpa perancangan dan pertimbangan factor alam sekitar, Kerajaan Negeri pimpinan PAS tidak peduli desakan rakyat setempat supaya mengkaji semula dan mengarahkan syarikat dan agensi pelaksana memberhentikan aktiviti haram tersebut.
DiKelantan, di dapati aktiviti pembalakan yang tidak terkawal itu telah menganggu ekosistem. Amat jelas sekali hutan hutan yang ribuan hektar di Dabong, Bertam, Lojing, Kuala Betis, Pergau, Hulu sungai brok dan Hutan Simpan Sungai Satar, telah digondolkan dengan begitu teruk sekali.
Masih ingat tidak lagi,sebuah syarikat pemimpin DAP Perak telah diberikan kelulusan pajakan tanah ribuan hektar di Gua Musang oleh Kerajaan Negeri Kelantan tidak lama dahulu.
DiKedah pula, aktiviti pembalakan yangmelibatkan 122,000 hektar hutan di Tasik Pedu terus dijalankan walaupun Rali Selamatkan Kedah dan demonstrasi aman 5000-10000 rakyat setempat diadakan. Rakyat telah dibawa ke kawasan tersebut untuk menyaksikan sendiri kemusnahan hutan tersebut. Dukacitanya hasil aktiviti pembalakan tersebut masih tidak dapat menampong kos pengurusan Kerajaan Negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment