Melalui blog
blog dari Melaka, penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam (DAR) sedang mempromosi
DAR untuk menyandang jawatan Setiausaha Agong UMNO.
Sebelum ini,
DAR di ura urakan untuk mengisi jawatan TYT Melaka.
Penulis ingin
menurunkan pendapat seposen penulis mengenai DAR ini.
Jawatan TYT
Melaka memang berstatus, bergaji dan kemudahan yang baik, ber`imumiti’ dari
segi tindakan undang undang (jika tidak silap) dan layak kepada orang yang
banyak menabur bakti kepada Melaka. Selama ini, TYT Melaka adalah daripada
orang luar.
Tetapi jawatan
TYT Melaka akan mematikan kareer DAR kerana DAR sudah biasa dengan rutin yang
cergas, mencabar, mengunjungi kenduri kendara dan banyak membuat perancangan.
DAR sudah biasa dengan membuat rondaan, bebas berjalan dan mesyuarat sehingga
dini hari, mengkritk penjawat awam yang malas dan cuai. Mungkin DAR akan jatuh
sakit kerana beliau terpaksa mengurangkan aktiviti berbasikal dan berjogging.
Jawatan SU
UMNO sekarang disandang oleh Tengku Adnan Mansor dan tiada keperluan untuk
ditukar. Jawatan SU banyak paperwork (bukan jiwa DAR) walaupun SU dibantu oleh Setiausaha Kerja Dato Rauf.
Pada penulis
UMNO perlu strategis yang berkuat, implementor yang rajin dan garang. Melaka
masih kekal menjadi kubu kuat BN di bawah DAR. Jikalau tidak kerana tsunami
Cina terhadap BN, Melaka pasti berprestasi tinggi dan DAR sudah pasti tidak
tewas.
DAR seumpama seekor
singa yang cedera dan hampir pulih sepenuhnya dan bersedia berjuang. Orang macam
DAR ini tahu musuh yang cederakan beliau dan semestinya akan berbalas dendam. Baik untuk UMNO.
Penulis mensyorkan
UMNO/BN mengadakan `pembersihan dan pengkukuhan sokongan BN’ di kesemua
kementerian. di GLC Nasional dan Negeri dan MultiNasional dan juga Universiti.
Banyak artikel yang penulis perincikan kepincangan yang perlu dibaiki. Artikel
artkrl tersebut boleh di baca di www.nasirwise.blogspot.com.
UMNO/BN perlu
lakukan sekarang bermula hari ini di Lembah Klang kerana 5 tahun tidak lama.
Kita harap pengundi Lembah Klang apabila balik kampong akan mengundi BN bukan
mempengaruhi ibubapa dan adik beradik mengundi PAS PKR DAP.
Penulis
berikan satu contoh `pembersihan dan pengkukuhan sokongan; (boleh ditukar namanya
supaya lebih sesuai) untuk renungan bersama.
Kementerian Luar/ Kementerian Pendidikan
Para Duta mesti bergaul
rapat dengan mereka. Perhubungan dan perjumpaan mesti diadakan. Dialog dan
diskusi diadakan setiap masa. Pendakwahan dan pendedahan isu isu semasa di Malaysia perlu
berjalan terus. Selain Duta, pemilihan pegawai dan keluarga mereka untuk
bertugas di sana
pun perlu diteliti secara mendalam. Penulis dapat melihat pegawai dan keluarga
keduataan Malaysia di Dubai adalah anti Kerajaan Malaysia . Mereka menghasut pelajar
dan rakyat Malaysia di sana menyokong
pembangkang. Cuba
perhatikan aktiviti mereka di facebook. Salah satu tugas cybertropper UMNO/BN
ialah mengikuti perkembangan pegawai Malaysia di negara luar. Datuk
Anifah Aman mesti keluarkan mereka dari sana .
