Penulis cadang
pihak pemerintah Indonesia mengambil tindakan yang tegas kepada syarikat
peladangan yang melakukan pembakaran terbuka dengan sengaja di Sumatera. Denda
lah mereka dalam bentuk wang ringgit mahupun sekatan ataupun penjara. Yang
salah tetap salah.
Jerebu ini
merugikan banyak pihak di Malaysia atau Singapura. Satu contoh ialah industri
penerbangan dimana kapal terbang di larang mendarat atau berlepas. Ini membawa
masalah kepada ahli perniagaan yang memerlukan penerbangan ataupun kargo yang
perlu diterbangkan ke Thailand untuk tujuan `manufacturing cycle’, disekat
perjalanannya. Itulah `chain reaction’..
Penulis sokong
200 peratus untuk Kerajaan Malaysia pun mengenakan denda (selain dikena denda di
Indonesia) yang berat kepada syarikat atau GLC Malaysia yang beroperasi di
Indonesia dan melakukan pembakaran terbuka. GLC atau syarikat Malaysia tidak
boleh `make excuse’ yang kontraktor mereka yang bakar bukan mereka. Ini
bermakna dokumen pembangunan ladang mesti mensyaratkan `NO OPEN BURNING’.
Kepada pelabur
rakyat Malaysia yang membuka ladang di Indonesia dan berdaftar di Indonesia,
jangan lepaskan mereka. Sekat mereka masuk atau balik Malaysia dan kenakan
denda. Denda denda tersebut diharapkan meyedarkan mereka dan juga boleh di buat
perbelanjaan menguruskan jerebu dan kerugian kepada orang lain.
Penulis yang
banyak berurusan di Pekan Baru percaya dan yakin pelabur pelabur rakyat
Malaysia di Indonesia adalah syarikat persendirian milik pelabur kaum Cina. Denda
lah mereka supaya mereka tahu tindakan
mereka menyusahkan negara. Pejabat Peguam Negara, Jabatan Alam sekitar dan
Kementerian Peladangan dan Kementerian berkaitan mesti melakukan transformasi
pengurusan ladang yang beretika.
No comments:
Post a Comment