Semalam diberitakan bahawa Datin Seri Rosmah telah ke Kazakhstan dan
berucap di Persidangan Wanita. Publisiti sebegini di dalam situasi politik yang
tidak mesra dan media so...sial yang hebat, Datin Seri Rosmah kena berhati hati
walaupun seminar itu banyak kebaikan. Kenapa begitu?
1. Di kuartiri fitnah yang Datin Seri ingin menjadi Perdana Menteri.
Sekarang pun heboh, Datin Seri sudah digelar First Lady.
2. Di kuartiri Datin Seri menyalahgunakan kemudahan PM seperti kapal
terbang peribadi, penginapan dan sebagainya. Sila berhati hati dengan hak
kemudahan ini supaya pembangkang tidak ada ruang untuk menyerang PM dan
Kerajaan.
3. Di kuartiri Datin Seri dikatakan menyalahkan kedudukan kerana anak
perempuan beliau bertunang atau berkahwin (tidak pasti status terkini) dengan
anak lelaki saudara Presiden Kazakhstan.
Penulis harap
TV1,TV2,TV3,TV7,TV8, Astro 501 dan 502 tidak memberikan publisiti yang meluas
kepada Datin Seri untuk kebaikan PM. Penulis rasa terpaksa melakukannya kerana
ada rakyat Malaysia yang tidak bertanggongjawab di dalam pemikiran mereka dan
dizahirkan di dalam media so...sial. Mereka akan memfitnah dan terus memfitnah.
Menyakiti dan terus menyakiti Datin Seri.
No comments:
Post a Comment