Begitu halnya juga
dengan Pegawai Trade Comissioner. Tok
Pa dan Hamim jangan leka dan
seronok. Mereka akan cerita yang seronok aje. Jalan dapat, elaun besar dapat
dan sebaran idealogi pembangkang pun dapat.
Duta dan Pegawai Pelajar
Malaysia
mesti berinteraksi dengan Malaysia Student Organization di Amerika Syarikat
dengan lebih kerap. Buat program lawatan. `Assign’ Kelab UMNO disana menerajui
aktiviti. Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, tidak silap Datuk Shafie Afdal,
memantau rapat. Jangan sesekali melihat dari atas sahaja. Jangan `look on the
surface sahaja’. Go detailing. Program pendaftaran ahli baru, pendaftaran
pengundi PRU serta sessi ramah tamah mesti dijalankan.
Pengalaman penulis
menjejaki kaki belajar di Amerika Syarikat 15 tahun dahulu sangat berharga
untuk dijadikan panduan. Pelajar Melayu
lepasan SPM atau matrik, anjuran MARA atau JPA, biasa akan menjalani kursus
induksi di Malaysia
sebelum berlepas ke Amerika Syarikat. Tetapi tidak cukup sekadar kursus
beberapa hari sahaja. Pelajar yang ke sana
akan jadi dua kumpulan iaitu kumpulan baik atau kumpulan jahat. Baik kerana
masuk kumpulan dakwah dan jahat kerana berkawan dengan kaki disko, 42nd Street atau
minum arak. Yang baik akhirnya menjadi penyokong PAS. Yang jahat pula tidak
kisah pasal kenegaraan.
Sebelum mendapat asrama,
pelajar muda akan menumpang rumah pelajar senior. Salah satu aktiviti `dera’
ialah menonton `channel playboy’. Terbeliak mata pelajar muda. Sebab itu pada
masa itu, penulis berpendirian pelajar lepasan SPM atau Matrik tidak sesuai di
hantar ke luar Negara. Hanya selepas memiliki Diploma, mental mereka lebih
stabil. Itu cerita dulu. BN kena buat apa sekarang kepada pelajar baru atau
pelajar yang sedang belajar di Amerika Syarikat? Di Negara Timur lebih mencabar
kerana pengaruh pembangkang amat kuat.
Ramai lagi yang sedang
berkhidmat di luar negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman
bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing
tersepit’. Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya
(Negara lain pun mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian
mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia
di sana . Jangan
asyik membuang masa `shopping’, bergambar sakan serta melancong ataupun sibuk
melayan kedatangan orang Malaysia
ke Negara tersebut.
Bercakap pasal pelajar
luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan, penaja Pusat
dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi didalam pemberian
biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’ untuk mengelakkan
kekacauan negera di tahun mendatang.
Tugasan Yang
Kena Dilakukan
1. Berurusan dengan Menteri Luar dan
Menteri Pendidikan untuk memungkinkan Duta, pegawai serta pelajar yang dihantar
ke luar Negara menyayangi Negara, agama dan bangsa termasuk parti BN.
2. Menanjurkan program pengkukuhan
berlaku sebelum mereka keluar Negara dan semasa berada di luar Negara,
3. Berinteraksi dengan pesatuan pelajar
dan kelab UMNO luar Negara.
4. Rapat dengan pengundi dan membekal
maklumat yang tepat.
5. Membantu pelajar mendapatkan
pekerjaan.
6. Maklumat pegawai dan pelajar selengkap
mungkin.
7. Dan lain lain
Satu
lagi contoh yang tugasan yang boleh di lakukan ialah Kementerian Pendidikan
seperti berikut:-
Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan
bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang perlu YAB Tan Sri Muhyiddin, YB
Datuk Seri Idris, YB Datin Mary Yap dan YB Kamalanathan perhatikan. (1)Penjawat
awam di Kementerian, Jabatan Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2) Pensyarah
atau guru (3) Mahasiswa dan pelajar.
