Thursday, 13 June 2013

SAYA MEMBANTAH KERAS CADANGAN SYED AKBAR ALI (OUT OF THE BOX) YANG SUPAYA PM TUKAR PENASIHATNYA OMAR MUSTAPHA ONG.


Ya, Penulis membantah sekeras kerasnya jika PM tukarkan penasihatnya, Omar Mustapha Ong, tetapi penulis bersetuju jika kedua duanya di tukar. Apabila PM DS Najib ditukar, PM yang baru diharap akan memberhentikan perkhidmatan si konsultan ini.

Penulis perhatikan si konsultan ini mengawal tindak tanduk dan idea pembangunan negara. Dahulu semasa zaman Datuk Seri (sekarang Tun)  Abdullah, si konsultan terlibat di dalam idea pembangunan karidor dan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kini konsep `1Malaysia’ pula. Konsep ini bagus tetapi `at the Malays’s cost. PM kena berbelanja besar untuk kaum Cina. Mungkin peruntukan ini adalah yang terbesar pernah diberi atau luluskan oleh seorang Perdana Menteri kepada kaum Cina walaupun majoriti mereka adalah kaum yang kaya. Ini dibuktikan apabila PM menghulurkan bantunan dan peruntukan kepada mereka, mereka mengata PM/BN cuba merasuah kaum Cina dan dibalas dengan mengundi DAP. Ringkasnya strategi PM dan penasihatnya terutamanya Omar ini, merupakan kesilapan besar. BN dan UMNO khasnya orang Melayu hampir hampir hilang kuasa.

Si Penasihat ini macam orang Cina berniaga. BN dia sokong DAP pun dia sangjungi. Penasihat ini akan terus berada di persada jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Penulis boleh menyatakan pentadbiran DS Najib pun SELEMAH pentadbiran Tun Abdullah 

Cuma DS Najib tidak tidor semasa mesyuarat dan DS Najib kerap melakukan lawatan berperuntukan.DS Najib selalu berkata supaya para Menteri mendengar denyutan rakyat tetapi cakap tidak serupa bikin. BN asyik defensif apabila berhadapan dengan Pembangkang. Sebab itu, terlalu banyak masa dibuang untuk menguruskan kerenah Pembangkang. Rakyat minta Kerajaan ambil tindakan terhadap pembangkang dan kaum dan persatuan Cina. tetapi...
Sungguh banyak gesaan oleh NGO Melayu dan Islam kepada DS Najib tetapi buat tak tahu sahaja. PERKASA terutamanya dijauhi kerana dikuatiri undi Cina akan hilang. Banyak lagi NGO Melayu dan Islam yang dipandang sebelah mata oleh DS Najib. Balik balik nak bantu orang Cina yang mengundi DAP. Kalau sebelum PRU13, boleh lah kita maafkan kerana tidak tahu tetapi selepas keputusan PRU13 diketahui, DS Najib masih berpael lama (sebelum PRU13)

Si konsultan ini, menurut beberapa blog, seumpama `talian hayat’ buat DS Najib. Betul ke?.

Semalam DS Najib mengumumkan bahawa Kerajaan tidak akan mensyaratkan melesen portal berita selaras dengan akujanji Multimedia Super Corridor. Penulis rasa tindakan ini tindakan popularis bertentangan dengan pendirian Singapura.

Jikalau tidak melesenkan portal berita (yang dijangka ada implikasi undang undang jika berbuat salah), tolonglah kuatkuasakan undang undang Akta yang berkaitan dengan penyebaran fitnah, penghasutan dan penghinaan kepada Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu. Ini asyik asyik ambil tindakan keatas Blogger anti pembangkang yang pada hakikatnya memberikan reaksi selepas difitnah, dihina dan diperlekehkan. Kadang kadang lambat mengambil tindakan keatas pesalah media sosial.

Maaf. Pendirian `kuno’ penulis ialah menyekat media sosial kerana ia membawa banyak keburukan daripada kebaikan kepada rakyat dan negara. Rakyat Malaysia belum bersedia dengan ledakan media sosial. Mereka belum boleh bertanggongjawab di atas tindakan mereka. Media sosial ini telah menwujudkan terlalu ramai wartawan yang tidak beretika.

Para cendiakawan berdebat jangan salahkan media sosial kerana ia hanya sebuah medium. Pengendalinya yang menyalahi penggunaannya. Setuju tetapi penyebaran fitnah dan penghinaan berlaku manakala undang undang terbatas pengkuatkuasannya.


Pada penulis, MEDIA SOSIAL memang SO ....SIAL. Terlalu ramai pengguna yang begitu obses dengan facebook dan twitter  sehinggakan tidak tidor, sepanjang masa berinteraksi, kerja terganggu, mengumpat dan menfitnah, kurang masa bersama suami atau isteri dan anak, mendapat maklumat yang salah dan turut menyebarnya, tidak sempat memasak dengan penuh kasih sayang dan banyak lagi keburukan.

Si konsultan enjoy life. Jadi Pengarah bebas Petronas dan juga Air Asia (kata Unspinner)

Tunggu hujahan seterusnya....

1 comment:

  1. setuju sangat -DS Najib dah sewajarnya melepaskan jawatan kpd mereka yg lebih able membela umat Islam dalam konteks UMNO dan Raja Berpelembagaan-(makna PAS tak layak sbb kurang experience dan kerana majority kepimpinan PAS Wahhabi)

    Elok juga bakal PM dan TPM Islam ASWJ

    ReplyDelete