Friday 15 February 2013

KALIMAH ALLAH..MAJLIS SYURA DAN PEMECATAN USTAZ NASHA


KALIMAH ALLAH..MAJLIS SYURA DAN PEMECATAN USTAZ NASHA

Kalimah ALLAH mencetus kontroversi dan memecahpelahkan ahli dan penyokong PAS dan juga di antara PAS dengan Pakatan Rakyat. Karpal Singh merupakan hero menperjuangkan Kalimah ALLAH untuk pengangut Kristian walaupun beliau bukan Kristian. UMNO dan BN amat konsisten dengan keputusan untuk menghalang dan mengharamkan penggunaan Kalimah ALLAH untuk bible berbahasa Malaysia.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Haji dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz menyetujui penggunaan Kalimah ALLAH dengan syarat tiada salahguna oleh orang kristian dan diumumkan di sebuah perhimpuman yang dihadiri bersama oleh DS Anwar Ibrahim. Selang beberapa hari,Majlis Syura Ulamak PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz, mengumumkan pengharaman penggunaan kalimah ALLAH oleh agama selain daripada Islam. Malu nya …..

Dikhabarkan 2 Harun iaitu Dato Dr Harun Din dan Dato Harun Taib (juga Dato Tuan Man) menetang keras pendirian Tuan Guru dan Mursyidul Am PAS dan mengugut untuk keluar parti, jika PAS merestui Kalimah ALLAH digunakan kepada Kristian.

Ustaz Nasha menetang keras usaha Tuan Guru dan Mursyidul Am PAS itu dan memberikan pandangan beliau di pentas yang salah (Utusan Malaysia dan TV3). Dendam terhadap Ustaz Nasha disemarakkan lagi apabila ustaz Nasha menyertai rombongan PM ke Gaza. Sekembalinya dari Gaza, Ustaz Nasha di pecat dari menganggotai Majlis Syura Ulamak PAS.

Penulis ada mengulas Ustaz Nasha di dalam blognya terdahulu. Penulis berpendapat yang Ustaz Nasha tidak akan di pilih semula menjadi wakil rakyat, juga tidak akan dipecat tetapi tidak akan diberi peranan strategik dalam parti. Ustaz Nasha akan dibiarkan meninggalkan PAS dan bukan dipecat dari PAS, berbanding dengan Dato Dr Hassan Ali.

No comments:

Post a Comment