Sunday, 23 June 2013

INDEK RASUAH DI INDUSTRI PELADANGAN LEBIH TINGGI DARIPADA PDRM, JPJ DAN PUSPAKOM.



Berdasarkan pengalaman penulis bergiat di dalam industri biotek pertanian, rasuah dikalangan player syarikat peladangan dan pertanian adalah lebih `rampant’ dan  nilai suapan yang tinggi daripada PDRM, JPJ dan Puspakom. Di Malaysia, ketiga tiga jabatan ini di `highlight’kan dengan meluas, walhal industri peladangan dan pertanian sungguh menakutkan dan bersarang `babi’. Mungkin SPRM takut atau malas masuk estet peladangan kerana nun jauh di dalam hutan. Ataupun hantu rasuah boleh menyorok di dalam pokok kelapa sawit.


Penulis sarankan SPRM memberikan tumpuan kepada industri peladangan dan pertanian.  SPRM mesti mengambil langkah mendalami sistem pembekalan baja atau pembinaan kilang kelapa sawit (sebagai contoh). SPRM perlu meneliti protocol memanggil penender, speksifikasi produk, keadah pembekalan dan penerimaan, pembayaran dan sebagainya. Di peringkat ladang pun kena buat `full detailing’. Syarikat Plantation dengan cara dan peraturannya dan syarikat Pekilangan dengan SOPnya.

GLC GLC peladangan seperti FELDA, FELCRA, RISDA, SIME DARBY dan peladangan negeri di seluruh negara  perlu transformasi pengurusan ladang yang baik dan effisen. Apabila effisen, kebarangkalian untung yang lebih besar. Adalah kenyataan dan bukan lagi `market talk’ yang pengurus ladang bergaji besar dan mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa termasuklah membiarkan pembaziran berlaku, ponteng kerja dan sebagainya. CEO syarikat peladangan bergaji, berkereta besar. Majoritinya bermain golf dan melancong luar negeri.

Banyak cerita mengatakan berlakunya penyelewangan pembelian dan pengagihan baja kepada peserta ataupun stor bekalan baja. Misalnya order 1 tralier 30 tan, sampai 25 tan. Kadang kadang produk yang dibekalkan kurang bermutu dan sub standard. Ada pegawai berpakat menjual kepada orang luar. Ada pegawai setor membiarkan kerosakan berlaku akibat daripada kebocoran atap. Ada kes pekerja membaja kurang daripada yang sepatutnya. Ada penyelia ladang tidak melakukan pemantauan pembajaan oleh pekerja. Pada kelazimannya, pokok 5-10 tahun, sejumlah 12 kg sepokok setahun tetapi ada pokok yang tidak dibaja langsung.

Kontrak menuai FFB (Fresh Fruit Bunch) juga ada kes penyelewengan. Mengikut rekod ladanag ada 10 lori yang dituai tetapi 9 lori yang direkod dan dihantar ke kilang. Harga belian juga boleh dijadikan keuntungan kepada seseorang. Ada orang munipulasi kadar OER (oil extraction rate) dari 20 peratus diturunkan pada 19 peratus.

FELDA, FELCRA, RISDA, SIME DARBY dan TABUNG HAJI membeli baja kimia 15:15:15 TE atau formulasi lain dengan ratusan tan setahun. Banyak wang terlibat. Penulis harap kerajaan teruskan usaha membina kilang baja untuk kegunaan GLC GLC. Penulis harap tiada lagi seminar akhir tahun (menyambut Hari Natal atau Krimas di luar Negara) berbayar tajaan pembekal baja kimia atau perkhidmatan lagi oleh pegawai pembelian. Itu rasuah namanya jika kita menerima tajaan tersebut. Itu tidak termasuk komisyen RM0.20-RM1.00 setan.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan usaha kerajaan BN yang ingin membasmi rasuah dan penyelewengan di kalangan rakyat Malaysia, buatlah program atau syarat kepada setiap pekerja yang berkaitan dengan pembekalan dan perolehan ialah membuat akujanji atau sumpah laknat menjauhi rasuah.

Penulis perhatikan mungkin ada anggota PDRM mengambil wang perlindongan RM100 sebulan daripada kontraktor peladangan tetapi si Pengurus atau anggota syarikat peladangan menerima nilai suapan yang lebih daripada RM100 sebulan. Mungkin RM2000-RM5000 sebulan.

Program Pembersihan Amalan Rasuah di  semua syarikat peladangan mesti dilakukan dengan kerjasama SPRM dan Menteri berkaitan Datuk Paul Low. FELDA merupakan aset penting orang Melayu. Kumpulan FELDA adalah syarikat perladangan terbesar di Malaysia dengan keluasan ladang seluas 850,000 hektar (lebih kuang 2 juta ekar) dan 70 (tidak sempat google mencari data) buah kilang kelapa sawit. FELDA telah disenaraikan di Bursa Saham dengan nama Felda Global Ventures (FGV) dengan pengeluaran IPO terbesar di Asia Tenggara. Pencapaian baik ini wajib di teruskan. Sewajarnya anggota pekerja yang pro pembangkang dan kaki penyelewangan di `nyah’kan terus dari FGV.

