Datuk Khairun Aseh dilantik menjadi
Setiausaha Politik Perdana Menteri.Datuk Khairun merupakan anak kepada
Pengerusi Perbadanan Putrajaya.
Satu perkara yang positif ialah DS Najib
tidak melantik semula penasihat beliau yang bertanding di dalam PRU 13 yang
lalu. Antaranya ialah Datuk Fatmi Che Salleh, Datuk Abdullah Shafei, Datuk Latt
Shariman, Datuk Shahlan, Datuk Mohamad Suffian
Awang dan Datuk Wan Farid Saleh. YB Kuala Selangor IM4U aje yang menang di
PRU13.
Datuk Khairun, menurut beberapa blog, sedang melobi ahli
Permuda untuk bertanding Naib Ketua Pemuda Pusat. Beliau dijangka akan
bertanding merebut jawatan daripada Datuk Razali Ibrahim. Penulis tidak pasti bahawa Datuk Razali mahu
bertanding atau tidak mahu atau melepasi had umur. Penulis amat gembira kerana
Perlembagaan UMNO baru memberi peluang kepada 150,000 ahli seluruh Negara
membuat pilihan. Tahniah. Agak sukar untuk merasuah ahli seramai itu melainkan
mereka yang betul betul rajin berkerja dan mesra rakyat. Dahulu mereka yang
bertanding hanya perlu menjaga 1000-3000 ahli sahaja.
Penulis sarankan Datuk Khairun tidak bertanding jawatan
Naib Ketua kerana dikuatiri akan menyalahgunakan kedudukan sebagai SUPol PM
mempengaruhi ahli Pemuda lain. Terlalu banyak signal yang akan dipancarkan oleh
Datuk Khairun. Takut takut nama PM digunakan untuk memenagkan seseorang. Lagipun kerja SUPol amat berat dan mesti ketiadaan masa menguruskan Pemuda
UMNO dan JPM.
Tolong jangan
gunakan JPM untuk menang bertanding. Kejap kejap JPM. Ramai juga yang salahguna
jabatan kerajaan untuk mencapai matlamat mereka tidak kira baik atau buruk.
Contohnya, seseorang ingin menakutkan lawannya yang mereka ada kawan di Bukit
Aman atau kawan di SPRM. Ada orang yang ingin menguatkan cerita dengan menyebut
kawan SB mengatakan Parti A akan menang dalam PRU walhal PDRM dah katakan PDRM
tidak meramalkan kemenangan sesebuah parti politik..
Lihat apa yang
berlaku pada Datuk Razali Ibrahim. Terlalu sibok tugasan di
Kementerian Belia dan Sukan, di Pejabat Pemuda UMNO, maka logik lah beliau
tidak sempat bersama rakyat di Parlimen Muar. (penulis orang Bakri Batu 3 dan
selalu makan asam pedas di Parit Jawa dekat pejabat Datuk Razali). Kesibokan
tugasan dan ketiadaan masa membunuh karier Datuk Razali. Secara peribadi,
penulis pernah mengemel kepada Datuk Razali dan semua penasihat penasihat DS
Najib yang kalah itu, tetapi tiada jawaban walaupun dari pembantu atau
pencacainya. Padan muka mereka kerana kalah dan
hampir kalah kerana mereka layan emel atau sms PM aje. PM kena reda PRU14,
Parlimen Muar akan dimenangi pembangkang jika PM simpan orang macam ini. Lihat
Parlimen Bakri, DUN Maharani dan DUN Sg Abong. Apa dah jadi?
Nasihat ikhlas
penulis kepada PEMUDA UMNO, jikalau bekerja biarlah sampai keakar umbi SETIAP
ahli. You orang tahu tidak, boss penulis dahulu, mengenali setiap pekerjanya (panggilan nama)
yang ribuan bilangannya. Antara sebabnya kerap berjumpa dan turun padang dan
ikhlas berkawan. Ini baru jadi Ketua Pemuda Cawangan dan Bahagian, dah tidak
kenal orang.
Sebagai ahli
UMNO, penulis menyeru kekawan UMNO supaya tidak memilih Penasihat atau SU Pol
atau SU Khas atau Pegawai Khas yang bercita cita memegang jawatan dalam UMNO
seperti Datuk Khairun ini (jika betul mahu bertanding).
No comments:
Post a Comment