Sunday, 16 June 2013

AIR ASIA BERINGIN SANGAT MENGAMBILALIH TUGAS MALAYSIAN AIRPORT HOLDING BERHAD, jika diberi peluang.


Penulis memilih topik ini kerana terbaca projek KLIA2 tergendala dan Air Asia yang suruh tubuh Jawatankuasa Bebas Penyiasatan menyiasat kelewatan.



Rakyat Malaysia sedia maklum Air Asia tidak sehaluan dengan Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB), pengendali KLIA, LCCT dan KLIA2 serta terminal lain. Mereka bergaduh pasal kononnya MAHB mengenakan kadar `services charges’ yang tinggi, kemudahan yang tidak memuaskan hati dan macam macam lagi. Air Asia pernah bercadang untuk membina terminal sendiri di Sendayan dengan usahasama SimeDarby. Proposal ini ditolak oleh Tun Dr Mahathir (jika tidak silap).

Air Asia marah dengan MAHB kerana pernah menjadi sebab kenapa projek KLIA2 lewat. MAHB kata Air Asia telah meminta kemudahan yang boleh menampung 45 juta penumpang dari asal perancangan 30 juta penumpang. Selain itu Air Asia meminta aerobridge.

Kemungkinan, Air Asia tidak berhenti di situ. Mereka sedang dan terus mengumpul kekuatan. Mereka sudah ada kekuatan kewangan melalui aliran wang tunai perniagaan sedia ada dan `IPO exercise’ dalam masa terdekat. Mereka sudah ada TS Rafidah Aziz yang mesra Kerajaan tetapi tidak sebulu dengan Pergerakan Wanita. Mereka sudah lama berkenalan baik dengan Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli. Politikus ini boleh pengaruhi ahli parti masing masing jika diperlukan. Mereka melantik Omar Ong salah seorang pengarah di Air Asia X. Mereka boleh mendapatkan sumber kewangan tambahan daripada CIMB kerana kenalan baik mereka, Datuk Nazir Tun Razak, sedia memberikan pertimbangan khas.

Dengan `lingkages’ yang ada, tidak mustahil mereka boleh `mempengaruhi’ DS Najib untuk meluluskan projek seumpama KLIA2 ataupun projek penswastaan KLIA1 dan KLIA2. Mungkin berlaku. Ini ramalan penulis. Dari sudut lain pula, mereka boleh mempengaruhi DS Najib untuk memperlahankan kelajuan MALINDO AIR daripada `kelajuan 110km/jam kepada 90km/jam di Lebuhraya’.

Penulis harap Kerajaan atau Khazanah Nasional mengekalkan Tan Sri Bashir Ahmad Abd Majid sebagai Pengarah Urusan MAHB. Ini mustahak kerana beliau amat tegas apabila berurusan dengan Air Asia. TS Tony dan geng cukup benci manusia ini. Air Asia minta badan bebas menyiasat kenapa berlaku kelewatan, siapa yang penyebab kelewatan dan berapa kos pembinaan KLIA2. Mengapa Air Asia minat sangat hendak tahu?.


Nasihat penulis kepada Kerajaan dan DS Najib khasnya ialah berpeganglah teguh kepada Dasar Penerbangan Negara, kepentingan Kerajaan mengurus perkhidmatan penting Negara dan kekalkan Tan Sri Bashir Ahmad menerajui MAHB.

No comments:

Post a Comment