FGV ini malangnya tidak serious membantu peniaga Bumiputera. FELDA PALM INDUSTRIES, contohnya, meluluskan proposal syarikat CB Industrial dari Telok Panglima Garang, Selangor untuk membina Kilang Kelapa Sawit bergenerasi atau teknologi `vertical sterilization’ dan secara `zero discharges’ di Jengka, Pahang. Pengurusan FPI kaji punya kaji, setuju dan tawarkan tender kepada mereka. Proposal zero discharges tidak menjadi. `Vertical Sterlization’ menjadi huruhara dan Air kumbahan terpaksa di angkut ke kolam kilang berdekatan. Kilang tersebut diberhentikan operasi oleh Alam Sekitar buat seketika. Syarikat dari Telok Panglima Garang itu mendapat hampir 90 peratus wangnya. Baki `retention fund’ ditahan dan bagi mereka tidak dapat pun tidak apa kerana dah ada untung.

Sepatutnya, Tuan Haji Halim dan seluruh pegawai atasan FELDA PALM INDUSTRIES dikenakan tindakan seperti turun pangkat, tolak gaji, tiada bonus tahunan dan sebagainya.

Pengajaran daripada kes ini, FELDA amat berhati hati apabila menerima proposal dari syarikat bumiputera dan sukar di berikan kelulusan walaupun FELDA tiada risiko kewangan pembinaan. Ini adalah kerana pembinaan kilang melalui `Build Operate Own’ selepas 10-15 tahun. FELDA menjual FFB pada harga semasa dan keuntungan di bahagi mengikut profit sharing.

FELDA Plantation pun jauh daripada hendak menolong pengilang Baja Bumiputera. Pembeli dan Plantation Advisor `prefer’ membeli daripada syarikat gergasi bangsa Asing. FELDA dan majoriti gergasi peladangan di Malaysia yang mengKAYAKAN bangsa asing khasnya Cina. Di lambaran sebelum, penulis ada mencerita kemungkinan `pegawai pembeli baja dan Plantation Advisor’ dirasuah  menghadiri seminar tajaan sepenuhnya oleh pembekal. Ia boleh dikatakan seperti lawatan sambil belajar. Yang enaknya ahli keluarga pun boleh diuruskan. Senang senang buat pemeriksaan passport antarabangsa pegawai pembelian dan plantation advisor serta yang berkaitan.

Bagaimana keadaan perniagaan Tabung Haji atau Sime Darby di Indonesia? Ada untung atau kerugian? Yang penulis dengar, kos operasi dan kos pembangunannya tinggi daripada standard development cost. Keuntungan Tabung Haji tahun ini menurun kerana `standard excuse’ harga minyak kelapa sawit menurun. Tetapi percayalah, kumpulan pengurusan yang tidak amanah dan tidak cekap turut menyumbang kepada penurunan keuntungan. Jika purata penghasilan IOI mencecah 30tan sehektar, mengapa tabung Haji atau yang lain hanya mencapai penghasilan 20-25tan sehektar?

Amalan rasuah boleh berlaku dari seawal pembangunan ladang (tender clearing), membeli benih yang kurang baik tetapi pada harga terbaik, kurang pantauan dan pembajaan.

Setiap pembinaan kilang kelapa sawit, ada pihak yang mendapat keuntungan besar. Pada kelazimannya kos sebuah kilang kelapa sawit 30tan/jam, kos pembinaanna tidak melebihi RM30juta. Kalau 1 peratus sahaja, komisyennya ialah RM300K. Banyak tu.


Atas alasan di atas, penulis membuat kesimpulan index rasuah di industri peladangan jauh lebih tinggi daripada industri pengangkutan seperti Jabatan JPJ dan PUSPAKOM dan Kementerian Dalam Negeri seperi PDRM. 

1 comment:

  1. indeks persepsi rasuah mengambil kira pihak yang kena 'pau'/beri rela dalam keterpaksaan, makanya kes sebegini mudah terdedah dan seterusnya dilaporkan.

    sebaliknya, indeks 'realiti' rasuah hanya mengambilkira kes yang dilaporkan dan oleh kerana dalam sektor pertanian pemberi tidak merasakan di 'pau' makanya tidak banyak kes terdedah...seterusnya tidak banyak kes dilaporkan.

    atas sebab itu indeks persepsi rasuah di bahagian penguatkuasaan lebih tinggi dari sektor pertanian walhal indeks realiti rasuah adalah sebaliknya?

    ReplyDelete