Baru baru ini di Sekolah
Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah melakukan jenayah
politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya penyokong BN. Sudah
sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak. Di Universiti ramai yang
berfikiran seperti Dr Aziz Bari. Tahniah kepada UIA yang memecatnya.. Makan
gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid Hamidi, kalau suka
sangat dengan negara republik, sila angkat kaki. Kami tidak perlukan awak
semua.
Universiti Penguruan Sultan
Idris sedang memberikan latihan kepada Adam Adli untuk menjadi seorang Guru.
Penulis harap Adam Adli dan kekawannya di `gagal’kan dan tidak menjadi seorang
guru. Kalau dia dan kekawan menjadi guru, pelbagai kemungkinan yang buruk akan
terjadi kepada anak murid termasuk anak penulis. Ini adalah contoh terbaik
mengapa pembersihan mesti dilakukan.
Di Rancangan
Helo Malaysia tempoh hari, Prof Datuk Halim Sidek, ahli Majlis Professor Negara
menyebut ada pelajar yang mencabar dan mencemuh Pak Guard Universiti dengan
melanggar undang undang AUKU. Ada
yang bawa masuk risalah politik dalam kampus dan simpan dalam locker. Ada yang pakai TShirt
politik dalam kampus. Semasa kuliah pakai jaket, habis kuliah buka jaket dan
terpampang symbol parti pembangkang.
Mari kita
syorkan pesalah ini digantung belajar atau dibuang dari Universiti. Jadikan
ingkar dengan peraturan AUKU menjadi kesalahan `major disconduct’. Mereka ini
hanya menyusahkan orang lain dan hendak `glamour’ atau nak perhatian pelajar
lain. Anggaplah mereka najis khinzir. Jangan najis mereka terpalit pada pelajar
lain.
AUKU
Asalamulaikum Tan Sri Prof Ibrahim Shah yang di hormati
Penulis mendengar 2 kali rancangan Helo Malaysia di
Bernama TV yang salah satu daripadanya perbahasan aialah mengenai AUKU dan
peraturan pelajar berpolitik. Tan Sri telah menyatakan pendirian Tan Sri kepada
kepimpinan dahulu akan bahayanya jika membenarkan pelajar Uinversiti
berpolitik. Satu sebabnya ialah mereka akan abaikan pelajaran dan terbukti
benar apabila di Majlis Konvokesyen di kebanyakan Universiti, pelajar Melayu
jauh ketinggalan. Pelajar Cina membelot Anugerah Dekan dan Anugerah DiRaja. Pelajar
Melayu sekadar lulus dengan CGPA 2-2.5 sahaja. 80 peratus pelajar Cina yang
mendapatkan pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa dan tidak perlu dibayar
balik.
Tan Sri meminta Kerajaan mengkaji semula peraturan
ini dan jika tidak silap ia kena melalui perbahasan di Parlimen lagi. Besar
kemungkinan Ahli Parlimen tidak akan membenarkan ia berlaku kerana
pembangkanglah yang mendapat menafaatnya. Idealogi `anti establishment’ disemai
di peringkat Universiti lagi. Bayangkan Persatuan Pelajar yang pro Kerajaan dan
Pro Pembangkang yang wujud di kampus. Penulis berani kata, Persatuan Pelajar
yang Pro Kerajaan lebih bersopan dan beretika daripada Persatuan Pro
Pembangkang.
So, pada pandangan penulis, sementara kita dapat
meminda AUKU ini, kita kena buat sesuatu. Penulis hendak memberi contoh dengan
mengfokuskan UiTM kerana keunikannya. UiTM adalah masa hadapan orang Melayu.
UiTM adalah pengilang pemikir dan usahawan Melayu. Jikalau ia gagal di
peringkat ini, maka gagal lah di peringkat pekerjaan dan Negara.
