Sunday, 23 June 2013

8 SYARIKAT DIKENALPASTI MELAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA. JEREBU MENJEJASKAN PERHUBUNGAN BAIK NEGARA.




Jerebu akibat pembakaran terbuka (kemudian pembakaran tidak terkawal) di Sumatera telah menjejaskan hubungan baik antara negara Indonesia dengan Singapura. Saranan Singapura agar Indonesia melakukan sesuatu, dibalas oleh Indonesia dengan tuduhan Singapura kebudak budakan.
Jerebu menjejaskan Singapura ke peringkat serious. Index Pencemaran Udara hari Sabtu mencecah 400 dan mungkin berlarutan hingga 1 minggu. Industri penerbanganan Singapura terus terjejas teruk. Tentu sekali industri pelancongan merundum ke paras rendah.

Para Menteri berkaitan Alam Sekitar telah bermesyuarat di Jakarta. Singapura telah menghantar menterinya manakala Malaysia yang bertendang ke Jakarta hari Rabu ini.

Indonesia sudah mengenalpasti 8 syarikat peladangan yang terlibat tetapi belum bersedia untuk mengumumkan pemilikannya. Singapura teringin sangat untuk mengetahui syarikat dari Singapura terutamannya supaya perbincangan boleh dijalankan. Penulis dapat merasakan Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan yang keras kepada syarikat Singapura.

Sebentar tadi, Sime Darby menafikan mereka terlibat di dalam pembakaran terbuka di ladang mereka. Syarikat dari Malaysia yang lain masih berdiam diri.
Penulis, seperti di penulisan terdahulu, menyokong penuh tindakan Kerajaan Malaysia untuk mendenda, mengenakan sekatan perjalanan dan penjara kepada syarikat dan ahli lembaga pengarahnya. Kejadian jerebu ini bukan perkara pertama kali. Bagi kesalahan kedua, denda dan penjara sepatutnya dua kali ganda.


No comments:

Post a Comment