Warong dan restoran TomYam di Melaka tumbuh bagai cendawan. Kawasan DUN Paya Rumput sahaja melebihi 20
biji. Parlimen Bukit Katil? Kebanyakan pengusahanya adalah dari Kelantan dan
Selatan Thailand seperti Patani. Mereka mula mengusahakan restoran atau warong
dengan pertolongan ahli keluarga. Apabila restoran atau warong tadi sudah
stabil, salah seorang ahli keluarganya akan memulakan cawangan baru.
Mereka datang ke Melaka secara sah atau
tidak sah. Banyak juga kes di mana majikan pekerja di saman oleh Pihak
Imigresen. Banyak juga kes, restoran dan warong di datangi pihak tertentu buat `collection’
kerana pekerja tadi tiada pas kerja atau lawatan. Ada pekerja senantiasa dalam
ketakutan semasa bertugas. Ada restoran atau warong yang berjaya tetapi ada
juga yang gagal. Ada meminjam wang Ah Long
dan bayar balik pinjamaan hari hari.
Restoran atau warong ini biasanya
dikunjungi pelanggan dari pantai timur dan tidak ketinggalan pelanggan biasa.
Satu perkara yang tentu ialah `word of mouth’ mereka amat
berkesan. Pada kelazimannya mereka ini rapat dan mudah mesra dengan rakyat
kelantan dan semestinya dan selazimnya sempati dengan PAS. Majoriti restoran
dan warong TomYam di DUN Paya Rumput (tempat lain tidak pasti) ini menyokong
PAS.
Kerajaan Melaka khasnya UMNO perlu buat kajian terperinci
kebaikan dan keburukan kewujudan restoran dan warong Tom Yam ini. Adakah ia memberi pulangan yang baik kepada
Kerajaan dan UMNO?. Adakah mereka membantu pengkukuhan UMNO/BN?. Kerajaan
mungkin boleh mengutip lesen perniagaan tetapi itu sahaja. Cukai pendapatan
syarikat mungkin ter `miss’ kerana mereka tidak berdaftar (mungkin 10 peratus
yang berdaftar) dan tidak berakaun. Mungkin 10 orang pekerja membayar levi tetapi 100 yang tidak membayar.
Tuan tanah tapak perniagaan mungkin dapat mengutip sewa tetapi taukeh Cina.
Mereka beli bahan mentah tapi mungkin juga dari taukeh Cina. Kira punya kira
dan timbang punya timbang, restoran dan warong TomYam dari Pantai Timur ini
tidak memberikan dividen kepada perkembangan UMNO/BN.
Hasil perniagaan menyokong perjuangan
PAS. Semasa PRU, mereka kembali Kelantan mengundi PAS. Mereka berbual bual
dengan saudara mara di kelantan keburukan penjawat awam di Melaka kerana
`ganggu’ mereka berniaga.
Melainkan UMNO/BN boleh menjadikan
restoran/warong sebagai pusat penyampaian maklumat dan pengembangan ideologi
UMNO/BN, penulis rasa restoran / warong mereka membahayakan politik UMNO/BN.
Fikir fikirkan lah.
selama 55 tahun wlpun mcm2 kerajaan bangunkan negara tapi rakyat tidak 'jinak' dan 'kagum' lagi dgn BN.
ReplyDeletekerana apa? kerana BN GAGAL mendidik rakyat, mendekati ruh jiwa rakyat dlm erti sebenar. Menyebabkan pembangkang spt PAS wpun tkperlu usaha apa2, tetapi mereka menakluki jiwa2 rakyat, tidak hairan lepas ini Bangla pun akan jd ahli PAS. dan sokong PAS. Wpun skrg Bangla dihina.
Ilmu lemah dlm UMNO.. tadbir rakyat ibarat 'menternak itik' bg makanan kenyang2 tp tiada didikan, kasih sayang dan mendekati jiwa rakyat oleh pemimpin.
Momokan yg ditunjuk dlm media konon pemimpin BN dekat dgn rakyat tk boleh menipu lagi. Skrg rmai org cerdik.
UMNO BN akan jadi pembangkan pd PRU14 nanti.. jika perubahan sikap tidka belaku. Kerajaan bina kemudahan tp kerajaan tidka bijak mendidikan rakyat dengan kemudahan yg menunduk jiwa2 rakyat supaya hargai dan sayangi parti pemerintah.
UMNO sudah dihujung usia jika enggan berubah. Najib semakin lemah dlm mencorak negara dan rakyat sbg pemimpin yg berwibawa dan TEGAS!
Org Pattani pun akan menyebelahi PAS setelah berniaga dan dapat hasil kekayaan melali dasar kerajaan. Apakah pemimpin2 UMNO masih lena tidur? tidka faham situasai dan bagaimana untk hadapi semua ini?
kasihan.. UMNO..
bukan Melaka je kat perak pun banyak kat kg aku ada 2 kedai makan siam, kalau dalam 15KM ada 5 kedai siam, sebab apa sebab dasar imigresen kita, bagi orang masuk 3 bulan lepas 3 bulan dia balik sana chop duk sana 2,3 hari balik sini balik.
ReplyDeletekalau ada serbuan orang Melayu sendiri pun tolong mereka, sampai tutup 2,3 hari lepas tu dia buka balik, kalau tengok tokeh dia pakai kereta thailand siap parking kat kedai.
Saudara/Saudari PASDApx dan Mat Det
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca.