Tuesday 26 February 2013


TAHNIAH. PAKATAN RAKYAT TELAH MENGELUARKAN MANIFESTO TERDAHULU
Memang PRU13 sudah hampir. PM menjelaskan beliau belum hendak mengumumkan tarikh  PRU  kerana ingin membuktikan kepada rakyat bahawa kesemua produk 1Malaysia yang bermotifkan `rakyat didahulukan’ berjalan lancar dan betul betul memenafaatkan rakyat secara terus.
Pakatan Rakyat hari ini (Isnin)  melancarkan manifestonya di Shah Alam. Diberitakan tidak banyak berubah daripada manifesto yang lalu. Antaranya, minyak murah tol percuma, pendidikan percuma, perubatan percuma, nak buat rumah mampu milik, hapus PTPTN, hapus AES dan sebagainya yang orang dah tau.   Semuanya yang hanya berbunyi popular dan cepat glamer.  Boleh tak boleh buat belakang kira, sebab itu dinamakan 'tawaran', bukan janji!!
Kita kena hormati mereka kerana pertamanya, mereka mendahului BN di dalam melancarkan manifaesto parti. Mungkin benar yang Selangor akan membubarkan DUN tidak lama lagi. Keduanya, mereka berani mengeluarkan `janji janji’ di Selangor walhal mereka telah mungkir janji di Selangor juga. Keberanian mereka mungkin berpaksi kepada anggapan atau secara realiti yang hanya penyokong BN sahaja yang marah pada Kerajaan Selangor.Hampir 70 peratus rakyat Selangor mungkin faham mengapa janji janji tidak dilaksanakan.
Penulis mengulas lanjut bahawa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat di lancarkan di Selangor, mungkin kerana wakil dari PKR (sedang memerintah Selangor) akan di angkat sebagai PM jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Mungkin juga kerana ia dilancarkan di Selangor kerana pada saat ini, hanya Selangor yang kurang di `hentam’ oleh BN. Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sedang dikritik keras oleh BN dan kebanyakan rakyat khasnya yang penerima BRIM. Di Pulau Pinang pula, Kerajaan DAP sibok menangkis serangan BN mengenai perumahan rakyat, kehadiran penyanyi K-Pop anjuran BN, isu salah kiraan di Mesyuarat Agong khasnya di dalam pemilihan CEC, isu Karpal Singh dan Kalimah Allah dan banyak lagi. Kedah tidak strategik dan penuh dengan isu KUIN, agen UMNO, pembalakan haram, perang dingin dalaman PAS dan sebagainya.
Mungkin juga dilancarkan di Selangor (selain ada kemudahan lokasi dan bajet) kerana PM DS Najib dilantik mengetuai PRU13 di Selangor. PM telah melakukan `serangan tidak berbalas’ di seluruh pelusok Selangor sejak kebelangkang ini. Mungkin PKR kena tunjuk rakyat Selangor mereka serious ingin memerintah 5 tahun lagi.
Penulis membaca banyak ulasan dari cendekiawan mengenai kecenderongan Pakatan Rakyat yang tidak akan dapat menunaikan janji janji mereka semalam, hari ini dan esok. Kita suka mendengarnya jika ia tidak berlaku. Itu cerita sedap atau madu. Yang penting bagaimana mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dari PKR. Pengundi Cina di bandar bandar baru dan besar seperti Damansara. Adakah mereka bersama BN? Atau BN mesti memenangi semua kerusi DUN dan Parlimen di kawasan Melayu.?
Yang menarik semasa pelancaran manifesto semalam ialah seakan akan parti PKR dan DAP kepunyaan ahli keluarga. DAP diwakil oleh anak dan bapak manakala PKR dibariskan oleh suami dan isteri. PAS pula diwakil Haji Hadi dan Nik Aziz.

No comments:

Post a Comment