Sama seperti puak pembangkang. Aktif di dalam
kampus. Agenda Pembersihan mesti dilaksanakan pada (1) penjawat awam di UiTM
meliputi Naib Censelor, Pendaftar, Bendahari, Pentadbir Am dan serendah jawatan
pemandu dan pengawal keselamatan. (2) Tenaga pengajar daripada Dekan Fakulti,
Pensyarah dan Mentor
(3) Pelajar UiTM itu sendiri.
Imbasan penulisan
mengenai program pembersihan di UiTM bulan lepas…..
UiTM
UiTM adalah harta kita
yang boleh disandarkan pada masa hadapan. Hampir setiap negeri ada kampus
cawangannya. Di Melaka ada kampus di Lendu, di Bandar dan terkini di Merlimau.
Penulis tidak sempat mendapatkan data tentang bilangan `intake’ setiap tahun.
Tetapi puluhan ribu juga.
Mahasiswa dan siswi yang
melangkah masuk UiTM berumur 18 tahun. Anak anak ini masih boleh dibentuk
pendirian mereka. Dulu Kerajaan tidak galakkan parti politik memasuki
Universiti kerana nak mereka tumpu kepada pelajaran. Malangnya keikhlasan
Kerajaan melarang UMNO/BN aktif di Universiti, telah menyusahkan kembali kepada
Kerajaan. Impaknya nampak sekarang. Mereka anti Kerajaan. Mereka aktif
berdemonstrasi. Rosak akhlak dan mengundi DAP yang rasis, PKR yang mabuk kuasa
dan minat LBGT dan pruralisma.
PAS berkembang hebat di
kampus kampus dan impaknya besar sekarang. Penyokongnya amat taksub kepada
pemimpin. Maaf saya katakan Kerajaan sendiri yang menyebabkan kemerosotan
pengundi anak Melayu. Penulis ingin juga meliihat anak cucu penulis menjadi Menteri satu masa
nanti. Tetapi tindak tanduk Kerajaan tidak menjaga harta di dalam tangan, UMNO/BN
mungkin tidak relevan lagi dalam tahun mendatang jika tidak berbuat sesuatu.
DAP PKR PAS akan merubah segalanya dan amat mustahil untuk kita rebut kembali.
Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura (mungkin mereka ingin menjadi
sebuah Negara tersendiri) dan Hong Kong .
Selangor semakin sukar dirampas. Kelantan yang menjadi mustahil untuk dimiliki
oleh UMNO/BN.
Penulis berkata demikian
kerana UMNO/BN kalah di Kelantan dan merosot di Terengganu kerana pengundi Kelantan / Terengganu yang
bekerja, belajar dan tinggal luar Kelantan/Terengganu. Mahasiswa dan siswi
menyumbang kepada kekalahan dan kemerosotan UMNO/BN pada masakini dan akan
datang jika Kerajaan berdiam tanpa tindakan. Kata DS Zahid dan DS S Subramaniam
mencegah itu lebih baik daripada rawatan.
Berilah peluang dan
kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah melaksana agenda
`pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dan Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir
anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak
dilaksanakan kerana melibat cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan
dialog dan interaksi dengan pemimpin Negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa
politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.
Banyak dan padatkan
aktiviti kepelajaran di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan mahasiswa
siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti dikendalikan
badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi suai kenal di
kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam bermakna pro
pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan libatkan UMNO/BN.
Pengkukuhan bermula di sini lagi.
Fahamkan mereka erti
kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan UiTM. Suruh
mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka mengundi.
Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi pengundi di
kawasan tertentu.
Penulis yakin dengan
kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Sepatah kata Tan Sri Sanusi Junid di
dalam Mingguan Malaysia
19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada
kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sepatutnya. Dikatakan PM ini
mempunyai ramai penasihat dan bergerak `within their circle’ sahaja. Ketewasan
penasihat pun telah menjadi isu kepada UMNO dan pembangkang. Ada yang sorakkan kekalahan mereka.
Penulis cadang PM menasihati atau mengarahkan
penasihatnya supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan
para cendiakawan Melayu Cina dan India . Mesti jumpa mereka dan beri
mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea. Engagement begini akan
menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan cendekiawan terhadap UMNO/BN.
Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali
lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang dikendong (pengundi
Melayu & India dan Bumiputrea Sabah Sarawak) tercicir’.
Salah satu idea
yang diberikan adalah seperti di bawah:-
Anonymous said...
UiTM kena lambakan sebanyak mungkin graduan
undang-undang dari kalangan anak bumiputra luar bandar...bukan kah undi luar
bandar yang menterabatkan BN pada PRU13...jadi kepada VC UiTM fokuskan program
Menjejak Destini Anak Bangsa tu kepada mengrekrut pengambilan anak bumiputra
luar bandar yang kurang mampu untuk mengikuti program sarjana muda
undang....bila ramai lawyer dikalangan bumiputra UMNO, Bumiputra & Islam
tak akan kena buli lagi dengan sepet, pungkok dan toncit laknatullah...
Ibrahim Kati
Ibrahim Kati
May 25, 2013 at 12:22:00 AM GMT+8
Ulasan
ini timbul ekoran kes Majistret Norashikin tidak membenarkan permohonan
reman oleh PDRM terhadap Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar.
Pengulas dan rakyat seakan hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman yang
dilihat pro pembangkang.
Beberapa
hari kemudian, mereka didakwa di mahkamah. Tahniah PDRM dan Peguam Negara.
Tan
Sri Prof Dr Ibrahim,
Pengulas
di atas mahukan UiTM mengeluarkan graduan undang undang yang baik dalam
bilangan yang ramai. Didik mereka ilmu undang undang dan juga tanamkan semangat
Melayu dan Islam serta sayangi BN. Bantu mereka dengan kelas tambahan. Hantar
kursus BTN. Involvekan mereka dengan program Belia. Rapat dengan mereka.
Dedahkan mereka kepada pengamal undang undang yang terkenal. Selalu panggil
penasihat undang undang UMNO memberi ceramah. Yang DiPertua Dewan Negara pun
boleh. Aturkan `practical training’ untuk mereka. Sebelum tamat pengajian,
carikan tempat kerja atau berurus dengan JPA atau SPA untuk mengisi kekosongan
di Badan Kehakiman. Pastikan program ini menempatkan mereka ini diberikan
keutamaan. `Graduan undang undang UiTM first’ di Badan Kehakiman mesti di
realisasikan. Mungkin graduan UIA juga perlu dipertimbangkan juga.
Berbalik
kepada topik Panglima BN kita, Penulis cadangkan DAR mengetuai Jabatan atau Unit di Jabatan
Perdana Menteri. Ia seumpama PEMANDU yang mengawal selia NKRA, ETP dan
sebagainya. DAR dilantk CEO bertaraf Menteri supaya beliau senang berurusan
dengan para Menteri di setiap Kementerian. Dahulu penulis ada berfikir unit ini
bergerak dari UMNO IbuPejabat.Tetapi untuk keberkesanan, ia lebih sesuai
beroperasi dari JPM. Juga bersesuaian dengan kedudukan DAR yang pernah menjadi
KM Melaka.
Akhirnya,
penulis rasa DAR adalah calon yang sesuai jika idea UMNO/BN ingin memenangi
PRU14 akan datang. Jangan kejar bayang bayang (ahli,penyokong dan pengundi DAP)
sebaliknya tumpu kepada harta depan mata atau yang sedang di kendong seperti:-.
Negeri:Sabah,
Sarawak, Johor,Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu,
Putrajaya, Labuan ,
Kaum: Melayu , India
dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Persatuan:
Persatuan Tentera dan Polis, Persatuan Ibu Tunggal dll
NGO: Perkasa,
Majlis Belia, Belia 4B, RELA, Pertubuhan Silat dll
NOTA
Maaf.penulis
tidak sempat hendak membariskan asset dan harta UMNO/BN yang mesti diberikan
perhatian.
Saya sokong.....
ReplyDelete