Tuesday 1 October 2013

KEMENANGAN DATUK MUKRIZ JAWATAN NAIB PRESIDEN `BOOSTER' KEMENGANGAN BN DI DUN SUNGAI LIMAU


UMNO Kedah tertekan dengan pemilihan UMNO 2013 dan Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau yang mesti di adakan sebelum 27 Nov 2013 ini.

UMNO Kedah sibok untuk memenangkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk jawatan Naib Presiden. Di peringkat awal ini, dengan pengalaman yang ada, slot ketiga Naib Presiden sudah memadai untuk Datuk Mukhriz. Di tahun tahun berikut, Datuk Mukhriz boleh memperbaiki kedudukan beliau.

Saingan agak hebat serta sengit. Ketiga penyandang Naib Presiden amat popular di kalangan ahli UMNO. Dua lagi pencabar tidak kurang juga gah nya. Tan Sri Isa banyak pengalaman dan digemari ahli UMNO yang berada di perkampongan FELDA. Datuk Seri Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka seorang yang `all rounder'dan kerap turun padang di merata negeri. Beliau berjaya menguruskan Melaka dengan baik. Rata rata, rakyat Melaka gembira dengan Datuk Seri Mohd Ali.

Datuk Mukhriz mesti `position' di antara mereka yang berkelibar. dengan pemilihan UMNO yang baru serta melibatkan 146,500 perwakilan, ia tida mustahil untuk kemenangan Datuk Mukhriz.

PRK DUN Sungai Limau akan diketahui tarikh penamaan calon dan pengundiannya pada 3 Oktober ini. SPR akan bermesyuarat serta akan menetapkan tarikh yang sesuai. PAS minta pilihanraya di adakan sebelum 25 Oktober iaitu sebelum Bajet. UMNO pula akan meminta selepas pemilihan UMNO ini.

Pada penulis, pemilihan UMNO ini boleh merancakkan lagi momantum kempen PRK. Peneulis harap Datuk Mukriz akan menang jawatan Naib Presiden kerana jika tidak, PAS akan `spin' ketewasan Datuk Mukriz sebagai ketidak popularan Datuk Mukriz di Kedah dan kalangan UMNO.Ayuh jangan beri ruang untuk PAS membuat spekulasi.

Para pembaca sedia maklum bahawa DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS. Tan Sri Azizan menang dengan majoriti 2700 undi semasa PRU13 yang lalu. Satu tugasan yang berat.

Tetapi tidak ada yang mustahil di dalam politik. Jika perwakilan UMNO memenangkan Datuk Mukriz di dalam pemilihan UMNO ia sama seperti menyokong Tun Dr Mahathir. Jika calon yang dipilih mencontohi DUN Kuala Besut yang lalu, BN boleh mencerahkan peluang untuk menang. Ini di campur dengan pentadbiran Kerajaan Kedah yang bersih dan mensejahteraan rakyat. Hubungan baik yang Datuk Mukriz,Tun Mahathir, Datuk Zambry serta DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin terhadap Allahyarham Tan Sri Azizan, memungkinkan sokongan kepada UMNO untuk menang tipis.

InsyALLAH, BN akan menang.



No comments:

Post a Comment