Wednesday 2 October 2013

SPRM PUN MENJADI NELAYAN


Sejak kebelakangan ini, nelayan Vietnam `berpesta' di perairan Malaysia. Banyak insiden yang buruk berlaku.

Pendaratan ikan mengurang yang menyebabkan bekalan kurang dan harga ikan melambong tinggi. Insiden pergaduhan nelayan Vietnam dan nelayan Malaysia kerap berlaku dan melibatkan senjata api. Kes penyewaan bot bot kepada nelayan Vietnam semakin menjadi jadi. Penyalahanguna diesel bersubsidi menjadi amalan para nelayan.

Rupa rupa nelayan tempatan bersubahat dengan nelayan Vietnam. Mereka melakukan monopoli pengangkapan ikan di sesuatu kawasan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila diberitakan kononnya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut terlibat melindungi nelayan Vietnam.

SPRM berjaya menangkap mereka yang terlibat dan menahan 4 bot tunda berganding (bernilai hampir RM5 juta) serta wang sogokan RM1 juta.

TAHNIAH kepada SPRM kerana berjaya mendedahkan penyelewengan di laut dan akan mencegah pukut tunda haram yang akan merugikan negara akibat kerosakan ekosistem.

Penangkapan oleh SPRM ini sepatutnya membuka mata semua pihak. Kementerian Pertanian Asas Tani perlu bertindak. Lesen lesen yang dikeluarkan perlu pemantauan. Lesen yang disewa wajid dibatalkan. Pesalah ini mesti didenda dan dipenjara.


No comments:

Post a Comment