Penulis tidak kenal Omar Mustapha Ong, salah seorang
penasihat DS Najib Tun Razak, secara peribadi. Oleh kerana terlalu ramai
blogger dan penggulas yang membencinya, maka penulis p ambil tahu dan
perkembangan.
Beliau merupakan rakan kongsi Ethos Consulting, sebuah
syarikat `strategic Management' yang diamanahkan untuk `turnaround’ beberapa pelaburan GLC dan projek Kerajaan. Rakan baik kepada Khairy jamaluddin yang belajar sama Universiti Oxford serta rapat dengan Datuk Zaki (Penasihat Pak Lah serta MD QSR Berhad). Dikenali juga sebagai salah seorang
budak Tingkat 4 yang menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang bergelar
Tun). Beliau dilantik sebagai seorang Pengarah Bebas di PETRONAS dan mendapat bantahan daripada
kalangan Pengurusan Atasan PETRONAS sendiri.
Dukacitanya terlalu ramai yang membenci Saudara Omar Mustapha Ong terutamanya Blogger pro Kerajaan. Mesti ada sebab mengapa mereka
berbuat demikian. Adakah Omar Mustapha ini selalu mengkritik blogger Kerajaan ini. Atau
blogger Kerajaan iri hati dengan persahabatan Mustapha Ong dengan DS Najib. Atau Omar Mustapha Ong memang seorang yang sombong dan tidak pernah keluar jumpa orang.
Adakah Mustapha selalu menasihati DS Najib perkara perkara yang selalu
merugikan orang Melayu seperti memberi peruntukan yang besar besar kepada kaum
Cina? Adakah dia bertindak sebagai strategis politik UMNO/BN ataupun strategis
pelaburan atau ekonomi. So far, terlalu sedikit kritikan dari pro pembangkang
terhadap Mustapha Ong.
Dengan hal yang demikian, DS Najib harus bersuara
secara terang atau tertutup kepada blogger akan peranan yang dimainkan oleh Omar Mustapha Ong. DS Najib tahu dan faham manusia boleh berubah dan Mustapha Ong
boleh menjadi Zairil Khir Johari. Nama ONG bermaksud memberikan kebaikan dan
keuntungan, tetapi kebaikan dan keuntungan kepada siapa. Kelemahan penulis
pulak, nama orang Cina menjadi fobia dan selalu menjadikan penulis berhati hati
dan was was perjuangannya. Lihat seorang ahli Parlimen DAP yang bernama Ong Kian Ming. Selepas mendapat
maklumat kekuatan dan kelemahan di dalam MCA dan Gerakan, beliau melompat ke
DAP. Artikel DAPInsider menulis seperti dibawah:-
“Ong
Kian Ming is the rising star in DAP despite the fact that he only joined the
party only 8 months ago. Previously Ong was working for the MCA think tank –
INSAP and later the Gerakan think tank – SEDAR. Then the diligent and smart Ong
obtained his PhD from Duke University in the US and has been vocal in providing
his political analysis as well as active in crunching numbers for the DAP as
one of the top political brain and brilliant strategists for the party.”
DS Najib,
DS selalu kata yang DS mendengar denyutan nadi
rakyat. Penulis percaya blogger mempunyai pendirian tertentu terhadap Mustapha
Ong kerana keluhan rakyat juga. Penulis harap DS Najib dapat memberikan
penjelasan kepada blogger supaya semua pihak memahami situasi masing masing.
Kepada Mustapha Ong,
buat lah sesuatu. Jangan membisu sahaja. Jemputlah blogger yang
berkenaan datang berbincang. Selesaikan apa jua percanggahan. Salurkan maklumat
dan beri penjelasan. Rapatkan lah saf. Ketahui musuh utama UMNO/BN.
Kepada penasihat penasihat yang lain, kalau ada masa
bacalah komen Tun Daim dan Datuk Kadir Jasin. Mereka adalah sebahagian daripada
rakyat Malaysia yang bimbang dengan
prestasi awak semua dan UMNO/BN.
Settle baik baik bro.
No comments:
Post a Comment