TV3 menyiarkan berita
Tanah Ragut di Temerloh telah disalahguna. Syarikat yang diberkan tol telah
menanam pokok getah dan kelapa sawit. Bukit bukit telah di gondol, Ini juga telah
menutup peluang mereka yang berminat menanam rumput.
Jika tidak silap, terdapat projek seumpama di
Pagoh. Penulis tahu yang Jabatan Haiwan Muar adalah agensi yang
bertanggongjawab menguruskan padang ragut tersebut dengan baik.
Baik bermaksud tiada penyalahgunaan tanaman kekal
di padang ragut. Ada peserta menanam pokok kelapa sawit dan telah mula
membesar. Ada peserta bela 5-10 ekor lembu di atas tanah 10-20 ekar untuk
melayakkan mereka berada di situ. Ada peserta telah menjual lotnya kepada orang
lain. Ada yang telah melabur banyak wang tetapi belum dapat hasilnya. Ada yang
tidak mengusahakan walaupun telah diberikan sewa sejak lama. Ada yang buat
kandang kambing tapi tertinggal. Ada yang tanam rumput ragut tetapi dah
ditumbuhi lalang.
Ada yang membuat parit sepanjang panjang tetapi
tidak buat apa. Ada yang berhutang dengan Agro Bank menggunakan projek di
padang Ragut Pagoh. Tentulah ada penyewa dan pengusaha orang politik. Penulis
minta jangan sampai pembangkang menyusahkan YAB Tan Sri Muhyiddin di dalam
permasalahan dan penyelewengan Padang Ragut Pagoh ini. Rasmi dan banyak kali
rasmi dan melawat. Belanja membina infrastruktur entah berapa banyak. Jabatan
Haiwan Muar kena tegas dan beri mereka
tempoh yang sesuai melaksanakan. Jika gagal, tamatkan penyewaan dan `tender’
kepada orang lain.
Penulis berharap Jabatan Haiwan Muar melakukan
transformasi ke atas projek Padang Ragut Pagoh. Malu lah Parlimen Pagoh macam
itu. Kemudahan MOA di Pagoh sungguh
`gah’ dan boleh merancakkan aktiviti di Padang Ragut.
No comments:
Post a Comment