Sunday, 9 June 2013

MELISSA GOOI DAN PUAKNYA `KURANG AJAR’ ATAU `MEMANG DIAJAR’. AKTA DERHAKA JAWAPANNYA.


Bukan Melissa Gooi dan 3-4 orang kawan dia sahaja yang mempunyai perasaan benci terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja, malah majoriti ahli, pengundi dan penyokong DAP khasnya anak muda yang berada di bandar bandar. Ada juga ahli agamaan Islam dan politik Melayu yang berpendirian anti Raja. Dalil yang menjadi pegangan mereka ialah manusia sama di sisi ALLAH. Dalil ini menghalalkan berdalih membuat kritikan. Ramai yang tidak zahirkan melalui media sosial tetapi melalui pertuturan, ceramah dan cakap serta tindakan. Penulis rasa orang Cina yang diketegorikan diatas tadi memang `kurang ajar’ atau `memang diajar’ (meminjam bahasa Datuk Nazim, Setiausaha Kerja PPIM) supaya tidak memberikan kemustahakan kepada Raja Melayu, Perlembagaan, Rukun Negara dan dll.


Cik Noor Harjah, seorang pengamal undang undang (sumber Helo Malaysia-Bernama TV) memberikan pandangan bahawa` mereka’ ini  telah mengetegorikan Yang DiPertuan Agong dan Raja sebagai bangsa Melayu dan sama dengan rakyat Melayu yang boleh dikritik sewenang wenangnya  atas hak kebebasan bersuara. Mereka tidak faham bahawa Yang DiPertuan Agong adalah Raja untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kebawah Duli adalah payung negara Malaysia dan rakyat Malaysia.

Kejadian menghina Raja kita membawa banyak hikmah. Bercampurkan dengan tsunami Cina semasa PRU13 yang lalu, ia membuka ramai mata dan hati orang Melayu  yang orang Cina mempunyai sikap yang tidak mahu berkongsi ekonomi tetapi mahu kuasa politik pulak. Penulis berharap orang Melayu akan bersatu seperti mana orang Melayu menentang Malayan Union dahulu. Sikap benci terhadap bangsa Melayu semakin menebal. Mereka hanya senyum kepura puraan bermesra dengan orang Melayu. Sikap benci sudah merebak kepada Yang DiPertuan Agong  dan Raja Melayu.

Banyak contoh kemungkaran puak ini telah berlansung. Di Taiwan, sekumpulan pelajar Cina dari Malaysia hilang hormat kepada Bendera Negara dan negara Malaysia. Pemimpin negara langsung tidak dihormati. . Mereka memterbalikkan bendera dan post dalam facebook. Penulisan tergahulu penulis telah meminta Pihak Kedutaan Malaysia dan Taipei mengambil tindakan keatas mereka. Apa yang Kedutaan Malaysia boleh buat? Pihak Imigresen pun wajar melakukan sesuatu. Mohon kelulusan Pejabat Peguam Negara dan halang mereka memasuki atau keluar negara. Jika mendapat biasiswa JPA atau GLC, batalkan penganjuran mereka. Ada berani ke? Biarlah undi kaum Cina di Taiwan ini hilang. Tak mengapa.

Penulis salahkan DS Anwar Ibrahim yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri. Beliau sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira soal halal, keamanan dan terkikisnya hak Melayu. Beliau berjaya menyatukan PAS, DAP dan PKR dan membentuk pakatan.

Perkataan `Pakatan’ biasanya ada unsur jahat. Pertama, dengan bantuan kekawan, kesepakatan orang Melayu mesti dipecah beraikan.

PAS berjaya dii kendorkan pendirian negara Islam. Katanya, Pakatan mesti dapat kuasa dahulu, barulah PAS boleh fikirkan negara Islam. Penipuan yang begitu terang pun diterima PAS. DAP menghasut orang Cina membenci MCA dan BN dan orang Melayu. Akibatnya mereka semakin kuat. Apabila kuat bertambah `kurang ajar’ mereka. Perlembagaan dan hak Melayu dan islam dipersoalkan. Undang undang boleh dilanggari bukan dipatuhi. Besrsuara apa saja atas hak kebebasan bersuara.

Kerajaan tidak boleh mendiamkan diri. Ada gesaan supaya Akta Derhaka di gubal dan diluluskan segera. Jabatan Peguam Negara kena bertindak segera dan bawa usul ke Parlimen. Daripada perbahasan di dalam Dewan, mungkin akan jelas lagi pendirian Ahli Parlimen terhadap cadangan  Akta Derhaka. Mari kita lihat gelagat Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Mari kita confirmkan yang kesemua Ahli Parlimen PKR DAP PKR tidak menghormati Perlembagaan Negara dan Institusi Raja khasnya Yang DiPertuan Agong. Semoga ia membuka rakyat Melayu, India, Siam, Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk memperkukuhkan lagi tekad menentang Pakatan Rakyat dari menerajui Malaysia. Kepada orang Melayu dalam PAS, PKR DAP, mari kita memohon kepada ALLAH SWT membuka hati mereka untuk `pulang ke pangkal jalan’. Yang lain kita tidak boleh buat apa apa dan semoga ALLAH melindungi kita daripada benana mereka tadi. Penulis percaya Datuk Haji Hadi Awang akan menyokong Akta itu.

Bagaimana pula dengan penghinaan terhadap Agama Islam dan Nabi Muhammad mahupunpun agama lain?

Bagaimana pula dengan penghinaan terhadap pemimpin negara?

Bagaimana pula penghinaan terhadap institusi penting negara?

Seperti YAB TS Muhyiddin kata, Kerajaan serious mendengar kelohan rakyat dan sedang melakukan sesuatu. Diharap Kerajaan berbuat sesuatu menyelesaikan keresahan rakyat. Penulis harap Kerajaan dapat mengumpul semua ketidakpuasan dan keresahan rakyat dari banyak sumber. Jangan dok dengar dari sumber tradisional sahaja. Explore sumber lain sebab sumber yang sedia akan kata yang baik baik dan no problem di peringkat akar umbi. Please invite rakyat to give opinion

No comments:

Post a Comment