Friday 4 October 2013

BRIM3.0 AKAN DIBERIKAN DI DALAM 2 PERINGKAT


Diberitakan Kerajaan akan memberikan BRIM3.0 sebanyak 2 kali dan mungkin secara kredit di dalam bank. Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menambah jumlah bantuan dari RM500 ke angka yang lebih besar.

Banyak kebaikan jika pembayaran di kreditkan terus ke akaun penerima. Tiada lagi sesak beratur. Tiada lagi penyediaan wang tunai yang besar dan bahaya. Tiada lagi penggunaan RELA dan cashier.

Nanum banyak juga keburukannya. Yang pertama tiada hubungan manusia yang bermaksud, wakil rakyat tidak dapat bersalaman dengan penerima. `Political Milage BN’ tiada berlaku. Pembangkang gembira.

Pada penulis, yang paling penting ialah hanya penerima yang LAYAK yang patut dipertimbangkan dan diluluskan bantuan. Terlalu banyak kelemahan yang perlu di perbaiki. Teruskan usaha pembaikian sistem pertimbangan. Pengluasan skop penerimaan BRIM boleh dilakukan.

Maklumat penerima banyak berdasarkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ramai yang berpendapatan melebihi RM3500 sebulan sekeluarga menerima bantuan. Mereka yang berniaga tetapi tidak berdaftar dengan SSM mahupun LHDN. Banyak aktiviti perniagaan disembunyikan.


Penulis harap kes kes yang mencurigakan, pegawai LHDN datang menyiasat secara dekat. Penulis boleh berikan kes yang mencurigakan iaitu penerima berbangsa Cina ini dirasakan berpendapatan melebihi RM3500 sebulan sekeluarga. Beliau mempunyai teksi dan van persiaran. Tinggal di rumah 2 tingkat Teres yang berpagar otomatik. Renovasi rumah pun beribuan ringgit.

No comments:

Post a Comment