Thursday 3 October 2013

ADA KERJA KOSONG DI LADANG TAPIS SDN BHD? NAK KEJAR BONUS 11 BULAN LAH


Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa Ladang Tapis Sdn Bhd membayar bonus diantara 4 hingga 11.5 bulan gaji pada 2011 walaupun mencatatkan kerugian terkumpul RM5.21 juta. Syarikat ini tidak pulak membayar dividen kepada Kerajaan Negeri selaku pemegang saham.
Pengurusan TAPIS hanya mendapatkan kelulusan Lembaga pengarah tetapi bukan Kerajaan Negeri. Siapakah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan TAPIS ini?.

Pengalaman penulis berurusan dengan Syarikat Anak Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS amat mengecewakan. Pada amnya, jika usahasama nak di jalinkan di Kelantan, pelabur mesti mengorbankan 30 peratus saham kepada Syarikat Anak dan 30 peratus lagi kepada pihak tertentu. Saham ini berikan secara legal tetapi secara `take it ot leave it’.

Ahli Lembaga pengarah TAPIS mahupun Ladang Sungai Tereh Sdn Bhd biasanya diwakili oleh `expertise’ daripada syarikat perladangan GLC termasuklah daripada Tabung Haji. Hairan juga macamana Syarikat Anak Kerajaan PAS boleh mendapatkan perkhidmatan dari Tabung Haji, yang di bawah pengurusan Kerajaan BN. ‘Expertise’ ini malangnya hanya pandai meminta kadar keuntungan yang melebihi dan berat sebelah. Salah seorang Pegawai Ladang Sungai Tereh Sdn Bhd,yang pernah penulis berurusan Saudara Sazali, biasa akan berunding dengan pihak pelabur luar bagi pihak Lembaga pengarah. Pegawai ini suka main golf dan biasa berunding di Seremban kerana ada rumah di Seremban.

Mereka ini berpartikan PAS yang sepatutnya, menjauhi rasuah dan penyelewengan dan keuntungan berlebihan (tamak), tetapi penulis amat was was san tidak percaya satu sen pun dengan mereka. Melainkan mereka melakukan SUMPAH LAKNAT yang mereka tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan, baru penulis percaya.

Akhirkata, penulis senantiasa berpendapat bahawa rasuah di syarikat perladangan lebih besar daripada raduah di JPJ, POLIS TRAFIK, PUSOAKOM dan KASTAM. Penulis pernah memberikan alas an do penulisan terdahulu seperti:-



Ketua Audit Negara juga menegur pengagihan baja kendalian RISDA.

No comments:

Post a Comment